About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Sunday, June 26, 2011

FAKTA

LAPORAN KIRAAN PERMULAAN, BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2010

1. PENDAHULUAN

Banci 2010 merupakan banci kelima dijalankan bagi Malaysia. Banci terdahulu telah dijalankan pada tahun 1970, 1980, 1991 dan 2000. Banci 2010 merupakan projek statistik yang besar telah dijalankan bagi menghasilkan data yang berguna untuk perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan negara.

Maklumat yang diperoleh daripada banci ini adalah pelbagai dan komprehensif. Justeru itu, ia mengambil masa yang panjang dan penelitian yang rapi untuk memproses data muktamad demi menjamin kualitinya. Maka, untuk mendapat gambaran ringkas mengenai bilangan penduduk Malaysia pada tahun 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia menerbitkan Laporan Kiraan Permulaan 2010.

2. RINGKASAN PENEMUAN

Laporan Kiraan Permulaan Banci 2010 mengandungi maklumat awalan bilangan penduduk, isi rumah dan tempat kediaman bagi Malaysia mengikut negeri dan daerah pentadbiran.

Laporan kiraan permulaan ini menunjukkan bahawa jumlah penduduk di Malaysia adalah seramai 27,565,821 orang iaitu terdiri daripada 14,112,667 lelaki dan 13,453,154 perempuan. Purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000–2010 ialah 2.17%. Semasa tempoh pembancian, terdapat 6,396,174 isi rumah dan 7,380,865 tempat kediaman di seluruh Malaysia.

3. KADAR PERTUMBUHAN PENDUDUK

Purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan di seluruh Malaysia telah menurun kepada 2.17% dalam tempoh 2000–2010 berbanding dengan 2.60% bagi 1991-2000 dan 2.64% bagi 1980-1991.

4. TABURAN NEGERI

Selangor mempunyai taburan penduduk tertinggi di Malaysia iaitu seramai 5,411,324 orang; 19.63 peratus daripada jumlah penduduk negara. Negeri yang mengalami pertumbuhan penduduk yang paling pesat bagi tempoh 2000–2010 adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya (17.77%), diikuti oleh Selangor (3.17%). Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak dan Pahang didapati mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang semakin menurun dalam tempoh 1980–2010. Antara negeri lain yang juga mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang menurun adalah Johor, Kedah, Negeri Sembilan dan Terengganu. Melaka mencatatkan kadar pertumbuhan penduduk yang semakin meningkat sejak tahun 1980 sehingga 2010.

5. NISBAH JANTINA

Nisbah jantina bagi Malaysia pada keseluruhannya menunjukkan terdapat 105 lelaki bagi setiap 100 perempuan. Antara negeri yang menunjukkan trend nisbah jantina yang lebih tinggi daripada nisbah nasional ialah Johor (112), Pahang (111), Negeri Sembilan (107) dan Sabah (106). Sementara itu, Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan nisbah jantina yang terendah iaitu 88 lelaki bagi setiap 100 perempuan.


TENAGA BURUH:

KPTB MENINGKAT KEPADA 64.8% PADA APRIL 2011



Keadaan ini menyebabkan KPTB bulan April 2011 merekodkan peningkatan kecil 0.1 mata peratus kepada 64.8 peratus. Jika dibandingkan dengan bulan sama pada tahun 2010, KPTB meningkat 1.1 mata peratus daripada 63.7 peratus. Bilangan tenaga buruh mengalami sedikit pertambahan (0.6%) pada April 2011 daripada 12.63 juta pada Mac 2011 kepada 12.71 juta orang. Begitu juga dengan penduduk di luar tenaga buruh yang meningkat seramai 12,000 orang (0.2%) pada April 2011. KPTB meningkat kepada 64.8% pada April 2011 Siri 22 Bil.6/2011 Jun 2011 Perangkaan Utama Tenaga Buruh, Malaysia, April 2011



KADAR PENGANGGURAN KEKAL PADA PARAS 3.0%

Pada April 2011, kadar pengangguran kekal pada paras 3.0 peratus. Walau bagaimanapun, bilangan penduduk bekerja dan penganggur merekodkan sedikit peningkatan masing-masing seramai 78,000 dan 2,900 orang kepada Kadar pengangguran kekal pada paras 3.0%12.33 juta dan 383,200 orang seiring dengan pertambahan bilangan tenaga buruh. Kadar pengangguran didapati menurun 0.2 peratus jika dibandingkan dengan catatan pada bulan sama tahun2010.




-Dipetik dari Jabatan Perangkaan Malaysia-

No comments:

Post a Comment