Saturday, April 27, 2013

TERIMA KASIH

TQ...

5 CEMERLANG

Terima kasih  kerana sambut Hari Guru bersama cikgu.


Sepit rambut dan 'brooch' yang kamu semua beri, cikgu gantung dan letak di meja study. Terima kasih.

Ini meja guru di sekolah. Thank you untuk semua hadiah tu...

Monday, April 22, 2013

SKETSA" SAYANGI IBU BAPA " LAKONAN MURID-MURID 6 BESTARI

 Kalau nak tengok video ni, tutup 'background music' kat bawah 'page' ni dulu, ye.

Sketsa ini dilakonkan oleh murid-murid saya semasa persembahan 5 minit Bahasa Malaysia waktu perhimpunan rasmi pagi tadi.


Situasi  :Seorang ibu tua sedang makan nasi berlaukkan ikan masin. Suami masuk.

Suami    : Wahai isteriku, apa yang kamu makan tu?

Isteri      : Makan nasi berlaukkan ikan masin sahaja kita hari ni, bang.

Suami    : Ikan masin lagi? Bosan aku. Nanti darah tinggi aku naik lagi la..

Isteri      : Nak buat macam mana bang. Duit belanja dah habis. Ini sahaja yang boleh dimakan. Ada anak     pun tak ingat kepada kita di kampung. Satu sen pun tak hantar belanja. Uhuk..uhuk..

Suami    : Tak mengapalah isteriku. Dia sibuk agaknya. Tak lama lagi dia balik lah tu.

Isteri      : Saya memang sayang anak kita bang. Tapi...kadangkala sedih juga. Asyik saya saja yang telefon mereka dulu. Tak pernah sekali pun anak kita telefon kita dulu. Macam cinta bertepuk  sebelah tangan pula.

Suami    : Sensitif pulak orang tua ni. Biar saya pula yang telefon anak kita tu nanti.

               (Suami isteri makan bersama. Anak pulang ke kampung)

Anak      : Assalamualaikum....mak, abah...

Cucu      : Nenek. Atuk, kami dah balik.

Isteri    : Oh anakku....oh cucuku...(bersalaman dan berpelukan)
Suami   : Kenapa balik? Dah 10 tahun baharu nak balik. Nak minta duit ke?
Anak    : Mana ada ayah. Kami sibuk dan susah nak dapat cuti.
Isteri     : Kalau ye pun, kenapa tak telefon?
Anak    : Maafkan kami. Kami janji akan balik setiap bulan dan jumpa ayah dan mak.
Isteri     : Baiklah. Marilah masuk.

Nyanyian Lagu Sayang:

Sayang apa khabar denganmu
Di siniku merindukan kamu
Ku harap cintamu takkan berubah
kerna di siniku tetap untukmu
Sayang apa khabar denganmu
Cubalah kamu telefon diriku
Kurindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaanku
Jangan ragukan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kernaku sayang kamu
Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kernaku sayang kamu....
Aaaa...(ulang)

Pengajaran daripada cerita ini ialah: 
              Kita mestilah sayangi ibu bapa kerana mereka telah menjaga kita dari kecil hingga dewasa. Selain itu, kita patut menghargai jasa dengan memberi wang belanja kepada mereka apabila kita sudah bekerja. Seterusnya, kita hendaklah mengambil berat terhadap ibu bapa seperti menelefon mereka atau balik ke kampung. Di samping itu, kita perlulah bertanggungjawab dan menjadi anak yang taat. Akhir sekali, kita haruslah menghormati ibu bapa kita.

SUDUT PENDIDIKAN MORAL 4BESTARI/4CEMERLANG

 Kelas Pendidikan Moral Tahun 4 dibahagikan kepada dua orang guru. Ini murid kelas nombor 1 seramai 18 orang. Murid-murid terdiri daripada 3 orang Sikh, seorang murid Cina dan selebihnya India. Mereka sepakat wujudkan Sudut Pendidikan Moral dalam kelas. Semua hasil yang ditampal merupakan tugasan yang dilakukan semasa sesi pembelajaran. Cikgu harap kalian kekalkan sikap kerjasama dan tolak ansur yang telah ditunjukkan.

