Monday, May 24, 2010

MV-TELL ME



Saya suka tengok mv yang ada jalan cerita. Ini salah satu mv yang menarik. Walaupun mv ni lagu korea, tapi kelakar. Enjoy!

BENGKEL KOMSAS: SYAIR BIDASARI




Petikan daripada Syair Bidasari

Tersebutlah perkataan Bidasari,
Setelah malam sudahlah hari, (Lagu Selendang Delima)
Bangunlah ia seorang diri,
Makan dan minum barang yang digemari.

Pergilah mandi Siti Bangsawan,
Serta memakai bau-bauan, (Lagu Rakis)
Lalu masuk ke dalam peraduan,
Santap sirih di dalam puan.

Bertemu sepah bekas dimakan,
Diambil Siti dicampakkan,
Dengan takutnya ia berfikirkan, (Lagu Rakis)
Siapakah ini yang membuatkan.

Jikalau manusia yang empunya,
Nescaya aku dicabulinya,
Jika ayahku datang adalah tandanya, (Lagu Siti Zubaidah)
Bertambahlah makanan yang dibawanya.

Dilihatnya Siti tempat tidurnya,
Tilam sedikit tersingkir alasnya,
Sirih di puan salah aturannya, (Lagu Siti Zubaidah)
Bidasari masygul dengan takutnya.

Ia pun duduk di atas geta,
Sangatlah gundah rasanya cita,
Seraya bertaburan air mata, (Lagu Selendang Delima)
Manakah tempat ia hendak dikata

( Syair Bidasari, hlm. 715-717, 721-722)

** Menonton VCD
( Johan Baca Puisi Pelbagai Kaum IPT 2005 )

Sunday, May 23, 2010

MUZIUM MAMALIA ( Percint Diplomatik Putrajaya)



Muzium Mamalia ni baru sahaja dibuka di Putrajaya. Masa ni, masuk percuma. Tak taulah nanti kena tiket pula.Di muzium ni semua binatang diawet(dikeraskan) mengikut saiz sebenar.



Rangka ikan paus (mamalia di laut)










BELON UDARA PANAS




Pertunjukan belon udara panas di Putrajaya ni dah berlaku beberapa bulan lepas. Tapi saja nak kongsi gambar, kepada sesiapa yang tak berkesempatan tengok. (Gambar kat atas tu, Aisyah. Anak saudara saya)



Cantik tak? Belon ni dinaikkan ke udara pada pukul 7 pagi dan petang pula lebih kurang pukul 4 atau 5 petang. Mungkin masa tu tidak terlalu panas atau mungkin arah anginnya sesuai. Kena buat eksperimen tu...



Belon udara panas atau "hot-air balloon" ni menggunakan gas yang memanaskan udara ke dalam belon untuk mengangkatnya ke udara. Tapi, saya pernah tengok satu dokumentari tentang belon udara panas ni di Discovery Channel. Pernah berlaku kebakaran apabila gas metana yang menyalakan api tu meletup. Ada juga peristiwa apabila belon ni tersangkut di menara telefon. Nasib baik penumpangnya selamat. Tapi perkara ni berlaku di luar negara la. So, berani naik tak?


Quote to share:

"Live for today by learning from yesterday, but aim for tomorrow by planning today."

TAMAN EMPANGAN PUTRAJAYA (22 Mei 2010)



Gambar ni masa kami pergi main di taman yang terletak berhampiran PICC Putrajaya. Taman ni panggil Taman Empangan kerana terdapat empangan air untuk tasik buatan manusia kat belakang kami ni.



Belakang tu PICC dari jauh. Kakak saya kata konsep PICC tu macam robot. Entah ye entah tidak. Tapi...sekali pandang memang macam watak jahat dalam cerita Star Wars tu, betul ke?






Main buaian puas-puas. Ramai juga orang yang bawa keluarga bersantai kat sini. Ada juga yang joging.






Quote to share:

"Insan berfikiran tinggi gemar berkata tentang ilmu, insan berfikiran sederhana gemar berkata tentang peristiwa, insan berfikiran rendah gemar berkata tentang insan lain."

Friday, May 21, 2010

BERCUTI



Seronoknya kalau bercuti sekarang. Kerja banyak ni, rasa nak cuti pula. Gambar ni masa bercuti di Melaka...



Quote to share:

My love commitment to myself, my family and my fellowmen becomes a total commitment that gives me the courage and strength to face the challenges of life."

TERIMA KASIH...



