Thursday, March 28, 2013

CUTI SEKOLAH HARRAS AZFAR

Rasanya Harras lebih besar daripada kolam tu. Wah, seronoknya.





 Dompok, kucing Pak Uda yang dah lahirkan 5 ekor anak. Harras tengok anak kucing tu tiap-tiap hari.

Lepas mandi kolam, nak cuci kereta pulak? Hmm...ni nak tolong ke...nak main air?

BUAT SUSHI SENDIRI?

Nampak sedap je sushi yang dimakan oleh pelakon drama Jepun tu. Pertama kali cuba makan dulu saya beli kat Jusco, hmm...sedapnya.... Asyik beli je, jadi saya buat sushi sendiri. Kalau buat sendiri ni bolehlah diubah intinya ikut selera kita. Biasanya saya tak suka sangat kalau nasi sushi tu terlalu masam. Maka saya kurangkanlah cuka nasi tu.

Cuka sushi dan kicap ni yang halal. Jangan beli sebarang je. Cari yang ada logo halal JAKIM.
Ini  rumpai laut (seaweed) untuk kulit sushi.
 
Mula-mula sediakan nasi dulu. Beras ni beras khas untuk sushi. Ada jual kat kedai.Masak ikut arahan pada plastik beras tu. Lebih kurang macam masak nasi je. Lepas masak tu campurkan cuka sushi, gula dan garam secukup rasa.
Lepas tu sediakan dulu intinya. Saya guna jejari ikan, jejari ayam (ayamas), lobak merah, dan timun jepun. Goreng jejari ayam dan ikan tu dan celur lobak. Potong panjang-panjang. Kalau nak letak bahan lain pun boleh. Saya pernah buat sushi dengan daging black paper. Rasanya pun sedap juga.  

 
 Bahan dah sedia macam ni, barulah boleh balut.

 
 Nak balut mesti ada tikar buluh kecil ni. Kalau balut dengan tangan je, nanti kulitnya koyak dan nasi tak padat.
 
 Letak nasi dulu, kat tengah-tengah susunkan intinya.
 
 Gulung sampai jadi macam ni.

 
Lepas tu, potong-potong dan susun atas pinggan. Sushi saya ni dah terlebih letak inti. Besarlah sikit. Saya buat sushi ni ikut selera sendiri. Kalau nak yang original, kena cari resepi sendiri.

BUAT KARIPAP

Karipap yang dibuat sendiri intinya  lebih sedap. Rasa dah terlebih rajin, jadi saya 'test skill' buat karipap yang dah lama tak dicuba ni...he..he..

 Dah buat doh, bulatkan dan jadikan leper macam ni...Warna merah tu acuannya.
 
 Letak doh atas acuan dan isikan intinya kat tengah-tengah.
 Selepas kepitkan, jadi macam ni. Bentuk karipap.
 Ni yang dah digoreng.....Jadi tak? 
Nyum...nyum....best!

Thursday, March 14, 2013

Friday, March 8, 2013

BIRTHDAY WISH

TO KAK YANG, STAY HAPPY AND HEALTHY