Allah sentiasa mengaturkan kita ujian, demi ujian untuk kita meningkat ke tahap demi tahap. Ujian itu terjadi kerana Allah mahu kita meningkatkan diri kita. Bersangka baik kepada Allah. Sekiranya kita diuji, tandanya ujian itu adalah yang terbaik untuk kita. Kadangkala benda yang kita benci adalah sesuatu yang baik di sisi Allah. Manakala benda yang kita suka itu belum tentu cukup baik di sisi Allah.
"Azab-Ku Aku timpakan kepada sesiapa yang aku kehendaki, dan rahmat ku meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya (rahmat itu) untuk orang-orang yang bertakwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat kami." al-A'raf ayat 156
No comments:
Post a Comment