Terima kasih kepada cikgu yang hadiahkan kain ni. Cantikk.. selamat hari guru.



Kepada anak-anak murid yang bersusah payah belikan hadiah. Terima kasih. Usaha kamu cikgu hargai.


Quote to share:

"Guru boleh kita temui di sekolah atau di mana-mana sahaja mereka berada, namun begitu, guru yang terbaik ialah pengalaman-pengalaman kita sendiri."

Hari Guru


Hari guru peringkat sekolah di SKMC disambut lewat sedikit, pada 19 April 2010. Malangnya tahun ini, saya tak dapat sertai sambutan di sekolah. Kena berkursus di IPG Kampus Bahasa Melayu. Kursus KOMSAS. Bersastera di sana walaupun tiada asas sastera(Dulu belajar sains tulen, sekarang kena ambil BM). Seronok juga dapat bersajak, syair, berlakon dan menyanyi. Kursus ini selama 3 hari dan peserta yang menyertainya merupakan guru-guru BM di WPKL dan Selangor. Kami seramai 19 orang (10 lelaki dan 9 perempuan) berjaya menamatkan kursus dengan jayanya. Kenangan menarik ialah ketika persembahan hari terakhir. 10 minit untuk bentuk satu persembahan setiap kumpulan. Tajuk untuk kumpulan kami, Puisi Moden. Kepada Kak Yati, Sazlin dan Salmi, anda semua memang "cool".
Kepada semua guru, khususnya SKMC, SELAMAT HARI GURU! Semoga kerjaya kita bertambah baik dan dapat mendidik murid-murid menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Amin.....

Buku


Bulan ini baru sahaja habis baca sebuah novel. Tajuknya "A Bend in the Road" karya Nicholas Sparks. Best juga cerita ni. Tentang seorang lelaki yang menyiasat tentang misteri kematian isterinya akibat langgar lari. Ending cerita ini memuaskan.
Sebelum ini saya pernah tengok karya penulis ini yang dijadikan movie bertajuk " A Walk to Remember" dan "Message in a Bottle". Memang saya tertarik dengan jalan ceritanya, jadi saya cari buku beliau yang bertajuk "Message in a Bottle" tu dan baca. Olahan ceritanya tersusun dan menarik minat pembaca untuk terus membacanya hingga ke akhir. Lagipun ideanya berkaitan kehidupan.
Sekarang saya sedang baca satu lagi karya Nicholas Sparks bertajuk " The Lucky One". Melalui sinopsis buku ini, saya rasa tentu ceritanya juga menarik. tak sabar nak habiskan. Kalau ok, saya masukkan sinopsis ringkasnya nanti...


Quote to share:

"Real success is not just willing to pay the price, but enjoy paying it"

PAMERAN BUNGA PUTRAJAYA



Gambar ni sewaktu Pesta Bunga yang diadakan di Putrajaya. Ada pertandingan mencipta landskap waktu tu. Jadi, ada banyak jenis rekaan dipamerkan.








Gambar anak saudara. Aishah, Yaya dan Aliyah. Luv u all.

TIPS-TIPS PNP BM

Nota ni masa in house training untuk panitia BM di SKMC.


KERTAS 1: PEMAHAMAN
MENCARI/ MENGENALPASTI KESALAHAN DALAM AYAT


1. Berikan contoh ayat di dalam kelas.
2. Murid membaca ayat dan mereka nyatakan sama ada terdapat kesalahan atau tidak dalam ayat tersebut.
3. Sesi soal jawab kesalahan yang ada dalam ayat dan murid nyatakan alasan kesalahan dari segi tatabahasa.
4. Betulkan kesalahan ayat tersebut.
5. Buat latih tubi aktiviti ini supaya murid biasa mengesan kesalahan ayat dan mengaitkannya dengan tatabahasa yang dipelajari.
Contoh:
a. Ayat :Kucing peliharaan Aminah jinak dan cantik. Dia diberi makanan dan minuman yang cukup setiap hari.
b. Kesalahan: “Dia”. Penggunaan kata ganti nama untuk binatang.
c. Pembetulan kesalahan:
Kucing peliharaan Aminah jinak dan cantik. Ia diberi makanan dan minuman yang cukup setiap hari.



KERTAS PENULISAN (BAHAGIAN C)
TEKNIK P&P BAHAGIAN C (ANSUR MAJU)

Langkah 1: Senaraikan nilai
1. Senaraikan semua nilai murni yang diketahui oleh murid. Contohnya 20 nilai murni atau amalan baik.
2. Perbincangan maksud nilai.

