About Me
- Ms. Writer
- بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.
Thursday, December 16, 2010
Wednesday, December 15, 2010
Wednesday, November 10, 2010
Monday, November 1, 2010
HOTEL SERI PACIFIC
Quote to share:
Friendship make prosperity more shining and lessen adversity by dividing and sharing- Cicero
HARI KANAK-KANAK
Quote to share:
Slow down and enjoy life.It's not only the scenery you miss by going too fast, you also miss the sense of where you are going and why - Eddie Cantor
Saturday, October 16, 2010
MELAKA
Gambar-gambar ni masa kami bercuti di Melaka. Saya jadikan dalam bentuk video. Gummy:as a man.
Quote to share:
Your world is made of your memories, and your memories are given to you by your world. The whispering voice of happenstance is always in our ears. This is the world. This is the way things are. Look, pay attention, remember.
Saturday, October 9, 2010
Wednesday, October 6, 2010
MINGGU BAHASA MALAYSIA DAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN
Tuesday, October 5, 2010
AKTIVITI SELEPAS UPSR
Perbincangan persembahan lakonan berkumpulan.
Tahniah, semua kumpulan bekerjasama dan aktiviti berjalan lancar. Keep up the good work. Make me proud of you. Fighting!
Quote to share:
You can make more friends in two months by becoming interested in other people than you can in two years by trying to get other people interested in you - Dale Carnegie
Sunday, October 3, 2010
Tuesday, September 28, 2010
NEVER GIVE UP!
Wednesday, September 22, 2010
UPSR
Quote to share:
An education isn't how much you have commited to memory, or even how much you know. It's being able to differentiate between what you do know and what you don't- Anatole France.
I LOVE WATCHES
Jam kat atas ni, sudah 8 tahun bersama saya. Ini kenangan gaji pertama saya bekerja selepas tamat belajar. Jam ni yang paling saya sayang. Kali pertama tengok jam ni, dalam majalah CLEO. Saya cari design ni kat Swatch Lot 10. Nasib baik ada kat situ. Rasanya design ni dah tak dikeluarkan lagi kot...
Jam kedua saya, sempena saya bergelar cikgu. Saya beli di City Chain One Utama.
Jam ni saya beli di City Chain Alamanda disebabkan saya teringin sangat nak pakai jam warna hitam.
Jam ni pun beli di City Chain Alamanda. Tapi ni bukan jam saya. Saya beli dan hadiahkan untuk my mother sempena hari jadinya. Luv u..
Jam ni pun bukan saya punya... tapi design yang saya paling suka sekarang. Jenama B&R.
Bell & Ross
Quote to share:
Half our life is spent trying to find something to do with the time we have rushed through life trying to save- Will Rogers
Sunday, September 19, 2010
BERSYUKUR
Petikan berita :
Mangsa banjir terpaksa menggendong bayi dan memikul benda yang masih boleh diselamatkan. Sebagian besar mangsa di lokasi bencana tidak berjaya menyelamatkan harta. Mereka berada di jalanan tanpa tempat tinggal dan wang dan hanya berjalan kaki menuju lokasi yang tinggi. dan lebih selamat. Muqaddir Khan, umpamanya, bersama sembilan anggota keluarganya menyelamatkan diri dengan mengharungi banjir. Lelaki berusia 25 tahun ini mengaku telah kehilangan semuanya.“Saya bekerja di Arab Saudi selama tiga tahun,sehingga boleh membuka kedai kecil. Hanya dalam beberapa minit, kedai saya habis disapu banjir,” tuturnya. Selain Khan, Razia Bibi, 48 tahun, mengaku tidak tidur sepanjang malam. Dia dan keluarganya duduk di depan rumah, menyaksikan paras air yang terus meningkat. “Rumah saya tenggelam di bawah air. Saya melarikan diri hanya dengan beberapa ahli keluarga,”ujar Bibi.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru negara-negara anggota menyumbang AS$2 bilion (RM6.4 bilion) bagi membantu Pakistan pulih daripada banjir besar yang menyebabkan jutaan mangsa hilang tempat tinggal. Ini merupakan rayuan bantuan terbesar dalam sejarah PBB.
Quote to share:
The great art of giving consists in this: the gift should cost very little and yet be greatly coveted, so that it may be the more highly appreciated- Baltasar Gracian.
