Friday, December 27, 2013

SATU LAGI BUKU CECELIA AHERN YANG TELAH DIBACA

 
Sebelum ini saya pernah perkenalkan sebuah buku yang ditulis oleh Cecelia Ahern bertajuk The Book Of Tomorrow. Ini buku keempat karya beliau yang saya beli dan baca. Buku bertajuk Where Rainbows End ni dah lama diterbitkan iaitu pada tahun 2004, tetapi saya baharu sahaja membacanya tahun ini. Cara beliau menulis cerita ni sama seperti PS,I Love You kerana dari awal sehingga akhir, cerita ditulis  dalam bentuk emel,sms, chatroom dan surat. Pada mulanya rasa macam tak menarik je sebab bukan bentuk cerita, tetapi bila dah baca rasa unik pula. Emel kat bawah ni saya petik dari buku tersebut:

From     Alex
To         Rosie
Subject    More Time?

Alex here. It's been a while since I've heard from you...I was hoping you would have been in touch by now. If you need more time, I understand. Please let me know what's going on.

Cerita ini mengisahkan dua sahabat baik semenjak kecil iatu Alex Steward dan Rosie Dunne yang terpaksa berpisah kerana keluarga Alex berpindah dari Dublin (Dublin ni kat Ireland) ke Amerika. Mereka hanya berhubung melalui emel dan pesanan ringkas sahaja. Banyak perkara berlaku sepanjang hidup mereka. Kadang-kadang rasa frust je baca sebab ada je salah faham dan perkara yang menghalang mereka, terutamanya apabila surat yang Alex tulis tidak sampai ke tangan Rosie angkara Greg (dia ni suami Rosie). Nak dipendekkan cerita, akhirnya mereka bertemu semula setelah berumur 50 tahun. Cerita ni happy ending la. Kalau nak tau, beli dan baca sendri. Tapi prepare la untuk baca buku setebal 558 muka surat ni. Jangan berhenti separuh jalan pula. He..he...Tamat

MY NEW SCHOOL


Mula berkhidmat di sini mulai sesi persekolahan 2014. Semoga di sini, lebih banyak kejayaan dan kenangan baharu akan tercipta.Insyaallah. 


Saturday, December 7, 2013

GOODBYE SKMC

All good things must come to an end, but I wouldn't want it to end
with any other people or be at any other time.
  
Don’t be dismayed at goodbyes.
A farewell is necessary before you can meet again.
And meeting again after moments or lifetimes,
 is certain for those who are friends.

Selamat tinggal kepada semua rakan di SKMC yang telah bersama saya dari tahun 2006 hingga 2013. Salina dan Habibah, good luck dan jangan sedih sebab tak dapat bekerjasama lagi. Terima kasih kepada guru2 panitia Bahasa Malaysia yang telah memberi kerjasama yang baik kepada saya sepanjang menjadi Ketua Panitia. 
SK Marian Convent dalam kenangan saya sampai bila-bila.