Monday, June 24, 2013

SEDIHNYA TENGOK CUACA...

 
Teruknya jerebu hari ni, sampai sekolah ditutup. Banyaknya kerja yang belum selesai minggu ni. Harap-harap esok bertambah baik.
 Selalunya dari sini saya boleh nampak bangunan-bangunan yang banyak. Tetapi dah dua hari ni tak nampak apa-apa pun. Teruknya jerebu ni. Mata pun rasa pedih dan tekak rasa sakit. Nampaknya  perlu kurangkan aktiviti luar, minum banyak air masak dan makan vitamin C untuk elakkan selesema dan demam. Jangan lupa pakai topeng muka jika berjalan di luar rumah.



MESTI BACA

 Buku 'How To Be Interesting' ni sesuai digunakan jika kita rasa bosan, terutamanya jika cuti panjang atau dah tiada kerja nak dilakukan. Letakkan tangan pada kulit buku ni dan tanya diri sendiri, "Apa perkara menarik yang saya mesti buat?" Kemudian, buka mana-mana muka surat yang anda suka. Cuba buat perkara yang dicadangkan dalam muka surat tersebut. Semoga bosan kita akan hilang dan ada perkara menarik yang boleh dilakukan.
Saya pernah terbaca tentang sebuah buku yang agak terkenal tulisan Carol Bolt berjudul 'The Book of Answer". Buku ni membantu orang-orang yang sukar membuat keputusan. Cara yang digunakan, sama dengan buku di atas. 
Namun, keputusan akhir di tangan kita. Fikir baik-baik dan buat keputusan yang rasional. Buku-buku seperti ni hanya untuk suka-suka sahaja. Tetapi, jawapan yang kita dapat daripada buku ini agak menarik juga. Tepuk dada, tanya selera..


Banyak siri di bawah tajuk 'Chicken Soup for the Soul '. Buku yang saya beli berkaitan kisah keluarga. Ini kali pertama saya beli, walaupun selalu nampak di kedai buku. Buku ni mengingatkan saya tentang satu rancangan televisyen yang pernah saya tonton masa sekolah dahulu. Jika tak silap saya, rancangan tu pun tajuk yang sama dengan buku ni. Isi kandungan buku ini tentang kehidupan. Hampir sama dengan kisah-kisah pendek dalam majalah Reader's Digest yang saya beli, iaitu cerita tentang kebaikan manusia yang membantu manusia lain (Good deed).
Cerita dalam buku ni kebanyakannya ada kaitan dengan sikap ahli keluarga kita. Setelah baca buku ni, kesimpulan yang saya dapat buat ialah kebanyakan keluarga mempunyai masalah yang hampir sama.

Sunday, June 16, 2013

NIGHT LEG CRAMPS

 
 'Night Leg cramps' atau kejang  kaki pada waktu malam memang dah jadi masalah yang kerap saya hadapi. Wah...sakitnya sampai boleh terjaga dari tidur. Ini salah satu 'side effect' yang berpunca daripada saraf kaki saya. Hmm...nampaknya saya terpaksa kurangkan aktiviti yang menyebabkan kejang pada waktu siang seperti berdiri atau berjalan terlalu lama. Beberapa tips daripada fisioterapis dan  daripada buku yang saya baca, saya postkan di sini sekiranya ada sesiapa yang selalu mengalami kejang kaki.

Cara mengatasi yang kerap saya lakukan:
 
Kejang kaki waktu malam ni apabila kita merasa denyut, atau sensasi seperti tarikan yang tidak menyenangkan di kaki dan   tidak terkawal untuk menggerakkan kaki. Gejala-gejala ini berlaku terutamanya pada waktu malam atau ketika berehat. Kesakitan yang disebabkan oleh kejang kaki boleh berbeza-beza dalam intensiti dan hanya pulih selepas beberapa saat hingga 15 minit atau lebih. Untuk memulihkannya, gosok perlahan-lahan atau mengurut bahagian yang sakit. Membuat regangan juga boleh mengurangkan kekejangan . Bagi kejang betis, cuba berdiri dan meletakkan berat badan di kaki yang berkenaan dan kemudian bengkokkan  sedikit lutut. Jika terlalu sakit untuk berdiri, luruskan kaki  dan flex hujung jari kaki   ke arah kepala.


Cara mengatasi berlaku kejang kaki :

 
   ('Prevention is better than cure')


1. Kekal terhidrat. Air dan cecair lain diminum sepanjang hari boleh mengelakkan badan kita daripada menjadi kering. Ia juga boleh membantu otot berehat dengan lebih mudah. Air sangat penting untuk menambah cecair badan apabila melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan terus minum air dan cecair lain selepas menjadi aktif.

2. Regangan sebelum tidur. Jika anda mempunyai kejang kaki waktu malam, ia adalah idea yang baik untuk meregangkan sebelum tidur. (Cakap je senang, kadang-kadang saya pun lupa nak buat...he..he..)

 3. Melakukan senaman ringan. Menunggang basikal exersice untuk beberapa minit sebelum tidur boleh membantu mencegah kekejangan semasa anda tidur.

4. Memilih kasut yang tepat. Memakai kasut yang mempunyai sokongan yang betul boleh membantu mencegah kekejangan.

5. Letakkan bantal di bawah lutut ketika tidur menelentang.