Quotes to share:
 We have two kinds of morality side by side:  one which we preach but do not practice and another which we practice but seldom preach.  
~Bertrand Russell

Sunday, April 14, 2013

ALAMANDA PUTRAJAYA WITH AISYAH, AMIRAH AND ALIYAH

Kami makan tengah hari di Kenny Rogers Alamanda, Putrajaya hari ni. Ramainya orang kat sana, sampai kami kena beratur.


 Aliyah nampak bosan je tunggu makanan. Takpe....kita kena sabar. Kesian kakak dan abang yang kerja kat Kenny Rogers tu. Ramai pelanggan yang perlu dilayan.

 Sebelum order makanan, semua orang dah janji akan habiskan apa yang dipesan. Makan, jangan malu-malu...
 Baked potato with bolognese sauce. Nyum...nyum..

Lepas makan, hmm...penuhnya perut. Tak larat nak jalan-jalan. Bagus! semua orang habiskan makanan terutamanya Aliyah. Goooood...lain kali Mak Ngah belanja lagi, okey!

Saturday, April 13, 2013

HIPERAKTIF KURANG TUMPUAN



" Eh, kenapa tak siap lagi? Sudah lima kali cikgu tunjuk dan ajar kamu cara jawab soalan latihan! Kenapa masih tak siap ni?"
"Salin cepat. Mengapa dari tadi tak siap-siap salin soalan tu? Dah habis masa ni.  Bukannya banyak sangat nota tu!"


Ini merupakan kata-kata yang sering saya ucapkan kepada salah seorang murid yang saya ajar. Pada mulanya, saya ingat murid ini malas dan tidak mahu berusaha. Masalah ini berlanjutan walaupun setelah empat bulan menjadi murid saya. Banyak cara yang telah saya cuba, termasuklah memanggil murid ini setiap pagi untuk menyiapkan tugasan atau kerja rumah yang diberikan, namun masih tiada perubahan. Hasil perbincangan dengan guru-guru yang pernah mengajar murid ini, saya dapati mereka juga menghadapi masalah yang sama.Setelah ditanya kepada guru lain dan bapanya, saya dimaklumkan bahawa murid ini telah disahkan menghidap hiperaktif kurang tumpuan. 

Sebenarnya, guru yang tidak mendalami pendidikan khas sering tidak dapat mengesan murid yang menghadapi masalah ini. Perkara ini mungkin akan mengakibatkan murid yang bermasalah ini diabaikan atau sering dimarahi. Oleh kerana ingin tahu tentang masalah hiperaktif kurang tumpuan ini, saya membuat rujukan tentang penyakit ini. Terdapat beberapa ciri yang dinyatakan tentang hiperaktif ini ada pada anak murid saya. Namun, saya bersyukur kerana murid saya ini tidak bertindak agresif .
 Antara maklumat yang saya dapati daripada beberapa laman web dan kajian kes yang dibuat :

 Attention deficit hyperactivity disorder: Gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD) merujuk kepada kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan, keadaan hiperaktif-impulsiviti yang lebih kerap dan teruk berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan pada individu di peringkat perkembangan yang normal.
 
Kanak-kanak sentiasa :
  • Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah.
  • Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya
  • Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah
  • Tidak dapat menyelesaikan tugasnya
  • Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya
  • Tidak berupaya mematuhi arahan
  • Mengelakkan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran
  • Mudah hilang perhatian
  • Pelupa
• Guru atau rakan sekolah mengadu kanak-kanak itu tidak boleh duduk diam, sentiasa bergerak, meninggalkan tempat duduk, bercakap ketika guru mengajar atau mengacau orang lain
• Hyperaktif, gelisah, tidak boleh dududk diam melainkan ketika menonoton televisyen atau bermain komputer
• Sentiasa tidak boleh mengikut arahan, tidak boleh bekerjasama dan menggunakan kekerasan atau ugutan terhadap orang lain
• Membuli dan sering menggunakan kekerasan
• Sering dibuli
• Sukar berkawan
• Mudah marah dan bertindak agresif, contohnya menjerit, membaling atau memukul
• Berlaku perubahan dalam corak pemakanan atau tidur
• Hilang atau kurang tenaga dan tiada motivasi
• Hilang atau kurang minat pada persekolahan atau aktiviti yang dulunya digemari
• Makan terlalu banyak atau sebaliknya iaitu membuang, menjauhi atau takut untuk makan


