About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Saturday, December 1, 2012

ULASAN BUKU : THE RESCUE


 NICHOLAS SPARKS : THE RESCUE

Novel ini merupakan salah sebuah novel karya Nicholas Sparks yang masuk dalam kategori romantik keluarga ‘must read’ saya. Jalan cerita novel ini memang menarik dan tidak bosan apabila membacanya. Setelah tamat novel ini, saya membaca Author’s Note di bahagian belakang buku ini. Penulis novel ini menghasilkan The Rescue ilham daripada anak keduanya Ryan yang menghidap Central Auditory Processing Disorder (dyslexia of sound). Penyakit ini menyebabkan seorang kanak-kanak tidak bercakap kerana kecelaruan minda tentang bahasa. Tahap bertutur mereka akan lewat beberapa tahun berbanding kanak-kanak biasa dan mereka selalunya diberi latihan khas dalam pertuturan.

Terdapat tiga perkara menarik dalam novel ini yang saya suka.
i. Chapter 1 hingga Chapter 8 memang best.
ii. Maklumat dan pendedahan tentang tugas seorang pegawai bomba sukarela
iii. Pengetahuan tentang kanak-kanak yang menghidap penyakit Central Auditory Disorder

Sinopsis cerita:

                Novel ini bermula dengan watak Denise Holton, seorang ibu tunggal kepada Kyle. Kyle berumur 4 tahun setengah, tetapi keupayaan bertuturnya sama seperti kanak-kanak berumur dua tahun kerana menghidap penyakit Central Auditory Disorder. Denise berkorban demi anaknya dengan meninggalkan Atlanta dan pulang ke Edenton, North Carolina iaitu kampung halaman ibunya. Dia ingin memulakan hidup baharu di sana sambil berusaha memulihkan penyakit anaknya Kyle.

                Semasa memandu Datsun lamanya menuju ke Edenton, Denise terpaksa menempuh ribut petir dan telah terlibat dalam kemalangan. Anaknya Kyle hilang semasa kemalangan tersebut dan hanya disedari oleh Denise selepas dia terjaga dari pengsan. Seorang pegawai bomba sukarela, Taylor McAden yang membuat rondaan di kawasan itu telah melihat kemalangan yang berlaku. Beliau bersama pasukan bomba dan sukarela berusaha mencari Kyle yang mungkin telah keluar dari kereta ibunya kerana ketakutan ketika terdapatnya petir atau kilat. Kyle dijangkakan telah masuk ke dalam hutan berpaya dan menyembunyikan diri disuatu tempat. Penyelamat terpaksa mencari kanak-kanak itu dan tidak boleh mengharapkannya menjawab panggilan kerana Kyle tidak akan menjawab jika dipanggil. Keadaan makin sukar kerana hujan turun tidak henti-henti mungkin akan menyebabkan paya itu dipenuhi air dan cuaca begitu boleh menyebabkan kanak-kanak itu mati kesejukan. Akhirnya Kyle dijumpai juga setelah usaha mencarinya dilakukan selama 5jam. (Jika baca sendiri novel ni lagi best. Part cari budak hilang ni chapter 1 hingga 8).

                       Isi cerita ni seterusnya berkisar tentang kehidupan Denise Holton dan anaknya Kyle di Edinton. Denise banyak dibantu oleh Taylor McAden (pegawai bomba sukarela yang jumpa anaknya kat hutan paya tu) dan ibunya iaitu Judy McAden. Kebetulan pula Judy McAden merupakan sahabat baik mendiang ibu Denise. (Mendiang tu maksudnya telah meninggal dunia). Taylor McAden dan Denise menyukai antara satu sama lain, tetapi Taylor tidak dapat memberikan komitmen kepada hubungan mereka. Taylor menghadapi krisis dalaman tentang komitmen kerana fobia selepas kematian bapanya. Bapa Tylor meninggal dunia dalam kebakaran yang berlaku ke atas rumah kediaman mereka semasa Tylor masih kecil. Kejadian kebakaran itu meninggalkan kesan psikologi kepada Tyler yang menganggap beliau adalah pembunuh bapanya sendiri kerana kematian bapanya berlaku ketika menyelamatkan Tylor yang takut hendak terjun dari tingkap rumahnya yang terbakar. Bapanya telah merempuh masuk rumah mereka yang marak dengan api dan menolak Tyler keluar dari tingkap rumah mereka di tingkat dua. Malangnya, bapa Tylor tidak sempat keluar dan dia menyaksikan sendiri tubuh bapanya dijilat api sambil menangis.

                          Namun, Tylor berjaya juga menyembuhkan fobianya setelah kejadian kematian sahabat baiknya Mitch ketika mereka bertugas memadamkan kebakaran di rumah keluarga Arvil Henderson. Akhirnya, Tylor McAden berkahwin dengan Denise. Setelah lebih setahun, Kyle telah semakin pulih dan boleh bertutur seperti rakan-rakan sebayanya di sekolah. Mereka juga mendapat seorang lagi anak lelaki yang comel dan hidup bahagia bersama.

                         Sinopsis yang saya tulis ni tak lah sehebat novel yang sebenar. Jika novel ni dijadikan filem juga tentu menarik. Lebih menarik lagi jika baca sendiri. Novel ni hasil tulisan orang barat, jadi mana yang bukan budaya kita tu...janganlah dijadikan teladan pula. Tamat.



 

No comments:

Post a Comment