Sunday, February 20, 2011

Master Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan





Dua orang classmate yang nak tumpang glamer kat blog saya ni. Zana yang tudung baju pink dan K.niera tudung kelabu tu.
Pesanan: Jangan tension-tension. Kena marah pun, asignment tetap kena buat....

Mesti ada yang cari tajuk Master Pengurusan Pentadbiran Pendidikan ini dan dapati tiada info tentang tajuk kat sini. Saya dan dua orang rakan saya kat atas tu telah pun selesai menghabiskan course kami selama 4 semester di UPM Serdang pada bulan Disember 2011.

Jurusan yang kami ambil ialah MPPP (Master Pendidikan (Pentadbiran Pendidikan))
without thesis. Saya mengikuti MPPP tanpa tesis untuk mendapatkan ilmu dan lebih mendalami tentang pentadbiran pendidikan memandangkan saya merupakan lepasan KPLI dan sangat cetek pengetahuan tentang pentadbiran dalam bidang pendidikan. Kursus kami merupakan kursus PJJ (Pendidikan Jarak Jauh) dan kelas yang kami ikuti diadakan setiap hari Sabtu dari pukul 8.00 pagi hingga 7.00 malam. Jadi, setiap hari Sabtu kami berkuliah di Dewan Kuliah Pusat di UPM.

Pengalaman bekerja sambil belajar memang memenatkan dan memerlukan komitmen yang tinggi. Jika ingin mencuba dan melanjutkan pelajaran lagi, perlu fikir betul-betul sama ada sanggup berkorban atau tidak.

Tahniah kepada semua rakan sekelas yang telah berjaya lulus dalam CE (Comprehensive Test) dan melayakkkan kita bergraduasi. Jumpa lagi semasa konvokesyen tahun 2012 nanti...

34 comments:

  1. ke mana kita akan pergi ye selepas kita ambil master pentadbiran pendidikan ni?is it ok?

    ReplyDelete
  2. Salam. saya baru nak apply master pengurusan pendidikan ni, ble x berikan saya giude line nak buat proposal. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak apply master without tesis tak perlu proposal. Saya buat master ni biayaan sendiri dan tidak mohon tajaan kerajaan.

      Delete
  3. saya juga sama baru nak apply,,, boleh tolong ke?

    ReplyDelete
  4. nak tau info mengenai kos ni..boleh>?

    ReplyDelete
    Replies
    1. info tentang course ni boleh didapati daripada laman web universiti.

      Delete
  5. Maaf sebab saya lambat reply komen saudara, saudari. Course ni memang ok, tetapi bergantung kepada apa yang kita nak buat selepas tamat pengajian. Saya seorang guru, jadi melalui master ni dapat meningkatkan motivasi,minat, pengetahuan dan komitmen saya dalam profesion perguruan.Master ni juga insyaallah dapat membantu saya naik pangkat atau nak apply pensyarah nanti. Selain tu, ia satu syarat jika saya nak sambung phd pula. Ada juga classmate saya yang bukan dari latar belakang perguruan, contohnya jururawat,pentadbiran, pengusaha taska dan membuka syarikat sendiri.Mereka ada buat part time instructor/lecturer atau jadi jurulatih dalam bidang masing-masing.

    ReplyDelete
  6. salam boleh tanya, saye berminat nak sambung master dalam bidang ni master pentdbirn pendidikan without thesis. tp sye bukan seorg guru. bidng tym wat dgree dulu pun bukan edu. ke mna hala 7 sye jika sye ambl bdng ni... dan nak tanye.. kat UPM exam master tu dwibahasa ke atau total english.. honest, sye tak teror sgt english... huhu but sye bermnt nak smbung beljar lagi.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada gak classmate saya yang bukan guru dan ambil master dalam pendidikan ni. Hala tuju selepas master bergantung kepada perancangan kita sendiri. Mungkin mengajar di sekolah atau kolej swasta ke...atau berminat nak buka pusat tuisyen/ tadika. Tentang exam bi atau bm, bergantung kepada lecturer. Ada yang guna bm dan ada yang sepenuhnya bi termasuk nota dan asignment.

      Delete
  7. Salam cikgu..sy pn cikgu gak..nk tnya byk ler psal master pentadbiran pendidikan ni..senang x kos ni? Dlm bm or bi yea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak subjek yang disusun setiap semester dalam master ni. Bergantung kepada pengetahuan saudari jika nak tentukan senang atau susah. Secara ringkas, banyak asignment,kena buat presentation dan ada exam midterm dan final. Bm atau bi tu bergantung kepada lecturer subjek.

