PUTERI SALJU DAN LIMA BIDADARI HUTAN
Situasi 1 : Puteri Salju dan dua orang dayang masuk ke pentas
Puteri : Dayang, sudah sebulan ayahanda beta mengkat. Beta rasa sunyi dan sedih.
Dayang 1 :Tidak mengapalah tuan puteri. Hamba dan dayang-dayang yang lain ada untuk
Menemani puteri di sini.
Dayang2 : Betul tu....
Puteri : Ibu tiri beta sentiasa keluar sahaja.
Dayang1 : Permaisuri kemana ya?
Puteri : Entahlah dayang. Ke bandar agaknya. Setiap kali pulang, banyak pakaian cantik dan
Barang kemas baharu yang dibelinya.
Dayang2 : Ye ke? Oh, begitu.
Puteri : Dayang-dayang, mari kita turun ke taman. Beta rasa hendak memetik bunga pula.
Dayang : Baiklah tuan puteri.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Situasi 2 : Permaisuri masuk ke pentas bersama cermin ajaib dan ketua dayang.
Permaisuri : Ha! Ha! Ha! Wahai cermin sakti kesayanganku. Siapakah wanita yang paling cantik
di negara ini.
Cermin : Ampun tuanku. Permaisurilah wanita yang paling cantik di negara ini.
Permaisuri : Sudah tentu beta yang paling cantik. Itulah kenyataannya . Ha!Ha! Ha! Kamu
Dengar tak dayang? Betalah paling jelita.
Dayang : Benar, permaisurilah yang paling cantik.
Permaisuri : Bagus dayang. Beta ‘up’ gaji kamu 30%.
Dayang :Permaisuri, minggu depan akan diadakan majlis tari-menari di istana.
Permaisuri : Untuk apa?
Dayang : Sempena hari lahir Puteri Salju yang ke 18 tahun.
Permaisuri : Perlu ke buat besar-besaran? Menyampah beta . Lebih-lebih pulak.
Dayang : Kad jemputan telah diedar dan persiapan telah dibuat, permaisuri.
Permaisuri : Ok, oklah. Catat dalam diari beta. Menyibuk!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Situasi 3: Majlis Sambutan Hari Jadi Puteri Salju. Puteri, 4 orang tetamu dan 5 orang penari masuk ke
pentas. Sesi beri hadiah. Hadiah dipegang oleh dayang. Muzik dipasang. Penari mengambil
tempat. (lagu : Echo)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Situasi 4 : Permaisuri, cermin dan ketua dayang masuk ke pentas.
Permaisuri : Dayang, mana Puteri salju?
Dayang : Ada tuanku. Puteri selalu berada di taman.
Permaisuri : Oh. Eh cermin. Mari sini! Wahai cermin ajaibku, siapakah wanita yang paling cantik
di negara ini?
Cermin : Puteri Saljulah wanita paling cantik di negara ini.
Permaisuri : Apa?! Puteri Salju? Beta tak percaya! Lebih baik kamu tengok baik-baik. Namti beta
pecahkan muka kamu!
Cermin : Benar, tuanku. Ini kenyataan. Puteri Salju paling cantik. Permaisuri di tempat
kedua.
Permaisuri : Tidak!!!! Pengawal! Pengawal! Mari kamu ke sini!
Pengawal : Patik mengadap permaisuri.
Permaisuri : Pengawal, kamu bawa Puteri Salju ke hutan. Bunuh dia dan bawa hatinya kepada
beta. Sekarang!
Pengawal : Perintah akan dilaksana, tuanku.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Situasi 5 : Pengawal dan Puteri Salju masuk ke pentas
Pengawal :Cepat jalan!
Puteri : Kamu hendak bawa beta ke mana?
Pengawal : Ini arahan permaisuri. Patik hanya jalankan perintah.
Puteri : Tolonglah jangan bunuh beta. Apa salah beta? Bantulah beta...
Pengawal : Patik telah diarahkan untuk membunuh puteri dan membawa hati tuan puteri
kepada permaisuri. Jika tidak, patik pula akan dihukum pancung.
Puteri : Apa kata jika kamu lepaskan beta. Gantikan hati beta dengan......hati ayam hutan.
