About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

LIVING WITH HERNIATED DISC N LOWER BACK PAIN SINCE 2011 :(

Ramai orang, termasuk saya sendiri tidak pernah ambil tahu tentang tulang belakang. Oleh sebab itu kita tak pernah kisah tentang postur dan kesihatan tulang belakang kita. Ia sebenarnya berfungsi melindungi saraf dan membentuk postur badan kita. Semenjak 2011 saya mendapatkan rawatan dan di Klinik Pakar Orthopedik di Putrajaya sehinggalah sekarang. Hampir 2-3 bulan cuti kerana tak boleh berjalan disebabkan saraf kaki dan back pain masa tu, memang pengalaman yang tak boleh dilupakankan. Sekarang back pain saya terkawal walaupun akan berlaku beberapa kali sakit yang teruk pada bahagian belakang dan kaki kiri. Doktor kata saya perlu biasakan diri dengan rasa sakit tu dan makan pain killer kalau tak tahan sangat. Paling teruk pergi hospital dan dapatkan suntikan pain killer. Dose pain killer ditambah selang 30 minit jika masih rasa sakit.
Like the doctor said, "endure it and live with it".

Saya juga dapatkan treatment di Chiropractic Specialty Center Kota Kemuning Shah Alam kerana mengambil keputusan untuk tidak mahu pembedahan atau suntikan. Back pain saya terkawal selepas 20 sesi terapi. Thank you to Dr Mark W. Linkert D.C (Chiropractic Physician ) and lovely Manjeet my physiotherapist.
 Kecederaan disc tulang belakang ini terjadi kerana jatuh yang menyebabkan tulang belakang lumbar L4/L5 disc degeneration  dan L5/S1 left paracentral annular tear and disc protrusion yang menekan saraf kaki kiri  . Saya jalani MRI pada 2011 dan kali kedua pada tahun 2013, tetap tiada perubahan. Doktor kata permanent injury. Jadi, saya tidak boleh aktif seperti dulu. Sekarang ni kena slow  dan berhati-hati. Posture sangat penting. Kena belajar cara berdiri dan duduk yang betul supaya tidak menyebabkan sakit berulang. 



MRI



Alhamdulillah, sakit itu penghapus dosa. Bersyukur atas kelebihan lain yang Allah telah kurniakan kepada saya. Dugaan yang sedikit ni masih boleh ditanggung kerana Allah uji mengikut kemampuan kita.
Saya share treatment yang dibuat jika ada yang menghadapi masalah yang sama. 

Treatment yang saya jalani di Chiropractic Specialty Center :

1. Cold pack on my lower back.

2. Interferential Current Theraphy (IFT)



3. RXDecom



4. Flexion-Distraction Theraphy



5. Therapeutic Ultrasound

6.Trigger Point Theraphy



Prolapsed Disc (Slipped Disc) <ul><li>A prolapsed disc (slipped disc) often causes severe lower back pain.  </li></ul><ul>...
Understanding the back <ul><li>The spinal cord, which contains the nerves that come from the brain, is protected by the sp...
What are the symptoms of a prolapsed disc? <ul><li>Nerve root pain (usually 'sciatica') </li></ul><ul><li>Nerve root pain ...
What are the treatments for a prolapsed disc? <ul><li>Exercise and keep going </li></ul><ul><li>Medication – Paracetamol, ...

No comments:

Post a Comment