Tuesday, September 14, 2010
ANAK SAUDARA BARU
Comelnya.... Baby ni, namanya tak confirm lagi. Tapi ibunya kata boleh panggil Hakim. Ini anak saudara saya yang keenam. Hakim lahir pada hari Rabu 8 September 2010 lalu. Berat masa lahir, 3.9kg. So, hari ni umurnya baru 7 hari. Ahli baru family kami ni memang dinanti-nanti. Sepatutnya Hakim lahir hari ketiga raya, akhirnya lahir sebelum raya. Alhamdulillah, ibu dan baby sihat-sihat belaka.Hari raya ni, kami sibuk melayan baby kat rumah saja. Jadi kuranglah aktiviti berhari raya ke rumah saudara. Semoga Hakim yang comel, membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh...amin.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli keluarga dan kawan-kawan. Semoga tahun ni lebih gembira, meriah dan penuh dengan kesyukuran walaupun kita sedih meninggalkan bulan Ramadhan.
Setiap kali hari raya, semua orang akan balik ke kampung sebab raya di kampung dan di kl banyak bezanya. Tahun ni, kami semua beraya di Negeri Sembilan. Jadi, lebih meriah daripada tahun lepas. Selalunya, jiran kami balik beraya di kampung. Tapi tahun ni, mereka tak balik sebab nak rasa beraya di Shah Alam. Tapi akhirnya menyesal sebab kat sana tak meriah langsung. He..he..
Kuih raya tahun ni, kami beli sahaja. Tak sempat nak buat, sebab semuanya dah bekerja. Cuti pulak dah dekat-dekat nak raya. Walau apa-apa pun, kuih-kuih ni memang sedap.
RAMADHAN
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan
setelah menyempurnakan tugasnya."
Friday, August 6, 2010
PENYELIAAN KLINIKAL
PENYELIAAN KLINIKAL
1. Adalah suatu intervensi yang disengajakan
ke dalam proses pengajaran.
2. Adalah berorientasikan matlamat.
3. Menyambungkan suatu hubungan kerja
profesional di antara guru dan penyelia.
4. Memerlukan suatu tahap saling percaya
yang tinggi, seperti yang tergambar dalam
pemahaman, sokongan dan komitmen
kepada pertumbuhan.
5. Adalah sistematik, walaupun ia
memerlukan suatu metodologi yang
fleksibel dan berterusan berubah.
6. Mengandaikan penyelia tahu tentang
analisis pengajaran dan pembelajaran dan
juga tentang interaksi manusia yang
produktif.
ANDAIAN DI SEBALIK PROSES
PENYELIAAN KLINIKAL
1. Mengajar adalah suatu set aktiviti kompleks
yang memerlukan analisis yang teliti.
2. Guru-guru adalah profesional yang
bertanggungjawab dan cekap yang
memerlukan pertolongan jika ia ditawarkan
dalam cara yang mesra.
3. Tujuan penyeliaan klinikal adalah untuk
membantu guru-guru mengubahsuai pola
pengajaran sedia ada.
SUATU MODEL PENYELIAAN KLINIKAL
1. Pra-persidangan dengan guru
2. Pemerhatian bilik darjah
3. Menganalisa dan mentafsir pemerhatian
dan menentukan pendekatan persidangan
4. Pasca-persidangan dengan guru.
BEBERAPA TEKNIK PEMERHATIAN
Pemerhatian Generik
• Menggunakan suatu borang penilaian yang piawai, pemerhati membuat nota-nota anekdot dan komen tentang kelas atau pelajaran secara keseluruhan. Seringkali borang-borang ini akan mempunyai unsur-unsur pelan pelajaran lima langkah yang piawai atau kecekapan guru yang boleh disemak atau dikomen seperti yang sepatutnya.
Penceritaan Terbuka Berkecuali.
• Pemerhati merekod setiap orang, peristiwa atau benda yang menarik perhatiannya. Melibatkan penulisan ekstensif untuk merekod secra objektif semua peristiwa kelas, pernyataan dan latihan yang signifikan.
Kritikan Pendidikan
• Dimodelkan mengikut gaya pengkritik seni, format ini memerlukan pemerhati yang mahir untuk menilai pelajaran sama seperti seorang pengkritik menilai hasil seni, filem atau buku. Bahasa adalah expository dan penulisannya cuba untuk merakam suasana dan keadaan kelas.
Pola Soalan-Respon
• Pemerhati menggunakan carta tempat duduk untuk merekod sifat pelajar dan guru merespon kepda soalan-soalan yang dijana guru.