Pengawal : Hati ayam kecil sangat, tuan puteri. Lagipun permaisuri suka makan hati ayam
masak kicap. Mesti permaisuri dapat bezakan hati ayam dengan hati manusia.
Puteri : Ye ke? Betul juga... Kita ambil hati rusa .
Pengawal : Baiklah. Patik lepaskan puteri, dengan satu syarat. Puteri mesti berjanji tidak akan
pulang lagi keistana selama-lamanya.
Puteri : Baiklah. Beta berjanji. Eh, pengawal, di sana ada seekor rusa. Cepat tangkap!
__________________________________________________________________________________
Situasi 6: Puteri terus berjalan di atas pentas. Terjumpa sebuah rumah. Bidadari hutan datang dan
terkejut melihat puteri.
Puteri : Eh, rumah siapa ni? Tak ada orang la. Baik beta berehat di sini.
(Tidur di situ)
Bidadari Biru : Eh, tolong! Tolong! Ada penceroboh!
Bidadari Merah : Cepat tangkap dia. Pencuri ya?
Puteri : Maafkan beta.... beta ingatkan rumah ni kosong. Beta hanya tumpang tidur.
Bidadari Hijau : Kalau ada rumah, mestilah ada tuannya. Tak faham ke?
Puteri : Maafkan beta...
Bidadari Kuning : Siapa kamu? Beraninya datang ke hutan seorang diri.
Puteri : Nama beta Puteri Salju. Beta telah dianiaya oleh ibu tiri beta dan dihantar ke hutan.
Bidadari Pink : Eh, kesian puteri yang cantik ni. Mari kita tolong dia.
Bidadari Hijau : Apa pulak nak kesian. Pandai-pandai la nak hidup.
Bidadari Pink : Jangan pedulikan dia, puteri. Dia ni ‘moody’ sikit. Tapi baik hati.
Bidadari Biru : Baiklah. Kami setuju. Puteri Salju boleh tinggal bersama kami. Kami ni Bidadari
Hutan. Nama saya, Biru, itu Merah, Pink, Kuning dan Hijau.
Puteri : Terima kasih bidadari yang baik hati.
__________________________________________________________________________________
Situasi 7: Permaisuri, cermin dan dayang masuk ke pentas.
Permaisuri : Wahai cermin sakti. Puteri Salju telah mati. Siapakah wanita paling cantik di negara
Ini?
Cermin : Puteri Saljulah wanita yang paling cantik di negara ini.
Permaisuri : Apa? Ini bermakna dia masih hidup. Habis tu, hati siapa yang dibawa oleh pengawal semalam? Nak tipu beta ya? Pengawal! Pengawal!
Pengawal : Masuk mengadap, tuanku.
Permaisuri : Berani kamu tipu beta. Tangkap dia dan penggal kepalanya.
Pengawal : Tolong....tolong.... maafkan patik...
Permaisuri : Beta mesti bunuh Puteri Salju hari ini juga.
__________________________________________________________________________________
Situasi 8 : Puteri dan Bidadari Hutan masuk ke pentas.
Bidadari Merah : Puteri Salju, kami pergi bekerja dahulu. Tuan puteri jagalah rumah ini seperti
rumah sendiri.
Puteri : Baiklah. Beta akan masak lauk yang sedap untuk kamu semua makan selepas balik
bekerja nanti.
Bidadari Hijau : Wah, bestnya...ada orang tolong masak untuk kami.
Bidadari Pink : Puteri Salju, tapi.....tuan puteri perlu berhati-hati tinggal seorang di rumah ini.
Kawasan ni terpencil. Takut ada pula penjahat yang datang. Jangan buka pintu jika ada orang yang tak dikenali. Ok?
Puteri : Bidadari semua janganlah risau. Beta taka pa-apa. Beta janji akan berhati-hati. Cepatlah pergi. Nanti lambat pula.
Bidadari : Selamat tinggal. Bye...
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Situasi 9: Puteri terus membuat kerja. Tiba-tiba datang seorang perempuan tua mengetuk pintu.
Tok! Tok! Tok!
