About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Monday, December 3, 2012

SINOPSIS BUKU: THE CHOICE


 
 
NICHOLAS SPARKS: THE CHOICE
                 Novel ini jalan ceritanya memang bertepatan dengan tajuk yang diberi: The Choice. Seperti biasa, novel karya Nicholas Sparks kali ini tidak banyak bezanya dengan novel-novel beliau yang lain iaitu berkisar tentang cinta dan keluarga. Novel ini juga membuktikan kepada pembaca bahawa dalam kehidupan kita seharian, kita sentiasa perlu membuat pilihan. Kadangkala kita merasakan perkara yang dilakukan setiap hari seperti pakaian dan makanan itu merupakan rutin, namun sebenarnya kita membuat pilihan. Walaupun begitu, seringkali juga kita perlu melakukan pilihan yang agak sukar dalam kehidupan sama ada melibatkan kerjaya, pelajaran, cinta, perkahwinan atau berkaitan hidup dan mati. Topik novel ini lebih ringan dan santai. Kesimpulannya, setiap pilihan dan keputusan yang kita ambil perlulah dilakukan dengan teliti dan kadangkala mengikut kemahuan hati dan perasaan sendiri lebih baik daripada terlalu memikirkan kehendak dan perasaan orang lain.

Terdapat 2 perkara yang saya gemar tentang novel ini iaitu:
i. Memaparkan kisah tentang seorang doktor veterinar.
ii. Part 2 (Chapter 15 hingga 22) dalam cerita ni agak menarik.

Perkara yang kurang selesa:
i. Cerita tentang anjing...
ii. Banyak ‘Flash back’.

Sinopsis cerita:

                Part One dalam novel ini bermula dengan kisah Gabby Holland yang berpindah ke sebuah rumah berhampiran pantai di sebuah pekan kecil di North Carolina. Gabby Holland bekerja sebagai PA (physician assistant) di pekan tersebut dan mempunyai seekor anjing betina yang dinamakan Molly. Gabby sangat marah ketika mengetahui Molly telah bunting angkara anjing milik jirannya Travis Parker. Gabby pergi ke rumah jirannya itu lalu menuduh anjing Travis Parker dan mahu dia bertanggungjawab dengan ‘puppies’ yang akan lahir. Travis yang tidak berpeluang menjelaskan perkara sebenar kepada Gabby yang sedang marah hanya mampu memberi cadangan supaya Gabby membawa anjingnya Molly ke klinik veterinar di pekan tersebut. 
              Beberapa hari selepas kejadian itu, Gabby membawa Molly ke The Down East Veterinary Clinic untuk membuat pemeriksaan. Gabby terkejut apabila mendapati Mr. Travis Parker ialah seorang doktor veterinar di klinik tersebut. Travis menerangkan bahawa beliau dan bapanya pemilik klinik itu. Dia juga menjelaskan bahawa tidak mungkin anjing milik Gabby bunting angkara anjing miliknya kerana mereka telah menjalankan pembedahan untuk mengelakkan anjingnya mempunyai anak. Gabby meminta maaf kepada Travis.

                     Molly akhirnya melahirkan beberapa ekor anak anjing dan Gabby dibantu oleh Travis untuk merawat Molly. Setelah menghabiskan banyak masa bersama, dan menyukai antara satu sama lain, Gabby Holland memutuskan hubungannya dengan teman lelakinya dan berkahwin dengan Travis Parker.

                              Part Two novel ini menceritakan tentang kehidupan mereka setelah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak iaitu Christine dan Lisa. Malangnya kebahagiaan mereka diduga apabila Parker dan Gabby terlibat dalam kemalangan jalanraya. Parker cedera ringan, manakala Gabby cedera parah dan koma. Gabby pernah membuat wasiat sekiranya dia koma, Parker mesti melaksanakan permintaannya supaya membuka tiub bantuan hayat di hospital selepas 12 minggu. Parker masih ingat tentang wasiat tersebut dan berada dalam keadaan serba salah dan kesedihan.

‘Sitting beside Gabby in the hospital, Travis recalled the conversation he’d had with Gabby that night; he remembered the vow he’d made to her. He’d played those words a hundred times over the last few weeks, and as three-month mark approached, he’d found himself growing ever more desperate for Gabby to wake.’

                                Akhirnya Parker memilih untuk tidak melaksanakan wasiat isterinya itu dan sanggup membiayai kos bantuan hayat isterinya itu. Gabby telah dipindahkan ke sebuah pusat rawatan milik Elliot Harris. Parker akan menghabiskan setiap hari menemani Gabby di pusat tersebut selain melaksanakan tugasnya di klinik veterinar dan meluangkan masa bersama anak-anak mereka. Setelah sembilan minggu Gabby dipindahkan ke sana, Parker mendapat panggilan penting dari pusat rawatan itu semasa dia sedang menjalankan pembedahan di kliniknya.
“She’s awake,”he finally said.

No comments:

Post a Comment