About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Tuesday, November 20, 2012

CUTI SEKOLAH AISYAH, YAYA DAN ALIYAH DI KG KAYU ARA NEGERI SEMBILAN

 Cuti sekolah ni Aisyah, Yaya dan Aliyah balik kampung opah di Negeri Sembilan. Setelah seminggu bercuti di rumah nenek di Johor, mereka balik ke rumah opah untuk menghabiskan cuti di sini. Terima kasih kerana hadiahkan Mak Ngah t-shirt dan 'key chain' dari Legoland. Hari ni, kita buat jadual masing-masing.
 Aisyah akan menduduki UPSR tahun hadapan. Tengoklah tu, mereka sedang buat jadual waktu sepanjang cuti sekolah. Nak tuisyen dengan Mak Ngah, jangan lupa masukkan waktu belajar 7 jam sehari ye. Ahad sahaja cuti.
Aliyah buat jadual belajar ke? Kenapa semuanya aktiviti main je...hmm...main dengan kucing pun masuk dalam jadual???
Wow, rajinnya Yaya buat jadual. Lepas ni tampal dalam bilik. Jangan lupa ikut jadual tu ya.

KEPUTUSAN UPSR


Tahniah kepada 12 orang murid 6 Bestari yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Tahniah juga untuk 24 orang murid 6B yang telah berjaya mendapat A dalam kertas penulisan dan 21 orang  A dalam kertas pemahaman. Walaupun keputusan Pemahaman merosot sedikit tahun ini, cikgu tetap bangga dengan keputusan kamu semua kerana segala usaha dan penat lelah kita telah dibalas dengan kejayaan. Semoga kalian semua akan lebih berjaya pada masa akan datang. Tiada kejayaan tanpa cabaran dan usaha yang gigih. Selamat bercuti...

Senarai murid yang mendapat 5A:

1. Ashvinderjit Kaur
2. Kimberly Chuah Ching Li
3. Masira
4. Norfaiqah Dayana
5. Kwa Pei San
6. Low Lih Yee
7.Melisha Kaur
8. Nur Syafiqa Almira
9.Nur Zulaikha
10.Nurshima
11.Parveen Kaur
12. Pamela Rabecca Saraswathy

4A1B
1. Loshshinee
2. Haliza Shafinaz
3. Ramiyah
4. Siti Nur Syuhadah
5. Yasotha

Thursday, November 15, 2012

NEW FAMILY MEMBER 2012


 Nurzahanis Sofia binti Asfaezullah. 
Tarikh lahirnya 12 November 2012. 
Ini gambar pada hari kedua. 
Comel sungguh!!!
 


 Nurzafirah Aisyah binti Asfaezullah. Sedapnya dia makan.



Zafirah dapat adik ye....Jangan nakal-nakal tau.

Sunday, November 11, 2012

PETROSAINS -KLCC

 Hujung minggu pergi ke KLCC memang sesak dengan orang ramai. Kami semua pergi ke Petrosains. Ini kali yang keempat ke sana dan tak banyak perubahan pun. Kali ini kami sertai contest yang ada kaitan dengan filem The Hobbit yang bakal ditayangkan di pawagam. Hampir 5 jam kami di dalam Petrosains. 

 

 

Berbaris untuk naik gondola
Aisyah dan Umi buat eksperimen


T-rex yang menyambut kedatangan kami dengan nyanyian.







Atas pelantar minyak Petronas
 Selepas solat Zohor, kami makan dan habiskan masa membeli buku di  Kinokuniya. Banyaknya kami borong buku-buku di sana. Hmmm....Aisyah, Yaya dan Aliyah jangan lupa baca semua buku tu, ye.

Saturday, November 3, 2012

GRADUASI TAHUN 6 DAN ANUGERAH CEMERLANG 2012

Gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa majlis diadakan di sekolah.




 



 

















Tarian zapin

Bollywood

Dangdut