 Emosi
• Menyuarakan kebimbangan, ketakutan atau cemas
• Muka dan perasaan muram, sentiasa menangis
• Cepat marah dan hilang kawalan diri
• Berasa bingung, tertekan, susah hati dan tidak gembira
• Mengadu susah tidur, sentiasa bermimpi buruk dan bersedih
• Sukar menumpukan perhatian dan tidak boleh berfikir dengan betul
• Sentiasa berfikiran negatif, hilang keinginan untuk hidup, putus asa atau hendak lari dari rumah
• Mengadu sudah disentuh oleh orang lain dan sentiasa berasa tidak selesa serta tidak dapat melupakan kejadian itu
• Takut gemuk dan mulai mengelak makanan

Hasil daripada maklumat di atas, saya lebih faham cara menangani murid ini dan akan cuba memahami murid yang mempunyai masalah hiperaktif ini. Di samping itu juga saya dapat mengawal emosi apabila berhadapan dengan murid ini dan seterusnya dapat membuang perasaan marah terhadapnya jika dia tidak memberi tumpuan. Saya juga tahu menangani masalah yang dihadapi semasa pdp dengan lebih bijak. Mungkin kerana kurang pengetahuan tentang penyakit ini , akibatnya guru-guru putus asa, marah dan kecewa kerana tidak dapat membantu anak murid mereka. Percayalah, saya faham perasaan mereka.

Ini merupakan beberapa tips untuk guru-guru yang menghadapi masalah seperti saya:

Sokongan Persekitaran
◦ Kanak-kanak ADHD boleh belajar sekiranya dibantu oleh sokongan persekitaran berikut :

 Susunan kelas yang bebas daripada gangguan tumpuan perhatian.
 Menetapkan peraturan kelas yang jelas dan membincangkan jangkaan yang diharapkan.
 Menyediakan dan mematuhi rutin harian kelas dan mengingatkannya sekiranya terdapat sebarang perubahan.
 Menyusun pembelajaran dengan menjadikan proses pembelajaran lebih aktif.

 Intervensi Tingkah Laku
◦ Dilaksanakan oleh guru
 Memberi ganjaran dan pengukuhan bagi t/laku yang diingini
 Strategi pencegahan – menghentikan t/laku yang tidak sesuai ketika permulaan
 Token ekonomi – memberi ganjaran dalam bentuk seperti sticker, bintang dll., punyai nilai ekonomi untuk ditukarkan dengan barang yang disukai

Intervensi Pengajaran
◦ Arahan yang diberikan hendaklah jelas, ringkas dan lengkap
◦ Apabila memberi arahan minta murid mengulang arahan tersebut kepada anda
◦ Pecahkan tugasan yang kompleks kepada bahagian kecil
◦ Gunakan banyak tindak balas aktif sepanjang pengajaran
◦ Gunakan kaedah pelbagai sensori dalam pengajaran
◦ Libatkan murid dalam aktiviti pembelajaran.

Kesimpulannya.
 Kanak-kanak ADHD boleh dididik dan berpotensi berkembang seperti kanak-kanak lain

 Kualiti pendidikan di rumah amat penting dalam menentukan tahap pencapaiannya di sekolah

 Kecelaruan t/laku perlu dapat diatasi melalui proses pendidikan yang sesuai dengan ADHD dan bersistematik

 Ibu bapa dan guru perlu bekerjasama dan punyai pengetahuan tentang ADHD dalam merancang program pendidikan dan kerjaya kanak- kanak ADHD kelak.
Maklumat ini saya ambil dari laman blog: http://kplijulai08intake.blogspot.com


Pada pendapat saya, ibu bapa yang mempunyai anak seperti ini tidak seharusnya malu untuk memaklumkan guru-guru dan pihak sekolah tentang anak mereka. Ini dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh murid ini. Selain itu, jika guru dimaklumkan lebih awal tentang murid ini, salah sangka akan dapat dielakkan.
 Lebih baik jika kanak-kanak ini mendapat pendidikan di sekolah khas bersama guru-guru yang mahir membimbing mereka demi masa depan mereka. 

