Sunday, July 31, 2011

RAMADHAN YANG MULIA


Kelebihan Bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan ialah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.

Antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk untuk manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.

Di pilih antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik dari seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama, Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.

Sempena bulan yang mulia ini, saya mohon ampun dan maaf kepada ahli keluarga, sahabat serta semua kenalan. Semoga dalam bulan ini, semua dosa-dosa kita diampuni Allah s.w.t.

"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DAN SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA. SEMOGA RAMADHAN KALI INI MEMBERIKAN SERIBU KEBERKATAN. HIASI HARI KITA DENGAN AMAL IBADAT, GANDAKAN PAHALA, HAPUSKAN DOSA."

Monday, July 25, 2011

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKMC KALI KE-53 (2011)

Hari sukan tahun ini lebih meriah dan amat memenatkan kerana digabung dengan aktiviti Senamthon. Senamthon tu sebenarnya untuk mengutip dana PIBG sekolah. Maklumlah, sekolah convent hanya dapat bantuan modal sahaja dari kerajaan. Selebihnya sekolah perlu biayai sendiri. Acara ni dirasmikan oleh Ygbh Datin Sri Siti Nooriah Ana Abdul Razak, isteri kepada YB Dato'Sri Zulhasnan Rafique, Ahli Parlimen Setiawangsa. Datin hadir dari permulaan acara sehinggalah akhir, Dato' pula hadir agak lewat kerana mengikuti program lain sebelum itu.

Tahun ni cemas sikit sebab ditugaskan sebagai pengacara majlis dengan Miri. Wah, boleh sakit jantung dibuatnya. Banyak perkara2 spontan yang perlu dibuat, sebab perjalanan acara yang ditentukan tak semestinya mengikut apa yang dirancang. Nak buat skrip berprotokol secara spontan bukannya mudah, maklumlah ada dato' dan datin. Kalau silap cakap, malu sekolah pulak. Namun saya berterima kasih kepada Miri, kerana kami saling bantu-membantu. Walaupun ada sedikit kesalahan, namun majlis masih berjalan lancar. Kalau ada orang komen kita mengacara, tahun depan, kita beri mereka tu pulak yang rasa jadi pengacara. Kita tengoklah siapa yang takut nanti....he..he..

Tahun ni, saya menjadi penasihat Rumah Kuning. Walaupun kami dapat tempat kedua secara keseluruhan, namun Pasukan Sorak Rumah Kuning dapat jadi juara. Itu yang menggembirakan, kerana penat lelah saya melatih murid-murid, berbaloi. Pasukan sorak Rumah Kuning juga sangat bersungguh-sungguh dan bekerjasama. Tahniah!! Terima kasih juga kepada cikgu-cikgu yang membantu melengkapkan pakaian dan perhiasan, Pn Nurul Mahani, Cik Najia dan Cik Siti Rahimah. Tahniah pasukan sorak Rumah Kuning...persembahan kamu semua sangat bagus seperti latihan yang cikgu dah ajar. Semoga kamu semua dapat menang lagi tahun depan.

Kat bawah ni ada beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa acara. Namun tak banyak yang dapat diambil kerana saya perlu fokus melaksanakan tugas.




Sunday, July 10, 2011

PESTA FLORA PUTRAJAYA 2011

Hujung minggu, kami mengunjungi Pesta Flora Putrajaya. Tema tahun ini bunga ros. Tahun ni berpeluang tengok bot berhias dan pertunjukan bunga api pada waktu malam yang diadakan di Tasik Putrajaya. Ada banyak rekaan taman mini dipamerkan di sana. Banyak gerai-gerai cenderahati, diadakan juga pertandingan melukis bertemakan bunga, bengkel mencanting batik dan seni lukis / mewarna. Pesta ni diadakan seminggu, jadi kalau sesiapa yang masih belum pergi, masih ada masa...






Monday, July 4, 2011

LARIAN SATU MALAYSIA SK MARIAN CONVENT







Wajah2 gembira murid2 Marian Convent. Seronok sangat dapat buat aktiviti luar sekali-sekala...

Friday, July 1, 2011