Wednesday, November 23, 2011

CERITA BUAH DURIAN

Telefon kat rumah ni berbunyi pagi2 lagi. Kadang2 kalau orang telefon pagi2 ni agak merisaukan juga (kata Pn Asmah la...). Hmm..rupa-rupanya jiran kami telefon. Makcik tu beri kami 5 biji durian. Katanya semalam hujan lebat, durian kat rumah dia banyak yang gugur. Buah durian bukanlah 'favourite' kami, tapi boleh makan macam buah2 lain.


Saya pernah terbaca tentang asal usul nama durian dalam sebuah buku. Tajuknya 'Puteri Duriani'. Mengikut cerita tu, buah durian ni mendapat nama daripada seorang puteri yang bernama Puteri Duriani. Cerita ni dongeng je. Ada pendapat lain menyatakan buah durian diberi nama kerana durinya. Sesetengah orang tak tahan dengan baunya. Ramai juga orang yang tak suka bau durian.
(Tapi....nasihat saya, jika kita tak suka, jangan kata busuk atau rasa jijik jika orang lain makan. Kita perlu hormat dan berbudi bahasa dengan orang lain. Lebih2 lagi durian ni makanan.)

Ha..inilah yang jadi dengan durian2 tu. Nama masakan ni, pengat durian (durian masak dengan santan dan gula melaka). Pengat durian ni dimakan dengan roti jala. (yang warna kuning tu). Bestnye pengat durian ni. Terima kasih kat makcik yang baik hati bagi durian kat kami....he..he..


Ada pendapat kata "durian...smell like hell, taste like heaven"
: Tak baik tau..

Friday, November 18, 2011

CEMERLANG BAHASA MALAYSIA

Tahniah kepada murid-murid 6Bestari yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Keputusan tahun ni meningkat berbanding tahun lepas. Cikgu bangga dengan keputusan kamu semua.

Keputusan BM tahun ni meningkat. Terima kasih dan tahniah kepada semua guru SKMC dari tahun 1-6 yang telah mengajar mereka.


BM Penulisan 6B kesemuanya mendapat keputusan A (tahniah) dan Pemahaman, kesemuanya A kecuali seorang sahaja yang dapat B. Seramai 13 orang murid mendapat 5A dan 8 orang mendapat 4A1B daripada 73 orang calon SKMC. Cikgu tumpang gembira... Selamat bercuti dan cikgu harap kamu semua menjaga keselamatan dan kesihatan. Semoga semakin cemerlang semasa di sekolah menengah nanti.


Semua murid bergambar sebagai kenangan hari terakhir di SKMC dan cikgu bagi kamu tumpang glamer kat blog cikgu. Murid yang dapat sikit je kek tu, nanti kalau ada peluang, cikgu belanja lagi..ok.







Quotes to share:
All our dreams can come true, if we have the courage to pursue them- Walt Disney

Thursday, November 17, 2011

HARI ANUGERAH CEMERLANG SKMC 17 NOVEMBER 2011

Rasa lega, sebab Hari Anugerah Cemerlang tahun ni dah selesai. Perancangan dan persiapan dah dibuat lebih kurang sebulan yang lalu. Namun, hasil kerjasama cikgu2 SKMC, majlis ni dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua guru2, kalian semua memang hebat, berdedikasi dan bertanggungjawab.

Backdrop Anugerah Cemerlang yang cantik berseri ni hasil sentuhan kreatif dan kerjasama pasukan Cik Najiah, Kak Nurul Mahani dan AJK backdrop yang lain. Terima kasih atas kerjasama dan tenaga yang dicurahkan....memang cunn....

Cikgu2 yang sempat bergambar di belakang dewan semasa majlis sedang berlangsung. Bukan senang nak buat senarai pemenang dan aturkan murid untuk menerima hadiah. Buat raptai 2, 3 hari..thanks Zaliah, Siti Masreaah dan Kak Liza.

Bergambar dengan Pn Miri yang tetap dan berpencen jadi pengacara majlis. Tapi kali ni berganding dengan Syuzaidi.


Persembahan murid, hasil latihan Pn Irni Fariza yang kreatif. Tahun depan boleh lantik sebagai jurulatih persembahan lagi ye..

Penyampaian hadiah kepada murid-murid yang cemerlang.

Gambar2 kat bawah ni, murid-murid 6B dan 6C yang membuat persembahan lakonan "Bawang Putih, Bawang Merah". Walaupun saya latih kamu semua dengan tegas dan kadangkala ada yang kena marah, namun hasilnya persembahan kamu yang paling bagus dan unik. Tahniah...Cikgu rasa, anugerah pelakon harapan boleh diberi kepada Cik Ruupha Sri dan Cik Jenane...hmm....Sakinah pun ok gak..
Cikgu harap, pengalaman kamu ini dapat dijadikan kenangan manis di SKMC apabila kamu sudah berada di sekolah menengah nanti. Bolehlah cerita dan berlagak kat kawan-kawan lain,
"Aku pernah berlakon drama kat sekolah. Aku memang berbakat..."



Tahniah kepada murid-murid dan terima kasih kepada cikgu-cikgu.