Fahamilah murid-murid dan para ibu bapa, sesungguhnya guru-guru komited dan sentiasa berusaha untuk menjalankan tugas memastikan semua anak didik mereka berjaya. Namun, usaha kami perlu sokongan dan bantuan ibu bapa serta usaha murid itu sendiri.

Friday, April 12, 2013

KEBAKARAN

Pagi Isnin 8 April 2013, seperti biasa saya memandu ke sekolah tepat jam 6.50 pagi. Hmm...asap apa pula yang berkepul-kepul naik ke udara tu? Eh...dekat SKMC la... sekolah ke yang terbakar? Rupa-rupanya kawasan setinggan sebelah pagar sekolah. Rumah-rumah setinggan yang diperbuat daripada kayu tu memang sekejap je dah rentung. Apa yang menyedihkan, Balai Bomba Setapak ada kat sebelah je. Tapi pak cik-pak cik bomba tu tak dapat buat apa-apa. Malangnya....kedua-dua paip bomba berhampiran kekurangan air. Isyk...isyk...tak pernah 'check' ke? Agak menyedihkan sebab pihak bomba tidak periksa tangki paip tu sama ada berfungsi atau tidak. Mungkin ini memberi pengajaran kepada mereka. 



 Nasib baik la tiada nyawa yang terkorban. Namun, ramai pengguna jalan raya yang berhenti untuk tengok kebakaran tu di bahu jalan. Oleh kerana sikap begini, kesesakan lalu lintas pun berlaku. Hmm...memang sikap manusia ni susah nak diubah. Nasib baik juga kebakaran tu tidak merebak ke kantin SKMC. Jika tidak, lapar la kami hari ni. Semoga mangsa kebakaran sentiasa bersabar menghadapi dugaan.


Saturday, April 6, 2013

KUIH,KUIH! TIGA SERINGGIT! TIGA SERINGGIT!

Lakonan ini saya tulis untuk persembahan 5 minit Bahasa Malaysia kelas 5 Cemerlang semasa perhimpunan pada hari Isnin.

 

Wahida   : Kuih! Kuih!
Anis        : Tiga seringgit! Tiga seringgit!
Wahida   : Kuih! Kuih!
Anis        : Tiga seringgit! Tiga seringgit!
Mak cik  : Dik, dik, mari sini. Tengok kuih yang kamu bawa.
Wahida   : Ni, mak cik.
Mak cik  : Wah, banyaknya kuih yang kamu jual!
Wahida    : Ada la sikit, mak cik. Kuih-kuih ni mak saya yang buat sendiri.
Mak cik  : Bungkuskan karipap seringgit dan cucur badak dua ringgit.
Wahida   : Ini kuihnya mak cik.
Mak cik  : Nah tiga ringgit.
Anis/Wahida : Terima kasih mak cik.
Wahida    : Kuih! Kuih!
Anis         : Tiga seringgit! Tiga seringgit!
Rani          : Woi Wahida. Ewah, ewah, ewah...jual kuih nampak.
Ita            : Wah, banyak ni. Berilah kami sedikit.
Wahida    : Tak boleh la Ita, Rani. Mak aku suruh aku jual kuih ni. Kalau kamu mahu, bayarlah dulu.
Rani         : Oh, melawan ye! Nah, padan muka. Biar semua kuih tu jatuh. Jom kita pergi Ita. Ha...ha...ha..
Anis         : Macamana ni, kak. Habis kuih kita.
Wahida    : Tak mengapalah Anis. Bukan rezeki kita tu. Nanti kita beritahu mak perkara yang berlaku.
Anis         : Baiklah kak.
Wahida     : Orang yang jahat pasti akan mendapat balasannya nanti.

Pengajaran daripada cerita ini ialah:
1. Berdikari
2. Taat kepada ibu bapa
3. Bersopan ketika berbicara
4. Berterima kasih
5. Baik hati terhadap orang lain
6 . bersabar
7. Jujur