About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Tuesday, November 20, 2018

Cantiknya Lake Tahoe

Salah satu buku yang saya suka baca adalah tentang tempat-tempat menarik. Paling suka Europe dan US. Salah satu tempat yang menarik ialah Lake Tahoe. 
 
Lake Tahoe ialah sebuah tasik air tawar yang besar di Pergunungan Sierra Nevada, yang menembusi sempadan California dan Nevada. Ia terkenal dengan pantai dan resort ski. Di pantai barat daya, Emerald Bay State Park mempunyai rumah bergaya Nordik Vikingsholm tahun 1929. Sepanjang sisi timur laut, Taman Negeri Lake Tahoe Nevada termasuk Pantai Sand Harbour dan Tasik Spooner, pintu masuk ke Tahoe Rim Trail.



Monday, November 12, 2018

AKTIVITI SELEPAS UPSR 2018

Tahun ini saya ditugaskan sebagai penyelaras aktiviti selepas UPSR murid2 tahun 6. Perancangan aktiviti telah saya susun sebelum  UPSR lagi, namun terlalu banyak perubahan tarikh yang dibuat pada saat2 akhir atas kekangan tertentu, banyak aktiviti perlu diubah dan digantikan dengan aktiviti lain.
       Semua aktiviti melibatkan subjek bukan teras seperti PSV, PJK, Mz, RBT dan Pendidikan Islam atas permintaan Guru Besar. Tak pastilah jika ada aktiviti yang saya rancang ini tidak menarik bagi sesetengah guru atau murid. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Setiap perkara yang kita buat, pasti ada yang  tidak puas hati dan komen2 negatif. Mungkin dalam kalangan kita, masih ramai yang suka menjatuhkan semangat orang lain dan sentiasa bersikap negatif. I always try to avoid this negative people. Rasanya jika mereka sendiri yang buat kerja ni, barulah tahu senang atau susah nak uruskan aktiviti 153 orang murid untuk hampir 2 bulan sehingga cuti sekolah. Kerja ni bukan one man show. Perancangan hanya akan berjaya dengan kerjasama semua. Terima kasih kepada semua guru tahun 6 terutama guru2 teras yang sentiasa komited.

Bukan semua aktiviti boleh dibuat untuk seronok2 sahaja. Banyak faktor yang perlu saya fikirkan seperti masa dan tenaga guru2 yang masih ada pdpc untuk tahun2 lain. Selain itu, kekangan tempat juga diambil kira kerana kebanyakan kelas digunakan untuk UPSRA pada minggu pertama. Aktiviti PJK juga perlu diadakan mengikut keadaan cuaca kerana aktiviti perlu dilakukan di padang. Pada masa yang sama, padang digunakan untuk aktiviti pembinaan juga menjadi salah satu faktor yang saya ambil berat. Terima kasih guru2 PJ yang beri kerjasama menjalankan aktiviti dengan lancar.

Aktivit yang dirancang juga mengam bil kira tentang kos. Saya cuba kurangkan aktiviti yang melibatkan banyak kos kerana parents juga perlu membayar untuk graduasi dan jamuan hujung tahun. Jadi, banyak aktiviti di luar sekolah tidak saya masukkan seperti boling atau menonton wayang. Walau apa pun,diharap aktiviti yang telah dilaksanakan ini dapat memberi manfaat kepada murid2 dan kepuasan kepada guru2. Terima kasih atas kerjasama semua. Syukur alhamdulillah kerana semuanya selesai dengan baik dan lancar berkat kerjasama semua. I'm happy.

Menyiapkan bahan PSV untuk Pertandingan 
Pameran PSV antara kelas2.


Pameran PSV di adakan di kelas masing2 selama 5 hari.

Petandingan melukis doodle antara kelas2. Hasilnya cantik2.
Aktiviti melakar design sebelum menjahit cross-stich.
Memurnikan meja dan kantin sekolah.

Lawatan ke Kuala Lumpur dengan bas Hop-On Hop-Off.

Pertandingan menghias pencuci mulut dan table setting.
Sesi bergambar kelas tahun 6 2018.
Aktiviti kitar semula.

Jamuan tahun 6 . Makan malam di PICC.

Ini antara aktiviti yang telah dirancang sepanjang bulan 
September dan Oktober untuk murid2 tahun 6. Semoga lebih cemerlang 
ketika kamu semua di sekolah menengah. 
Wrap up 2018 school session. I will miss all of u. Hu..hu..

Saturday, November 10, 2018

HARI APRESIASI TAHUN 6 2018

Tahun ini kami dimaklumkan tidak boleh guna perkataan graduasi untuk Tahun 6 dan perlu ubah kepada perkataan lain. Jadi, tahun ini kita gunakan nama Hari Apresiasi Tahun 6.

Pada pendapat saya sebagai guru,  perkataan graduasi kami pilih supaya memberi impak yang positif   kepada murid2. Tujuannya untuk mereka merasai simulasi berada di majlis graduasi universiti dan betapa seronoknya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.Rasanya tidak ada salahnya, kerana mereka juga dipakaikan jubah dan topi seperti pelajar yang menerima ijazah. Entahlah, mungkin ada yang sensitif tentang isu bahasa dan maksudnya, sehingga terlepas pandang dari sudut motivasi. Kami hanya menjalankan tugas dan perlu akur arahan yang diberi. Dunia ni dah ramai orang yang bersikap negatif. Sebagai guru, kami akan didik generasi yang positif dan sentiasa memandang sesuatu perkara daripada sudut positif dahulu sebelum melihat yang negatif selagi berlandaskan hukum agama. Insyaallah.

Jadilah mata lebah dan jangan jadi mata lalat . Kata2 ni saya petik daripada Mantan Pengarah Pendidikan Putrajaya sewaktu beliau menyampaikan ucapan semasa perjumpaan dengan guru2 baharu di Putrajaya pada tahun 2014.  Maksud kata2 beliau akan sentiasa saya ingat. Kita perlukah sentiasa pandang sesuatu yang baik dahulu seperti lebah yang sentiasa mencari madu dan jangan memandang sesuatu perkara dengan negatif sahaja seperti lalat yang sentiasa mencari sampah yang busuk.