Tuesday, November 15, 2011

NILAI DAN ETIKA DALAM PERKHIDMATAN AWAM


Nilai adalah ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang atau institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat. Mengikut kajian sejarah, ilmu, kebijaksanaan, keadilan dan iktidal ( temperance ) merupakan nilai-nilai utama masyarakat.( Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam INTAN,1991 )

Etika bermaksud tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Seseorang anggota perkhidmatan awam berkewajipan memahami tanggungjawab terhadap peranan dan perilaku seseorang pekerja dalam kerajaan.( Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam-INTAN, 1991 )

TERAS PERKHIDMATAN AWAM
1 . Berazam meninggikan mutu perkhidmatan awam
2 . Bekerja dengan penuh tanggungjawab
3 . Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
4 . Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan
5. Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
6 .Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh negara
7 .Berpegang teguh kepada ajaran agama

LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN NILAI DAN ETIKA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

I) Panduan Perkhidmatan Cemerlang ( 1979)
II) Penggunaan Kad Perakam Waktu
III) Kempen Bersih, Cekap dan Amanah (1982)
IV) Dasar Pandang Ke Timur
V) Peggunaan Tanda Nama
VI) Kepimpinan Melalui Teladan
VII) Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran Awam
VIII) Tonggak Dua Belas
X) Citra Karya (Rukun Negara, Perintah Am, Arahan Perbendaharaan, PKPA.)

NILAI DAN ETIKA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
1. Nilai peribadi asas
2. Nilai-nilai mengutamakan pelanggan
3. Nilai-nilai kepimpinan
4. Nilai-nilai profesionalisma
5. Nilai-nilai Produktiviti dan kualiti
6. Nilai-nilai keagamaan

1. NILAI-NILAI PERIBADI ASAS
1. Amanah
2. Bertanggungjawab
3. Ikhlas
4. Berdedikasi
5. Berdisiplin
6. Bekerjasama
7. Bersih
8. Tekun
9. Sederhana

2. MENGUTAMAKAN PELANGGAN
1. Berbudi Mulia
2. Bersabar
3. Sopan Santun
4. Peramah

3. NILAI-NILAI KEPIMPINAN
1. Adil
2. Berani
3.Syura

4. NILAI-NILAI PROFESIONALISME
1. Berilmu
2. Kreativiti
3. Inovasi
4. Integriti
5. Neutraliti
6. Kejujuran Intelektual
7. Akauntabiliti
8. Berkecuali

5. PRODUKTIVITI/KUALITI
1. Produktiviti
2. Kualiti

6.NILAI-NILAI KEAGAMAAN
1. Bersyukur
2. Beriman
3. Bertakwa

Ulasan :

Terdapat panduan yang lengkap mengenai nilai dan etika dalam perkhidmatan awam. Malangnya, terdapat segelintir penjawat awam yang tidak mengikut etika dan nilai yang telah digariskan dalam perkhidmatan mereka, atau mereka ini sebenarnya tidak tahu bahawa wujudnya etika dan nilai ini? Walaupun telah banyak dasar, program dan arahan-arahan yang telah diperkenal oleh kerajaan, namun masih tidak wujud sepenuhnya penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni dalam kalangan penjawat awam. " Krisis nilai akan terus berlaku selagi kekuatan materialisme mengatasi kekuatan moral dan longgarnya prinsip-prinsip kerohanian anggota Perkhidmatan Awam." (Malek Shah 2002) Seharusnya perkara ini dipandang serius berikutan banyak rungutan dan komen dari aspek nilai dan etika kerja perkhidmatan awam terutamanya dalam bidang pendidikan. Pangkat dan kedudukan tidak memberi anda tiket untuk bersikap sombong dan kurang ajar terhadap orang lain. Penjawat awam dalam bidang pendidikan tidak kira guru, pensyarah atau diperingkat jabatan, seharusnya sedar bahawa kita merupakan pasukan pendidik anak-anak bangsa yang inginkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kitalah yang seharusnya terlebih dahulu mengamalkan nilai-nilai murni dalam memberi perkhidmatan. Renungkan.....

Monday, November 14, 2011

JAMUAN AKHIR TAHUN 2011


Gambar kat atas ni diambil masa jamuan dengan murid2 tahun 6 yang diadakan di Dewan SKMC. Cikgu2 yang cun tu...Siti Rahimah, Kaybee dan Salina.
Gambar2 lain kat bawah ni masa jamuan guru2 di Hotel Seri Pacific. Jamuan tahun ni sama macam tahun lepas sebab ramai yang suka bufet hi-tea kat sini. Katanya sedap dan banyak pilihan. Saya rasa ok dan biasa sahaja. Perkara yang penting, kami semua dapat berkumpul bersama-sama dan berharap sesi persekolahan tahun 2011 menjadi kenangan manis untuk tahun akan datang....




Quotes to share:
A friend is one who knows you and loves you just the same.
-Elbert Hubbard

Thursday, November 10, 2011

PERBAHASAN 5 BESTARI

10 November 2011, murid-murid 5 Bestari mengadakan pertandingan perbahasan dalam kelas Bahasa Malaysia. Perbincangan kumpulan dan menyediakan teks perbahasan telah dibuat sehari sebelum pertandingan diadakan. Tajuk perbahasan juga dipilih sendiri oleh murid-murid iaitu :

'Menyertai Permainan Badminton Lebih Baik daripada Acara Renang'.




"Kesungguhan murid-murid menjalankan aktiviti perbahasan walaupun ia pertama kali diadakan membuatkan cikgu rasa berbangga dengan sikap kamu."