Friday, August 6, 2010

PENYELIAAN KLINIKAL

PENYELIAAN KLINIKAL


1. Adalah suatu intervensi yang disengajakan

ke dalam proses pengajaran.

2. Adalah berorientasikan matlamat.

3. Menyambungkan suatu hubungan kerja

profesional di antara guru dan penyelia.

4. Memerlukan suatu tahap saling percaya

yang tinggi, seperti yang tergambar dalam

pemahaman, sokongan dan komitmen

kepada pertumbuhan.

5. Adalah sistematik, walaupun ia

memerlukan suatu metodologi yang

fleksibel dan berterusan berubah.

6. Mengandaikan penyelia tahu tentang

analisis pengajaran dan pembelajaran dan

juga tentang interaksi manusia yang

produktif.


ANDAIAN DI SEBALIK PROSES

PENYELIAAN KLINIKAL


1. Mengajar adalah suatu set aktiviti kompleks

yang memerlukan analisis yang teliti.

2. Guru-guru adalah profesional yang

bertanggungjawab dan cekap yang

memerlukan pertolongan jika ia ditawarkan

dalam cara yang mesra.

3. Tujuan penyeliaan klinikal adalah untuk

membantu guru-guru mengubahsuai pola

pengajaran sedia ada.


SUATU MODEL PENYELIAAN KLINIKAL


1. Pra-persidangan dengan guru

2. Pemerhatian bilik darjah

3. Menganalisa dan mentafsir pemerhatian

dan menentukan pendekatan persidangan

4. Pasca-persidangan dengan guru.


BEBERAPA TEKNIK PEMERHATIAN


Pemerhatian Generik


Menggunakan suatu borang penilaian yang piawai, pemerhati membuat nota-nota anekdot dan komen tentang kelas atau pelajaran secara keseluruhan. Seringkali borang-borang ini akan mempunyai unsur-unsur pelan pelajaran lima langkah yang piawai atau kecekapan guru yang boleh disemak atau dikomen seperti yang sepatutnya.


Penceritaan Terbuka Berkecuali.

Pemerhati merekod setiap orang, peristiwa atau benda yang menarik perhatiannya. Melibatkan penulisan ekstensif untuk merekod secra objektif semua peristiwa kelas, pernyataan dan latihan yang signifikan.


Kritikan Pendidikan

Dimodelkan mengikut gaya pengkritik seni, format ini memerlukan pemerhati yang mahir untuk menilai pelajaran sama seperti seorang pengkritik menilai hasil seni, filem atau buku. Bahasa adalah expository dan penulisannya cuba untuk merakam suasana dan keadaan kelas.


Pola Soalan-Respon

Pemerhati menggunakan carta tempat duduk untuk merekod sifat pelajar dan guru merespon kepda soalan-soalan yang dijana guru.


Prosedur dalam Penyeliaan


Sebelum penyeliaan – penyelia dan guru bincangkan rangka kerja dan bersependapat tentang bidang-bidang utama yang akan dinilai


Semasa pelajaran – perhatikan kekuatan dan kelemahan, dan catatkan cadangan-cadangan


Selepas pelajaran yang diperhatikan -

penyelia membuat temujanji dengan guru untuk perbincangan susulan

Guru membuat sedikit nota penilaian bebas

Perbincangan bermula dengan bertukar-tukar nota penilaian.


Kategori-kategori untuk Pemerhatian Bilik Darjah (Brown, J.D. 1995)


Kadar kecepatan pelajaran

Semangat, hubungan mata, bahasa tubuh, suara, pergerakan, kelajuan, kawalan proses pembelajaran, teknik-teknik berbeza, dan latihan-latihan yang digunakan

Penyampaian Guru

Pelajaran sebelumnya, organisasi, objektif, contoh-contoh, aktiviti berpusatkan pelajar, peluang untuk belajar, ringkasan perkara-perkara utama dll

Pengurusan kelas

Arahan, selok-belok daftar, gangguan, susunan tempat duduk, suasana selesa, dll

Bahan bantu mengajar

Menggunakan pandang-dengar, berguna, sedia, penggunaan berkesan, bahan sebaran jelas, bahan maujud digunakan, ICT, CALL, dll

Hasilan pelajar

Termotivasi, terlibat secara aktif dalam pelajaran/bahagian pelajaran berpusatkan pelajar, pembetulan, pentaksiran, dll,