Sunday, July 18, 2010

BUKU BULAN INI

Dua buah buku yang menarik minat saya untuk baca bulan ni.



Buku ni dibeli untuk tugasan dan ada kaitan dengan kuliah yang saya ikuti. Jadi memang patut saya beli buku ni. Susunan isi buku ni teratur dan penulisannya mudah difahami. Selain tujuan kuliah, dapat juga saya guna ilmu dalam buku ni semasa kerja kerana ia berkaitan bidang dan tugas pendidikan.



Saya nampak buku ni semasa nak bayar bil di kaunter MPH. Masa tu buku ni dipamerkan di belakang kaunter. Tajuknya sahaja dah buat saya rasa ingin baca. Lepas belek2 buku ni, saya pun ambil keputusan untuk beli.

'Setiap saat Allah SWT akan menduga umatNya dengan berbagai-bagai ujian, tidak kira dari segi kesusahan mahupun kesenangan. Sikap sabar, tabah, berdoa dan bertawakal amat penting kerana Islam sentiasa memberikan jalan dan sikap positif yang indah, terpulanglah pada individu untuk memahami dan mempraktikkannya dengan baik supaya kita tidak hanya berjaya di dunia, malah di akhirat kelak. Oleh itu, setiap perkara yang datang perlulah ditangani dengan bijak, jangan bertindak terburu-buru dan selebihnya berserah kepada Allah SWT.'


Quote to share:
'Do not pray for easy lives, pray to be stronger.

KASIH IBU BAWA KE SYURGA

Iklan ni pernah di tayangkan di televisyen sempena Aidilfitri. Tapi tak ingat tahun bila. Cakap tentang hampir-hampir akan menyambut Ramadhan, saya teringat iklan ni. Bila tengok klip video ni, memang sentiasa buat saya tersenyum. Iklan ni memang kreatif dan membawa mesej kepada kita.


I


Quote to share:
'Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Kasih mereka membawa ke syurga.'
" Mom, we love u so much. Stay happy and healthy forever."

KELAB TASIK PUTRAJAYA (18 JULAI 2010)

Hujung minggu ni, pagi-pagi lagi Yaya dan Aisyah dah bangun ikut saya membeli sarapan di Presint 8. On the way balik, kami singgah jalan-jalan di Kelab Tasik Putrajaya. Kawasan ni terletak di tepi Tasik Putrajaya tak jauh dari rumah kakak saya. Pagi-pagi ni kami dah nampak ramai orang bersenam, joging dan ada kumpulan pak cik dan mak cik yang melakukan senaman berkumpulan. Di Kelab Tasik Putrajaya ni ada banyak aktiviti termasuklah kemudahan berkayak, kolam renang, gym dan restoran. Sepanjang tasik ni disediakan trek untuk joging dan ada alatan senaman. Best juga sedut udara segar pagi-pagi kat sini.



Yaya dan Aisyah bergambar di depan kelab.



Kat belakang tu boleh nampak Masjid Putrajaya. Gambar ni di ambil depan jeti. Sebelum ini kami pernah datang ke sini tengok perlumbaan perahu naga. Macam-macam aktiviti diadakan masa tu, termasuk sukan air dan explorace.



Gambar ni masa di restoran beli sarapan. Muka waktu pagi....kurang bersemangat sikit...peace!

Sunday, July 11, 2010

PERBINCANGAN ASSIGNMENT

11 Julai 2010, kumpulan kami membuat perjumpaan kali pertama untuk menyiapkan assignment Instructional Supervision Dr Ramli. Kami siapkan 5 slide untuk presentation minggu depan. Sepatutnya kami bincang di library, tapi malangnya tutup; pulak. Tukar la ke kantin PPL.




Wah, tekunnya Nurul Ikhwan dan Zana membuat assignment. Betul ke tu....atau berlakon?He...he..



Take a break, cheese..........




K.Niera dan Zana sedang mencari maklumat dan edit slide. Buat betul-betul.....


Quote to share:
'To succeed as a team is to hold all the member accountable for their expertise.'-Mitchell Chaplan

Saturday, July 10, 2010

SUKAN TAHUNAN SKMC KE-52

Sukan Tahunan SKMC telah diadakan pada 10 Julai 2010. Tahun ini saya ditugaskan sebagai penasihat Rumah Hijau bersama Habibah dan KB untuk sesi pagi. Ini kali ketiga bertukar rumah sukan, dari Rumah Kuning, ke Rumah Merah dan sekarang Hijau. Tahun ni Rumah Hijau tidak bernasib baik kerana dapat tempat keempat. Mungkin tahun depan akan mendapat keputusan yang lebih baik. Anak-anak muridku, jangan putus asa. Tahun depan ada lagi. Fighting!




Tahun ini juga diadakan acara baru. Pertandingan sorak setiap rumah sukan. Gambar kat atas ni pasukan Rumah Hijau. Go! Hijau, Go!



Pasukan sorak Rumah Hijau dapat tempat pertama. Tahniah. Ini semua hasil usaha kamu yang bersungguh-sungguh berlatih. Tak merungut penat dan kadangkala kena marah, asalkan kita dapat hasil yang terbaik. Lagipun kamu semua tahu, cikgu tak suka buat kerja main-main. He..he...