Langkah 2: Ayat situasi
1. Beri ayat situasi kepada murid dan murid nyatakan nilai murni atau amalan baik yang berkaitan.
2. Bina ayat untuk nyatakan nilai berkaitan ayat situasi tersebut.
3. Buat latih tubi ayat situasi ini supaya murid mahir mencari nilai dalam ayat.
4. Contoh:
i. Ayat situasi: Aini memelihara kucing terbiar yang dijumpainya di tepi jalan.
ii. Nilai : Belas kasihan dan menyayangi binatang
iii. Ayat jawapan: Kita mestilah mempunyai perasaan belas kasihan dan menyayangi binatang seperti Aini yang sanggup memelihara kucing terbiar yang dijumpainya.

Langkah 3: Ajar teknik menjawab soalan kepada murid.
1. Berikan contoh soalan peperiksaan.
2. Baca dan gariskan isi penting arahan.

Contoh arahan:
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan dalam satu perenggan.
3. Bentuk arahan selalunya ada beberapa jenis. Jelaskan kepada murid.
i. Nilai murni (wajib cari nilai murni)
ii. Pengajaran (perkara baik yang dicontohi)
iii. Amalan baik (perkara baik yang dicontohi)
iv. Nilai (Nilai murni)
4. Murid diwajibkan membaca petikan kali pertama dan kenal pasti petikan itu positif atau negatif.
5. Baca ayat demi ayat dan cari nilai atau pengajaran yang ada. Catatkan di tepi ayat tersebut.
6. Bina ayat.

Contoh:

Kata nama dan penanda wacana (jika perlu) Nilai murni/ pengajaran/ amalan baik/ nilai Keterangan yang dikaitkan dengan petikan
Kita mestilah menyayangi binatang seperti Aini yang memelihara kucing terbiar yang dijumpainya.
Kita harus
Kita hendaklah
Kita patut
Kita perlu


7. Tulis ayat dalam satu perenggan (letak dua jari untuk perenggan).
8. Wajibkan murid menyemak jawapan dan membetulkan kesalahan tanda baca, struktur ayat dan ejaan.
9. Galakkan murid mengira bilangan perkataan dan menulis bilangan perkataan tersebut di akhir perenggan. Julat bilangan perkataan yang diterima ialah 45 hingga 55 patah perkataan.

LATIHAN:

Nyatakan kesalahan ayat.


1. Di hujung minggu, kami bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah.
2. Semua pelajar-pelajar sekolah itu diminta menjelaskan yuran dengan segera.
3. Pasu itu dibuat dari tanah liat.
4. Kami sekeluarga telah bercuti ke Pulau Pangkor semalam.
5. Permintaan terhadap perabot tempatan menaik sejak kebelakangan ini.
6. Tidak berani kami mandi di kawasan jeram yang kencang airnya itu.
7. Para-para penonton berbaris untuk membeli tiket bas.
8. Menabung merupakan suatu amalan yang perlu disemai sejak kecil lagi.
9. Bangunan itu terlalu tinggi benar.
10. Harjit berlari haru-biru apabila dikejar oleh anjing garang.
11. Fazlina menerima hadiah dari kawan baiknya.
12. Nani sangat rindu dengan neneknya yang berada di kampong.
13. Rumah Aminah terletak berhampiran dengan sebuah sungai.
14. Salwa tidak gemar makan pada restoran itu.
15. Aidil sering rungut akan tugasnya yang banyak.
16. Abang menghadiahkan Amin sepasang kasut bola.
17. Sementara menunggu bubur itu empuk, ibu mengupas bawang.
18. Fikiran Aliyah malap untuk menyelesaikan masalah itu.
19. Separuh murid di sekolah itu tinggal di Kampung Dahlia.
20. Haris tidak berangkat kotak yang berat itu.

Bulan Mei 2010

Exam dah tamat. Bulan ni boleh rehat dan tumpukan perhatian kepada kerja-kerja di sekolah. Harapan, pencapaian PKSR 1 BM meningkat berbanding Diagnostik. Di mana ada usaha, di situ ada kejayaan. Selebihnya....terpulanglah kepada anak-anak muridku, semoga kejayaan mengiringi kalian sehingga UPSR. Saya ada ingatkan mereka, UPSR bulan 9. Seperti orang mengandung 9 bulan. Cikgu isi penuh-penuh dari bulan 1 hingga 9, kemudian keluarkan segala ilmu yang diberi dalam dewan peperiksaan. He..he...