About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Sunday, June 26, 2011

QUOTES TO SHARE


LIFE ISN'T ABOUT WAITING FOR THE STORM TO PASS......
IT'S ABOUT LEARNING TO DANCE IN THE RAIN.





FAKTA

LAPORAN KIRAAN PERMULAAN, BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2010

1. PENDAHULUAN

Banci 2010 merupakan banci kelima dijalankan bagi Malaysia. Banci terdahulu telah dijalankan pada tahun 1970, 1980, 1991 dan 2000. Banci 2010 merupakan projek statistik yang besar telah dijalankan bagi menghasilkan data yang berguna untuk perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan negara.

Maklumat yang diperoleh daripada banci ini adalah pelbagai dan komprehensif. Justeru itu, ia mengambil masa yang panjang dan penelitian yang rapi untuk memproses data muktamad demi menjamin kualitinya. Maka, untuk mendapat gambaran ringkas mengenai bilangan penduduk Malaysia pada tahun 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia menerbitkan Laporan Kiraan Permulaan 2010.

2. RINGKASAN PENEMUAN

Laporan Kiraan Permulaan Banci 2010 mengandungi maklumat awalan bilangan penduduk, isi rumah dan tempat kediaman bagi Malaysia mengikut negeri dan daerah pentadbiran.

Laporan kiraan permulaan ini menunjukkan bahawa jumlah penduduk di Malaysia adalah seramai 27,565,821 orang iaitu terdiri daripada 14,112,667 lelaki dan 13,453,154 perempuan. Purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000–2010 ialah 2.17%. Semasa tempoh pembancian, terdapat 6,396,174 isi rumah dan 7,380,865 tempat kediaman di seluruh Malaysia.

3. KADAR PERTUMBUHAN PENDUDUK

Purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan di seluruh Malaysia telah menurun kepada 2.17% dalam tempoh 2000–2010 berbanding dengan 2.60% bagi 1991-2000 dan 2.64% bagi 1980-1991.

4. TABURAN NEGERI

Selangor mempunyai taburan penduduk tertinggi di Malaysia iaitu seramai 5,411,324 orang; 19.63 peratus daripada jumlah penduduk negara. Negeri yang mengalami pertumbuhan penduduk yang paling pesat bagi tempoh 2000–2010 adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya (17.77%), diikuti oleh Selangor (3.17%). Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak dan Pahang didapati mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang semakin menurun dalam tempoh 1980–2010. Antara negeri lain yang juga mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang menurun adalah Johor, Kedah, Negeri Sembilan dan Terengganu. Melaka mencatatkan kadar pertumbuhan penduduk yang semakin meningkat sejak tahun 1980 sehingga 2010.

5. NISBAH JANTINA

Nisbah jantina bagi Malaysia pada keseluruhannya menunjukkan terdapat 105 lelaki bagi setiap 100 perempuan. Antara negeri yang menunjukkan trend nisbah jantina yang lebih tinggi daripada nisbah nasional ialah Johor (112), Pahang (111), Negeri Sembilan (107) dan Sabah (106). Sementara itu, Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan nisbah jantina yang terendah iaitu 88 lelaki bagi setiap 100 perempuan.


TENAGA BURUH:

KPTB MENINGKAT KEPADA 64.8% PADA APRIL 2011



Keadaan ini menyebabkan KPTB bulan April 2011 merekodkan peningkatan kecil 0.1 mata peratus kepada 64.8 peratus. Jika dibandingkan dengan bulan sama pada tahun 2010, KPTB meningkat 1.1 mata peratus daripada 63.7 peratus. Bilangan tenaga buruh mengalami sedikit pertambahan (0.6%) pada April 2011 daripada 12.63 juta pada Mac 2011 kepada 12.71 juta orang. Begitu juga dengan penduduk di luar tenaga buruh yang meningkat seramai 12,000 orang (0.2%) pada April 2011. KPTB meningkat kepada 64.8% pada April 2011 Siri 22 Bil.6/2011 Jun 2011 Perangkaan Utama Tenaga Buruh, Malaysia, April 2011



KADAR PENGANGGURAN KEKAL PADA PARAS 3.0%

Pada April 2011, kadar pengangguran kekal pada paras 3.0 peratus. Walau bagaimanapun, bilangan penduduk bekerja dan penganggur merekodkan sedikit peningkatan masing-masing seramai 78,000 dan 2,900 orang kepada Kadar pengangguran kekal pada paras 3.0%12.33 juta dan 383,200 orang seiring dengan pertambahan bilangan tenaga buruh. Kadar pengangguran didapati menurun 0.2 peratus jika dibandingkan dengan catatan pada bulan sama tahun2010.




-Dipetik dari Jabatan Perangkaan Malaysia-

Sunday, June 19, 2011

SELAMAT HARI BAPA



Sambutan hari bapa merupakan hari untuk menghargai ketua keluarga. Hari bapa mula disambut hampir di seluruh dunia pada abad ke-12. Terdapat banyak versi dalam sambutan hari bapa. Dalam satu versi, sambutan ini dikata bermula di USA dengan ideanya dicetuskan oleh seorang wanita, Sonora Dodd dari daerah Spokane. Beliau mahu sesuatu dilakukan untuk mengenang bapanya, William Smart, seorang veteran perang saudara yang ditinggalkan oleh isterinya dan membesarkan enam orang anak secara bersendirian di sebuah ladang kecil. Hari bapa yang pertama disambut pada tahun 1910 dengan mengambil sempena tahun kelahiran William Smart sendiri. Sejak tahun 1972, ia disambut setiap tahun apabila bekas Presiden AS, Richard Nixon menandatangani satu undang-undang awam yang menjadikan hari tersebut dicatat di dalam kalendar. (dipetik dari Wikipedia)

Kepada Encik Zakaria bin Husin @ Hussain, "Selamat Hari Bapa". Terima kasih atas pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan. Jasa2mu kami hargai.


Happy Father's Day

A Dad is a person, who is loving and kind, And often he knows what you have on your mind. He's someone who listens, suggests, and defends. A dad can be one of your very best friends! He's proud of your triumphs, but when things go wrong, A dad can be patient
and helpful and strong In all that you do, a dad's love plays a part. There's always a place for him deep in your heart. And each year that passes, you're even more glad, More grateful and proud just to call him your dad! Thank you, Dad...for listening and caring, for giving and sharing, but, especially, for just being you!
Happy Father's Day.

Saturday, June 18, 2011

BUKU TERBARU BULAN INI

Dua buah buku ni saya baca bulan ni. Kedua-duanya sangat menarik. Saya syorkan buku bertajuk "People Who Changed The World" untuk sesiapa yang ingin tahu tentang orang-orang yang terkenal di dunia termasuklah saintis, ahli sukan dan artis. Buku ni menceritakan kelebihan mereka dan sumbangan yang diberi dalam bidang masing-masing sehingga dikenali diseluruh dunia. Antara nama-nama yang ada dalam buku ni termasuklah Muhammad Ali, Archimedes, Neil Armstrong, Abraham Lincoln dan Elvis Aaron Presley.


Wednesday, June 8, 2011

KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN

Cuti kali ini dihabiskan di kampung dan tak pergi kemana-mana. Walaupun cuti sekolah 2 minggu, namun hanya betul2 dapat cuti 1 minggu jer. Seperti biasa, waktu cuti ni, Aisyah, Yaya dan Aliyah balik ke kampung.



Berposing kat pokok tomato dan petola..piece...



Opah dan atuk memang suka menanam sayur keliling rumah. Aisyah dan Aliyah awal2 pagi dah ikut opahnya pergi ke kebun dan petik sayur.