Prosedur dalam Penyeliaan
• Sebelum penyeliaan – penyelia dan guru bincangkan rangka kerja dan bersependapat tentang bidang-bidang utama yang akan dinilai
• Semasa pelajaran – perhatikan kekuatan dan kelemahan, dan catatkan cadangan-cadangan
• Selepas pelajaran yang diperhatikan -
– penyelia membuat temujanji dengan guru untuk perbincangan susulan
– Guru membuat sedikit nota penilaian bebas
– Perbincangan bermula dengan bertukar-tukar nota penilaian.
Kategori-kategori untuk Pemerhatian Bilik Darjah (Brown, J.D. 1995)
• Kadar kecepatan pelajaran
– Semangat, hubungan mata, bahasa tubuh, suara, pergerakan, kelajuan, kawalan proses pembelajaran, teknik-teknik berbeza, dan latihan-latihan yang digunakan
• Penyampaian Guru
– Pelajaran sebelumnya, organisasi, objektif, contoh-contoh, aktiviti berpusatkan pelajar, peluang untuk belajar, ringkasan perkara-perkara utama dll
• Pengurusan kelas
– Arahan, selok-belok daftar, gangguan, susunan tempat duduk, suasana selesa, dll
• Bahan bantu mengajar
– Menggunakan pandang-dengar, berguna, sedia, penggunaan berkesan, bahan sebaran jelas, bahan maujud digunakan, ICT, CALL, dll
• Hasilan pelajar
– Termotivasi, terlibat secara aktif dalam pelajaran/bahagian pelajaran berpusatkan pelajar, pembetulan, pentaksiran, dll,
Sunday, July 18, 2010
BUKU BULAN INI
Buku ni dibeli untuk tugasan dan ada kaitan dengan kuliah yang saya ikuti. Jadi memang patut saya beli buku ni. Susunan isi buku ni teratur dan penulisannya mudah difahami. Selain tujuan kuliah, dapat juga saya guna ilmu dalam buku ni semasa kerja kerana ia berkaitan bidang dan tugas pendidikan.
Saya nampak buku ni semasa nak bayar bil di kaunter MPH. Masa tu buku ni dipamerkan di belakang kaunter. Tajuknya sahaja dah buat saya rasa ingin baca. Lepas belek2 buku ni, saya pun ambil keputusan untuk beli.
'Setiap saat Allah SWT akan menduga umatNya dengan berbagai-bagai ujian, tidak kira dari segi kesusahan mahupun kesenangan. Sikap sabar, tabah, berdoa dan bertawakal amat penting kerana Islam sentiasa memberikan jalan dan sikap positif yang indah, terpulanglah pada individu untuk memahami dan mempraktikkannya dengan baik supaya kita tidak hanya berjaya di dunia, malah di akhirat kelak. Oleh itu, setiap perkara yang datang perlulah ditangani dengan bijak, jangan bertindak terburu-buru dan selebihnya berserah kepada Allah SWT.'
Quote to share:
'Do not pray for easy lives, pray to be stronger.
KASIH IBU BAWA KE SYURGA
I
Quote to share:
'Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Kasih mereka membawa ke syurga.'
" Mom, we love u so much. Stay happy and healthy forever."
KELAB TASIK PUTRAJAYA (18 JULAI 2010)
Yaya dan Aisyah bergambar di depan kelab.
Kat belakang tu boleh nampak Masjid Putrajaya. Gambar ni di ambil depan jeti. Sebelum ini kami pernah datang ke sini tengok perlumbaan perahu naga. Macam-macam aktiviti diadakan masa tu, termasuk sukan air dan explorace.
Gambar ni masa di restoran beli sarapan. Muka waktu pagi....kurang bersemangat sikit...peace!
Sunday, July 11, 2010
PERBINCANGAN ASSIGNMENT
Wah, tekunnya Nurul Ikhwan dan Zana membuat assignment. Betul ke tu....atau berlakon?He...he..
Take a break, cheese..........
K.Niera dan Zana sedang mencari maklumat dan edit slide. Buat betul-betul.....
Quote to share:
'To succeed as a team is to hold all the member accountable for their expertise.'-Mitchell Chaplan
Saturday, July 10, 2010
SUKAN TAHUNAN SKMC KE-52
Tahun ini juga diadakan acara baru. Pertandingan sorak setiap rumah sukan. Gambar kat atas ni pasukan Rumah Hijau. Go! Hijau, Go!
Pasukan sorak Rumah Hijau dapat tempat pertama. Tahniah. Ini semua hasil usaha kamu yang bersungguh-sungguh berlatih. Tak merungut penat dan kadangkala kena marah, asalkan kita dapat hasil yang terbaik. Lagipun kamu semua tahu, cikgu tak suka buat kerja main-main. He..he...
