Sebelum ini saya pernah perkenalkan sebuah buku yang ditulis oleh Cecelia Ahern bertajuk The Book Of Tomorrow. Ini buku keempat karya beliau yang saya beli dan baca. Buku bertajuk Where Rainbows End ni dah lama diterbitkan iaitu pada tahun 2004, tetapi saya baharu sahaja membacanya tahun ini. Cara beliau menulis cerita ni sama seperti PS,I Love You kerana dari awal sehingga akhir, cerita ditulis dalam bentuk emel,sms, chatroom dan surat. Pada mulanya rasa macam tak menarik je sebab bukan bentuk cerita, tetapi bila dah baca rasa unik pula. Emel kat bawah ni saya petik dari buku tersebut:
From Alex
To Rosie
Subject More Time?
Alex here. It's been a while since I've heard from you...I was hoping you would have been in touch by now. If you need more time, I understand. Please let me know what's going on.
Cerita ini mengisahkan dua sahabat baik semenjak kecil iatu Alex Steward dan Rosie Dunne yang terpaksa berpisah kerana keluarga Alex berpindah dari Dublin (Dublin ni kat Ireland) ke Amerika. Mereka hanya berhubung melalui emel dan pesanan ringkas sahaja. Banyak perkara berlaku sepanjang hidup mereka. Kadang-kadang rasa frust je baca sebab ada je salah faham dan perkara yang menghalang mereka, terutamanya apabila surat yang Alex tulis tidak sampai ke tangan Rosie angkara Greg (dia ni suami Rosie). Nak dipendekkan cerita, akhirnya mereka bertemu semula setelah berumur 50 tahun. Cerita ni happy ending la. Kalau nak tau, beli dan baca sendri. Tapi prepare la untuk baca buku setebal 558 muka surat ni. Jangan berhenti separuh jalan pula. He..he...Tamat
No comments:
Post a Comment