      Delete
    2. Cikgu, yuran untuk master pjj upm seperti dlm laman web tu ke? Yuran upm mmg mahal yea? 1 sem lbh kurang 3, 4 ribu kn?

      Delete
    3. Yuran memang berbeza ikut u. Sebelum ambil, saya pun dah buat survey dulu. Memang mahal sikit berbanding u lain. Tapi sebab selesa dgn UPM, saya pun ambil kat sini.

      Delete
  8. saya hana..baru je mendaftar untuk kursus master pendidikan di upm.. alhamdulillah jumpa saudari di blog ni..saya amat berharap dapat seidkit panduan dari saudari sebagai senior dalam master pengurusan pentadbiran ini...saya mohon untuk berhubung dengan saudari untuk dapatkan bahan bahan dan nota untuk course ini..segala jasa baik saudari semoga mendapat ganjaran pahala dari Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. program pjj ni ada video conference. Saya selalu download lecture video dan tengok semula untuk ulangkaji. Program ni dari segi nota, lecturer akan upload kat portal, jadi Ana boleh print nota dari situ. Nota berbeza ikut lecturer yang ajar.Kadang kala lecture adakan google group untuk perbincangan secara on-line. Kita boleh tanya dan boleh bincang asignment dengan kawan-kawan di situ.

      Delete
  9. Salam..saya cikgu..saya pun baru nak apply master dalam pendidikan...kalu cita cita saya nk kerje dlm pejabat mmbuat keja pentadbiran dan pengurusan suatu hr nnt bole ke saya amik master pendidikan je sbb kt oumpenang ni hanya ada satu kos jer tuk master pndidikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. subjek pengurusan dalam program ni guna teori pengurusan yang sama, tapi pendekatannya lebih kepada pengurusan sekolah yang berkaitan institusi pendidikan.

      Delete
  10. salam.sy nak tanya apakah proposal yang sesuai pd masa skrg tentang pengurusan pentadbiran?

    ReplyDelete
  11. sy berminat utk mohon tajaan kerajaan, sbb tu sy perlu bt proposal tp sy xtau apa yg perlu y 'propose'kan.sy xde idea sbb xtau pengurusan pentadbiran ni amat luas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak pernah buat.Selalunya berkaitan isu-isu pendidikan. Lagi elok jika data daripada hasil kajian tu boleh digunakan oleh orang lain atau dapat selesaikan masalah berkaitan pendidikan sekarang. Ini pendapat saya sahaja. Mungkin Diana boleh tanya kawan-kawan yang pernahh buat proposal dan proposal mereka diterima.

      Delete
  12. Salam, saya layak ke untuk memohon kerana saya baru sahaj posting 1 bulan... saya nak aply untuk kemasukan bulan 9 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau result degree dulu memenuhi syarat permohonan, boleh memohon.

      Delete
  13. Mcmn nak mohon bidang ni? Saya xtau nk mohon. Boleh mintak tunjuk ajar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu iklan pengambilan dalam surat khabar atau check kat website. Selalunya pengambilan 2 kali setahun.

      Delete
    2. Salam,master pendidikan Yg awk amek ni sama x dgn master pendidikan dewasa dan pembangunan professional?

      Delete
    3. Tak pasti. cuba check subject yang wajib diambil sama ada sama atau lain.

      Delete
  14. Sy dah abis dh amik master pentadbiran pendidikan di upm pada 2010..belanja sendiri jew.

    ReplyDelete
  15. salam..
    boleh bgtau berape keseluruhan kos?

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum... sy bercadang nk apply master pentadbiran pendidikan ni sb bercita-cita nk jadi cikgu. sayang sb sy ada degree in physics. sebelum ni sy tak berpeluang nk apply kpli.. adakah master ni boleh menjadi batu loncatan untuk sy menjadi guru?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak jadi guru (kerajaan) kena apply ikut syarat kementerian pendidikan. Saya tak pasti la.Tapi kalau mengajar di sekolah swasta boleh apply terus rasanya.

      Delete
  17. Boleh nyatakan antara subjek yg perlu d pelajari dlm course ni? Sy nak cari idea utk proposal...form dah submit dah.

    ReplyDelete