About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Tuesday, July 6, 2010

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA MALAYSIA UPSR 2010






BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR BAHASA MALAYSIA 2010


Masa : 2.00 hingga 4.30 petang

Tarikh : 25 Jun 2010

Hari : Jumaat

Penceramah : Pn Rozzalita bt Abdullah (SK Wangsa Maju Seksyen 2)

Sasaran : Semua murid Tahun 6 SK Marian Convent

Kehadiran : 59 orang


Pada 25 Jun 2010, pihak sekolah telah menjemput seorang penceramah dari SK Wangsa Maju Seksyen 2 iaitu Puan Rozzalita bt Abdullah untuk mengendalikan bengkel teknik menjawab soalan UPSR kertas Bahasa Malaysia Pemahaman dan Penulisan. Puan Rozzalita merupakan seorang guru Bahasa Malaysia yang berpengalaman dan salah seorang penanda dan penggubal kertas peperiksaan UPSR. Seramai 59 orang murid SK Marian Convent telah menyertai bengkel ini.

Murid-murid telah didedahkan dengan teknik menjawab kertas Bahasa Malaysia Pemahaman dan diberi peluang untuk cuba menjawab contoh-contoh soalan yang diberi. Teknik-teknik menjawab soalan yang diberi ialah:

a. Membaca arahan dan soalan yang diberi dengan teliti dan menggaris perkataan penting.

b. Membuat pilihan jawapan yang tepat.

c. Menjawab soalan berdasarkan gambar yang diberikan sekiranya disertakan gambar.

d. Membaca dan memahami petikan yang diberi dan menjawab soalan pemahaman berdasarkan maklumat yang ada dalam petikan.

e. Mengenalpasti kesalahan tatabahasa dengan tepat untuk soalan memilih ayat yang betul.

f. Menyemak jawapan setelah selesai menjawab.

Murid-murid juga didedahkan dengan teknik menjawab kertas Bahasa Malaysia Penulisan. Teknik-teknik menjawab yang diberi ialah:

a. Bahagian A:

i. Membaca arahan dan menggariskan isi arahan.

ii. Memastikan setiap ayat mempunyai satu isi berdasarkan gambar.

iii. Membina ayat majmuk yang lengkap dan betul.

iv. Menyemak jawapan untuk memastikan tiada kesalahan dilakukan.

b. Bahagian B:

i. Membaca arahan yang diberikan.

ii. Memilih satu karangan yang betul-betul murid tahu format dan isinya.

iii. Mempunyai sekurang-kurangnya empat isi dalam karangan.

iv. Menulis menggunakan format yang betul.

v. Menyemak karangan setelah menjawab.

c. Bahagian C:

i. Membaca arahan untuk memastikan sama ada soalan mengkehendaki murid menulis tentang pengajaran atau nilai.

ii. Membaca dan memahami petikan/puisi yang diberi sebelum menjawab.

iii. Menulis jawapan dalam satu perenggan.

Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR ini telah memberikan pengetahuan yang sangat berguna kepada murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada bulan September 2010. Ini merupakan kali kedua Puan Rozzalita dijemput mengendalikan Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Malaysia di sekolah ini. Banyak tips-tips yang dapat meningkatkan lagi kemahiran murid-murid untuk menjawab kertas Bahasa Malaysia Pemahaman dan Penulisan telah diberikan. Semoga aktiviti seperti ini dapat dijalankan setiap tahun.




No comments:

Post a Comment