Monday, September 24, 2018

UPSR 2018...DDAY

Hari pertama UPSR memang mendebarkan untuk semua murid. Yakin dengan persediaan masing2. Semoga dapat menjawab dengan baik dan tenang semasa di dewan peperiksaan. Doa cikgu2 dan ibu bapa mengiringi kamu semua. Do your best!

Mengagihkan slip peperiksaan, sarapan, kismis dan 
air zamzam pada waktu pagi sebelum murid2 masuk ke dewan.
Penerangan dan pesanan daripada guru2 mata pelajaran.
Makan pada waktu rehat disediakan oleh pihak sekolah 
kepada murid2 supaya memudahkan mereka dan 
tidak terlambat untuk sesi peperiksaan yang seterusnya.

Penyelaras UPSR dan cikgu2 mengumpulkan 
kertas soalan selepas UPSR.
Ustaz Nasrom memantau pengagihan makanan
 di kantin pada waktu rehat. Good!


Ada ibu bapa murid2 yang membantu 
guru2 di kantin. Alhamdulillah.
Makanan yang disedikan oleh parents Dedikasi untuk anak2
 selepas sekolah sementara menunggu kelas ulang kaji
 yang dibuat oleh guru-guru pada waktu petang untuk subjek UPSR esok. Terima kasih parents Dedikasi yang sepakat dan bekerjasama.
Roti yang disediakan oleh pihak sekolah pada
 waktu pagi sekiranya ada murid yang belum bersarapan.

Anak2 Dedikasi makan tengah hari di kantin. Alhamdulillah.
 Terima kasih kepada parents yang bercuti, datang ke sekolah dan melayan 
semua murid Dedikasi bagi pihak ibu bapa yang lain dan guru2.

Terima kasih kepada parents yang menyumbang
 makanan, air, buah dan kuih hari ini.
Antara ibu bapa Dedikasi yang hadir setiap hari sepanjang 
UPSR dan sudi membantu guru2 menguruskan anak2 
Dedikasi supaya semua sempurna.
Selepas murid2 masuk ke dewan. Doa guru2 sentiasa
 mengiringi kamu semua. Supaya dapat menjawab dengan
 cemerlang. Insyaallah..

Quotes to share:

With every hardship, there is ease (Quran 94:5-6)

There is no end to education. It is not that you read a book, 
pass an examination and finish with education. The whole of life, 
from the moment from the moment you are born to
 the moment you die, is a process of learning.
-Juddu Krishnamurthi-

Sunday, September 23, 2018

LAST DAY BEFORE UPSR : 6 DEDIKASI DAN 6 WAWASAN

Semoga berjaya untuk semua murid 6  Dedikasi dan 6 Wawasan. Persediaan terakhir sebelum kertas BM esok. Semoga ulang kaji dan tips yang cikgu beri membawa manfaat kepada kamu semua. Cikgu doakan kejayaan untuk semua. Cikgu halalkan semua ilmu yang diberikan dan telah maafkan segala kesalahan kamu semua. Cikgu juga mohon halalkan segala yang terkurang atau tersentuh hati sepanjang cikgu mengajar kamu semua. Setiap bimbingan dan teguran kepada kamu, cikgu lakukan dengan ikhlas untuk masa depan kamu dan tanggungjawab cikgu. I will miss all of you after this. :(