Puteri : Ye...siapa tu? Penjual ubat ke? Maaflah. Beta tak nak beli..
Orang tua : Minta maaf anakku... nenek datang ni bukannya nak jual ubat. Nenek sedang memetik buah tadi. Ternampak rumah anak ni. Kenapa tinggal di hutan berseorangan. Tidak takut ke?
Puteri :Oh, maafkann beta. Beta ingatkan penjual ubat tadi. Beta tak tinggal berseorangan. Ini rumah 5 bidadari hutan. Beta telah diusir oleh ibu tiri beta yang jahat ke dalam hutan. Ibu tiri beta mahu membunuh beta. Nasib baik beta dapat melepaskan diri.
Orang tua : Kesian...Kesian....malang sungguh nasib kamu. Baiklah, nenek nak balik ni. Tapi, ambillah epal yang masak ranum ini. Nenek beri percuma. Makanlah. Nenek ada banyak lagi buah-buahan lain di dalam bakul ni.
Puteri : Betul ke ? Sedap nampaknya epal ni. Dah lama beta tidak makan epal. Asyik makan buah pisang je... Terima kasih. (Puteri menggigit buah epal, lalu pengsan)
(Muzik latar: Creepy )
Orang tua itu ketawa dengan kuat lalu membuka penutup kepalanya.
Orang tua : Ha! Ha! Ha! Padan muka kamu, Puteri Salju. Betalah Permaisuri yang kamu katakana itu. Berani kamu melarikan diri dari beta. Sekarang kamu telah makan epal beracun itu. Matilah kamu.....Ha! Ha! Ha! (Berjalan keluar pentas)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Situasi 10
Bidadari : Eh, kenapa puteri salju?
( Bidadari duduk mengelilingi puteri , tunduk dan menangis. Muzik latar : creepy continue)
Putera dan pengawal masuk ke pentas.
Putera : Pengawal, hari ni nampaknya kita tiada binatang buruan. Seekor rusa atau arnab pun tiada.
Pengawal : Ha! Tu ada rusa putera. Cepat panah.
Putera : Oh....tak kena pulak. Dah lari la...
Pengawal : Putera, dengar tak bunyi tu?
Putera : Apa? Ye lah. Ada bunyi tangisan.
Pengawal : Hamba takutlah putera. Entah2 hantu hutan menangis mintak tolong tak? Eiii seramnya.
Putera : Mengarut. Mari kita tengok kat sana. Bunyi tu dating dari sana.
Pengawal : Ada orang. Kenduri ke? Ramai2 tu...
Putera : Mengapa kamu semua menangis? Siapa yang mati ni?
Bidadari : Ini Puteri Salju. Puteri bukan mati. Tapi termakan epal racun yang disihir oleh permaisuri jahat.
Putera :Apa? Kena sihir? Pengawal, ambilkan kotak pertolongan cemas kita. Beta ada penawar racun.
(Putera memberi puteri minum ubat penawar. Puteri terjaga)
Puteri : Ah...Ah... Apa yang telah berlaku? Kena beta tak sedarkan diri... Sia...siapa kamu?
Bidadari : Puteri, inilah penyelamat tuan puteri.
Putera : Nama beta Putera Adi dari negara jiran. Ini pengawal beta.
Bidadari : Tuan putera mesti membela nasib Puteri Salju. Puteri telah dianiaya ibi tirinya yang jahat dan kejam.
Putera : Baiklah. Pengawal, bawakan tentera kita ke istana permaisuri itu dan tawan semua penjahat.
Pengawal : Perintah akan dilaksana. Patik minta diri dulu.
Puteri : Jangan bunuh permaisuri. Dia masih ibu beta.
Putera : Jangan risau, ayahanda beta akan hokum dia dengan setimpal.
Puteri : Terima kasih. Putera Adi memang baik hati.
Putera : Puteri Salju juga baik hati dan sangat cantik. Bolehkah kita bersahabat mulai hari ini? Marilah melawat istana beta.
Puteri : Baiklah.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Ending: Nyanyian lagu : You Say Aku (Cinta Laura) oleh semua pelakon di atas pentas sebagai penutup.
SEKIAN, TERIMA KASIH................................