About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

LAKONAN BAWANG PUTIH BAWANG MERAH (2011)

Lakonan cerita ini saya buat secara spontan bersama-sama murid. Semua dialog direka semasa sesi latihan dan murid terus hafal sahaja. Saya juga benarkan mereka ubah dan tambah skrip sendiri jika terlupa, asalkan jalan cerita tidak lari dari idea asal. Cerita ni saya ubah sedikit. Putera yang pergi berburu tu berasal dari negara Pakistan/ India. Jadi saya masukkan elemen lagu hindustan dan capati sebagai makanannya. Semasa Bawang Merah bermimpi tu, saya ambil 3 orang pari-pari yang saya pilih dari kalangan murid yang comel dan montel. Tema pakaian putih dan merah. Genre lakonan ni lebih kepada watak lucu. Kat atas tu, gambar kenangan kami sebelum naik ke pentas. Syabas, lakonan kamu semua memang bagus! Cikgu bangga...
1. BABAK 1: Pak Sahak pergi bekerja
Alat: 1Beg , 2buku, 2pensel, apron, pinggan

2. BABAK 2: Orang kampung beritahu Pak Sahak meninggal
Alat : -

3. BABAK 3 : Tolak Mak Merah dalam perigi
Alat: 1Bakul , kain

4. BABAK 4: Bawang Merah cari Mak  Merah
Alat: -

5. BABAK 5: Rancang tangkap ikan kaloi
Alat: -

6. BABAK 6 : Lagu Perigi Biru dan tarian ‘I don’t Care’
Alat: -
Pakaian: t.shirt putih legging, skirt

7. BABAK 7: Mak Putih beri Bawang Merah makan ikan kaloi
Alat : Pinggan, Ikan, Penyapu

8. BABAK 8: B.Merah mimpi jumpa M.Merah
Alat : -
Pakaian : Baju , seluar putih, selendang putih
9. BABAK 9: Putera Raja Pakistan pergi berburu
Alat : 1Rusa, Pistol, pedang
Pakaian : Pakaian india

10. BABAK 10: Tarian kalau berpacaran
Alat: -
Pakaian: t.shirt merah/ merah jambu, skirt panjang,  cermin mata hitam

11.  BABAK 11: Putera Raja kejar B. Merah
Alat: Pistol, pedang

12. BABAK 12 : Putera Raja datang ke rumah Mak Putih
Alat : Pistol, pedang

13. BABAK 13 : Lagu akhir.
Semua pelakon naik ke pentas. Lagu ‘Happy, Happy’