Quote to share:

'The most important thing in the Olympic Games is not to win but to take part, just as the most important thing in life is not the triumph but the struggle. The essential thing is not to have conquered but to have fought well.'-Pierre de Coubertin





BUAH NAGA

Buah naga menjadi topik kali ni sebab saya gunakan buah naga ni sebagai set induksi BM kelas 5 Tekun (5 Julai 2010) . Teks yang kami baca dan bincang dalam topik pertanian. Tajuk teksnya Buah Seribu Khasiat: Buah Naga. Oleh kerana ramai yang tak pernah tengok dan rasa buah ni, saya pun beli dan bawa ke kelas. Murid-murid dapat pegang dan makan buah naga tu.




Buah naga ni berasal dari Mesir dan telah dibawa ke Amerika Selatan, lalu dikomersialkan. Buah ni ada 3 jenis. Ada isi putih, isi merah, kulit merah jambu dan kulit kuning. Buah yang saya bawa hari ni isi merah. Rasanya tak manis sangat, tapi segar.Cuma, tangan kita akan lekat warna merah tu apabila pegang.




Buah naga ni kaya dengan vitamin C dan beta karoten. Kalau masih tak pernah rasa, cubalah makan buah naga. Kemudian baru tentukan kamu suka atau tidak.



Quote to share:

'He that climbs the tall tree has won right to the fruit'-Sir Walter Scott

Tuesday, July 6, 2010

SNSD - Ha Ha Ha




If you fall seven times, laugh eight times,
Even if nothing working out,
You can't just worry about it,
Stretch once and try again.


Quote to share:
' Laughter is the closest distance between two people' - Victor Borge.

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA MALAYSIA UPSR 2010






BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR BAHASA MALAYSIA 2010


Masa : 2.00 hingga 4.30 petang

Tarikh : 25 Jun 2010

Hari : Jumaat

Penceramah : Pn Rozzalita bt Abdullah (SK Wangsa Maju Seksyen 2)

Sasaran : Semua murid Tahun 6 SK Marian Convent

Kehadiran : 59 orang


Pada 25 Jun 2010, pihak sekolah telah menjemput seorang penceramah dari SK Wangsa Maju Seksyen 2 iaitu Puan Rozzalita bt Abdullah untuk mengendalikan bengkel teknik menjawab soalan UPSR kertas Bahasa Malaysia Pemahaman dan Penulisan. Puan Rozzalita merupakan seorang guru Bahasa Malaysia yang berpengalaman dan salah seorang penanda dan penggubal kertas peperiksaan UPSR. Seramai 59 orang murid SK Marian Convent telah menyertai bengkel ini.

Murid-murid telah didedahkan dengan teknik menjawab kertas Bahasa Malaysia Pemahaman dan diberi peluang untuk cuba menjawab contoh-contoh soalan yang diberi. Teknik-teknik menjawab soalan yang diberi ialah:

a. Membaca arahan dan soalan yang diberi dengan teliti dan menggaris perkataan penting.

b. Membuat pilihan jawapan yang tepat.

c. Menjawab soalan berdasarkan gambar yang diberikan sekiranya disertakan gambar.

d. Membaca dan memahami petikan yang diberi dan menjawab soalan pemahaman berdasarkan maklumat yang ada dalam petikan.

e. Mengenalpasti kesalahan tatabahasa dengan tepat untuk soalan memilih ayat yang betul.

f. Menyemak jawapan setelah selesai menjawab.

Murid-murid juga didedahkan dengan teknik menjawab kertas Bahasa Malaysia Penulisan. Teknik-teknik menjawab yang diberi ialah:

a. Bahagian A:

i. Membaca arahan dan menggariskan isi arahan.

ii. Memastikan setiap ayat mempunyai satu isi berdasarkan gambar.

iii. Membina ayat majmuk yang lengkap dan betul.

iv. Menyemak jawapan untuk memastikan tiada kesalahan dilakukan.

b. Bahagian B:

i. Membaca arahan yang diberikan.

ii. Memilih satu karangan yang betul-betul murid tahu format dan isinya.

iii. Mempunyai sekurang-kurangnya empat isi dalam karangan.

iv. Menulis menggunakan format yang betul.

v. Menyemak karangan setelah menjawab.

c. Bahagian C:

i. Membaca arahan untuk memastikan sama ada soalan mengkehendaki murid menulis tentang pengajaran atau nilai.

ii. Membaca dan memahami petikan/puisi yang diberi sebelum menjawab.

iii. Menulis jawapan dalam satu perenggan.

Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR ini telah memberikan pengetahuan yang sangat berguna kepada murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada bulan September 2010. Ini merupakan kali kedua Puan Rozzalita dijemput mengendalikan Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Malaysia di sekolah ini. Banyak tips-tips yang dapat meningkatkan lagi kemahiran murid-murid untuk menjawab kertas Bahasa Malaysia Pemahaman dan Penulisan telah diberikan. Semoga aktiviti seperti ini dapat dijalankan setiap tahun.