Quote to share:
'The most important thing in the Olympic Games is not to win but to take part, just as the most important thing in life is not the triumph but the struggle. The essential thing is not to have conquered but to have fought well.'-Pierre de Coubertin
BUAH NAGA
Buah naga ni berasal dari Mesir dan telah dibawa ke Amerika Selatan, lalu dikomersialkan. Buah ni ada 3 jenis. Ada isi putih, isi merah, kulit merah jambu dan kulit kuning. Buah yang saya bawa hari ni isi merah. Rasanya tak manis sangat, tapi segar.Cuma, tangan kita akan lekat warna merah tu apabila pegang.
Buah naga ni kaya dengan vitamin C dan beta karoten. Kalau masih tak pernah rasa, cubalah makan buah naga. Kemudian baru tentukan kamu suka atau tidak.
Quote to share:
'He that climbs the tall tree has won right to the fruit'-Sir Walter Scott
Tuesday, July 6, 2010
SNSD - Ha Ha Ha
If you fall seven times, laugh eight times,
Even if nothing working out,
You can't just worry about it,
Stretch once and try again.
Quote to share:
' Laughter is the closest distance between two people' - Victor Borge.
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA MALAYSIA UPSR 2010
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR BAHASA MALAYSIA 2010
Masa : 2.00 hingga 4.30 petang
Tarikh : 25 Jun 2010
Hari : Jumaat
Penceramah : Pn Rozzalita bt Abdullah (SK Wangsa Maju Seksyen 2)
Sasaran : Semua murid Tahun 6 SK Marian Convent
Kehadiran : 59 orang
Pada 25 Jun 2010, pihak sekolah telah menjemput seorang penceramah dari SK Wangsa Maju Seksyen 2 iaitu Puan Rozzalita bt Abdullah untuk mengendalikan bengkel teknik menjawab soalan UPSR kertas Bahasa Malaysia Pemahaman dan Penulisan. Puan Rozzalita merupakan seorang guru Bahasa Malaysia yang berpengalaman dan salah seorang penanda dan penggubal kertas peperiksaan UPSR. Seramai 59 orang murid SK Marian Convent telah menyertai bengkel ini.
Murid-murid telah didedahkan dengan teknik menjawab kertas Bahasa Malaysia Pemahaman dan diberi peluang untuk cuba menjawab contoh-contoh soalan yang diberi. Teknik-teknik menjawab soalan yang diberi ialah:
a. Membaca arahan dan soalan yang diberi dengan teliti dan menggaris perkataan penting.
b. Membuat pilihan jawapan yang tepat.
c. Menjawab soalan berdasarkan gambar yang diberikan sekiranya disertakan gambar.
d. Membaca dan memahami petikan yang diberi dan menjawab soalan pemahaman berdasarkan maklumat yang ada dalam petikan.
e. Mengenalpasti kesalahan tatabahasa dengan tepat untuk soalan memilih ayat yang betul.
f. Menyemak jawapan setelah selesai menjawab.
Murid-murid juga didedahkan dengan teknik menjawab kertas Bahasa Malaysia Penulisan. Teknik-teknik menjawab yang diberi ialah:
a. Bahagian A:
i. Membaca arahan dan menggariskan isi arahan.
ii. Memastikan setiap ayat mempunyai satu isi berdasarkan gambar.
iii. Membina ayat majmuk yang lengkap dan betul.
iv. Menyemak jawapan untuk memastikan tiada kesalahan dilakukan.
b. Bahagian B:
i. Membaca arahan yang diberikan.
ii. Memilih satu karangan yang betul-betul murid tahu format dan isinya.
iii. Mempunyai sekurang-kurangnya empat isi dalam karangan.
iv. Menulis menggunakan format yang betul.
v. Menyemak karangan setelah menjawab.
c. Bahagian C:
i. Membaca arahan untuk memastikan sama ada soalan mengkehendaki murid menulis tentang pengajaran atau nilai.
ii. Membaca dan memahami petikan/puisi yang diberi sebelum menjawab.
iii. Menulis jawapan dalam satu perenggan.
Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR ini telah memberikan pengetahuan yang sangat berguna kepada murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada bulan September 2010. Ini merupakan kali kedua Puan Rozzalita dijemput mengendalikan Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Malaysia di sekolah ini. Banyak tips-tips yang dapat meningkatkan lagi kemahiran murid-murid untuk menjawab kertas Bahasa Malaysia Pemahaman dan Penulisan telah diberikan. Semoga aktiviti seperti ini dapat dijalankan setiap tahun.