Wednesday, January 30, 2013

MS WRITER



Tahun 2013 diharapkan membawa seribu kegembiraan, kejayaan dan kesihatan kepada semua. Namun, kadangkala perkara yang kita rancang tidak dapat menjadi kenyataan. Semoga kita semua tidak cepat putus asa. Kepada ahli keluarga, saya doakan kita semua sentiasa sihat dan bahagia.Kepada semua anak muridku, semoga kalian berjaya dan menjadi orang berguna. Walau bagaimana banyaknya cabaran dalam hidup kita, sentiasa hadapinya dengan rasional dan dengan senyuman.Welcome 2013!

Thursday, January 10, 2013

NEW YEAR RESOLUTIONS





EXERCISE

EAT HEALTHY

GO GREEN

GET ORGANISED

HELP OTHERS

SAVE MONEY

READ MORE BOOKS

DIFTONG,VOKAL BERGANDING, DIGRAF,KONSONAN BERGABUNG


Isu beza antara keempat-empat tajuk di atas menjadi masalah kepada guru-guru, murid-murid dan ibu bapa. Saya masukkan sedikit tentang tajuk ni sebab Aliyah susah nak siapkan kerja rumah yang diberi oleh cikgunya hari ini. Semoga sedikit ilmu yang dikongsi ini dapat membantu.

Diftong : 

 Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan dan disebut dalam satu suku kata atau satu sebutan bunyi.
Contohnya:  wau,  pulau, aising, landai, zaitun

Vokal berganding:

Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan, tetapi terpisah sebutan bunyinya dalam suku kata.
Contohnya: daun, air, ajaib, luar

Digraf:

Apabila wujud dua huruf konsonan (selain a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan  dalam perkataan seperti ng, ny dan sy.
Contoh: nganga, nyanyi,syair

Konsonan Bergabung:

Apabila terdapat dua atau lebih konsonan yang duduk berturutan dalam satu perkataan.
Contoh : trak, ekspres, sains,straw

Namun, ada bahan rujukan yang menyatakan digraf dan konsonan bergabung tu sama sahaja. Perkara ini perlulah dirujuk kepada orang yang lebih arif dalam bidang ini. Wallaualam...

Nota dalam blog ni saya tulis untuk membantu anak saudara saya siapkan kerja rumah Bahasa Malaysia Tahun 2. Silibus KSSR ni lain sedikit daripada KBSR. Jika tidak pasti, sila buat lebih banyak rujukan kepada orang yang lebih pakar, he..he..

Buah cempedak di luar pagar, 
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baharu belajar, 
Kalau salah, tolong tunjukkan.