About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Tuesday, November 20, 2012

CUTI SEKOLAH AISYAH, YAYA DAN ALIYAH DI KG KAYU ARA NEGERI SEMBILAN

 Cuti sekolah ni Aisyah, Yaya dan Aliyah balik kampung opah di Negeri Sembilan. Setelah seminggu bercuti di rumah nenek di Johor, mereka balik ke rumah opah untuk menghabiskan cuti di sini. Terima kasih kerana hadiahkan Mak Ngah t-shirt dan 'key chain' dari Legoland. Hari ni, kita buat jadual masing-masing.
 Aisyah akan menduduki UPSR tahun hadapan. Tengoklah tu, mereka sedang buat jadual waktu sepanjang cuti sekolah. Nak tuisyen dengan Mak Ngah, jangan lupa masukkan waktu belajar 7 jam sehari ye. Ahad sahaja cuti.
Aliyah buat jadual belajar ke? Kenapa semuanya aktiviti main je...hmm...main dengan kucing pun masuk dalam jadual???
Wow, rajinnya Yaya buat jadual. Lepas ni tampal dalam bilik. Jangan lupa ikut jadual tu ya.

No comments:

Post a Comment