Babak 1 (Di sungai) –
Mak Timah : Hmm… sudah lama aku tidak makan
telur ikan tembakul. Telur ikan tembakul sunggah sedap. Kamu pernah cuba?
Kawan : Tidak.
Rasanya aku hendak mencubanya hari ni. Senang ke cara menangkap ikan tembakul?
Mak Timah : Tidaklah susah sangat.
Kawan : Timah, kamu pernah dengar cerita
mengenai Batu Belah, Batu Bertangkup?
Mak Timah :
Tidak. Ada apa dengan Batu Belah… err….?
Kawan : Batu
Belah, Batu Bertangkup. Dengar kata, ia boleh menelan orang.
Mak Timah : Oh,
dahsyatnya! Dimanakah terletaknya Batu Belah, Batu Bertangkup tersebut?
Kawan : Ia
terletak jauh ke dalam hutan.
Mak Timah : Ha, dah tangkap ikan tembakul!
Kawan : Wah,
nampaknya kamu makan sedap hari ni!
Mak Timah : Oh,
baru aku teringat! Aku kena balik rumah supaya anak-anak aku tidak kelaparan.
Kawan : Sudah
tentunya mereka akan menyukai ikan tembakul ini. Aku hendak pulang ke rumah,
hari pun sudah semakin gelap. Selamat tinggal.
Babak 2 (Di
rumah) –
Mak Timah : Melur, Pekan! Emak sudah
pulang. Melur, emak ada bawa pulang seekor ikan tembakul. Kamu pergilah
menggoreng ikan tembakul ini.
Melur : Baiklah, mak.
Mak Timah : Mak hendak berehat sebentar. Kamu makanlah ikan tembakul itu bersama
Pekan. Jangan lupa menyimpan telurnya untuk mak.
Babak 3 (Setelah
menggoreng ikan tembakul) –
Pekan : Kakak,
cepatlah! Pekan sudah lapar. Pekan hendak makan.
Melur : Sabarlah,
adik.
Pekan : Mmm...
Sedap sungguh ikan tembakul ini.
Melur : Janganlah
gelojoh sangat. Nanti tercekik, masuk surat khabar.
Pekan : Tidak
mengapalah, kak. Jika Pekan masuk surat khabar, terkenallah Pekan.
Babak 4 (Setelah
makan) –
Pekan : Kakak,
Pekan masih lapar lagi. Boleh tak Pekan ambil bahagian kakak?
Melur : Habis tu?
Kakak nak makan apa?
Pekan : Alaa...
perempuan tidak payah makan pun boleh.
Melur : Ish… Nah,
ambil sahaja bahagian kakak.
Pekan : Pekan
masih lapar lagi.
Melur : Kakak
akan gorengkan telur mata kerbau untuk Pekan. Tunggu sebentar, ya?
Pekan : Lambat
betul kakak menggoreng telur mata kerbau. Aku ambil bahagian ibu sahajalah.
Melur : Nah,
ambil telur ini! Jangan minta lagi.
Babak 5 (Mak
Timah merajuk) –
Mak Timah : Segar
rasanya, setelah dapat berehat sebentar.
Pekan : Mak,
Pekan laparlah. Nak susu.
Mak Timah :
Baiklah, mak buatkan susu untuk Pekan. Sabar, ya? Melur, dimanakah kamu
menyimpan telur ikan tembakul untuk mak?
Melur : Ada di
atas para, mak.
Mak Timah : Mana?
Tiada pun.
Pekan : Eh… ada kucing masuk pulak!
Mak Timah : Pekan, kamu jangan
berpura-puralah. Mana ada kucing, kamu hendak tukar topik sahaja kerana bersalah
kan?
Pekan : Tapi memang ada kucing tadi.
Mak Timah : Mak sudah masak dengan perangai
kamu. Kamu memamng degil dan
terlalu mengikut perasaan. Baiklah, memandangkan kamu berdua sudah tidak
menyayangi mak lagi, lebih baik mak mati ditelan Batu Belah Batu Bertangkup.
Babak 6 (Mak
Timah ditelan Batu Belah, Batu Bertangkup) –
Pekan : Mak! Mak!
Mak tidak boleh mati, mak belum lagi memberikan susu kepada Pekan.
Mak Timah : Nah,
ini susu terakhir yang mak beri kepada kamu.
Melur : Mak, untuk Melur tak ada ke?
Mak Timah : Ish… ish…. Ish… Kamu sudah
besar, Melur. Tak payahlah.
Melur/Pekan : Mak! Mak! Janganlah pergi,
kami sudah insaf, kami tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.
Mak Timah : Mak sudah malas melayan kamu
berdua. Selamat tinggal, anak-anak aku. Wahai Batu Belah, Batu Bertangkup, telanlah
aku. Anak-anak aku sudah tidak menyayangiku lagi.
*Lagu*
Babak 7 (Jumpa nenek kebayan) –
Melur : Pekan, sekarang kita sudah menjadi
anak yatim. Siapa yang hendak menjaga kita?
Pekan : Ayah kan ada.
Melur : Pekan,
kamu ini memang sakit otak betullah! Tidak sedar dan pelupa. Arwah ayah kan dah
tak ada, kamu masih nk ungkitkan pasal itu.
Pekan : Maafkan
Pekan, kakak.
Melur : Eh, nenek
tidak apa-apa ke?
Nenek Kebayan :
Nenek baik sahaja. Apa yang cucu buat dalam hutan ini?
Pekan : Nek... kesian kami. Mak... mak... baru
sahaja ditelan Batu Belah Batu Bertangkup. Kami… kami anak yatim. Kami tidak
tau nak ke mana lagi.
Nenek Kebayan : Cu, jangan risau. Mulai
hari ini, nenek akan pelihara dan jaga kamu berdua.
Melur/Pekan : Terima kasih, nek. Kami amat
menghargai jasa nenek.
Babak 8 (Selepas 5 tahun) –
Pemangku : Perhatian! Perhatian! Rakyat jelata sekalian, pada pagi ini
pertandingan ayam sabung akan diadakan di istana. Sesiapa yang menpunyai ayam jaguh,
bolehlah menurut serta. Sekian.
Pekan : Cepat
Felix, kamu boleh melakukannya! Hooray! Ayam aku sudah menang!
Rakyat : Tahniah,
Pekan!
Raja Tior :
Pekan, jika kamu ingin, kamu boleh menjadi adik angkat beta.
Pekan : Tapi…
tapi…
Raja Tior :
Sudahlah, anggap sahaja kamu sudah a… Pekan, siapa ini?
Pekan : Tuanku,
janganlah buka mulut besar sangat, nanti lalat masuk. Ini Melur, kakak
kesayangan saya.
Melur : Ampun
tuanku, gembira patik berjumpa dengan tuanku.
Raja Tior : Beta
pun… Eh, maksud beta…err…
Pekan : Tuanku
terpegun dengan kejelitaan Melur eh?
Raja Tior :
Senyaplah kamu, Pekan. Melur, kamu memang seorang wanita yang jelita. Sudikah
kamu mejadi pendanping hidup beta?
Melur : Ya.
*Lagu*
No comments:
Post a Comment