About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Sunday, July 7, 2013

SUKAN TAHUNAN KALI KE-55 DAN SUKAN MINI KALI KE-10 SKMC

 Kali ini saya bekerjasama dengan Kak Nurul Mahani sebagai pengerusi majlis. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Tugas kita berjalan lancar. Silap sikit-sikit tu takpe, kan.
 Di bawah khemah pengerusi majlis, guru-guru yang bertugas sebagai pegawai hadiah sedang menyusun pingat-pingat untuk para pemenang nanti. Hmm...susun elok-elok, jangan tertukar pula ye...
 Sebelah kiri saya ni, Aimi dan Irni yang menjaga PA System. Pasang lagu best2 tau!
 Rahiman terpaksa pegang antena mikrofon sebab gelombang wireless mikrofon tak sampai. Kesiannya...

Perbarisan sewaktu upacara pembukaan . Masih bersemangat lagi.


Murid-murid bergerak ke khemah masing-masing.

 Murid-murid yang bersedia untuk senamrobik semasa aturcara selingan. Cerianya dia...
 Puan Azizah yang sedang sibuk mengambil gambar video senamrobik.
 Pengacara dapat ambil gambar dari jauh je. Tak boleh pergi mana-mana.
 Kenapa pula Kak Ana nampak risau je?
 Cikgu-cikgu yang keletihan setelah menjalankan tugas...
 Semuanya beri tumpuan semasa penyampaian hadiah diadakan. Rumah warna apa yang menjadi juara tahun ni?
 Walaupun panas, upacara penutup masih meriah.
 Tahniah kepada Pasukan Rumah Merah. Kita dapat juara tahun ni. Tahniah kepada para pemenang. Kalau kalah, cuba lagi tahun depan.

RED WARRIORS JUARA 2013!