Buku 'How To Be Interesting' ni sesuai digunakan jika kita rasa bosan, terutamanya jika cuti panjang atau dah tiada kerja nak dilakukan. Letakkan tangan pada kulit buku ni dan tanya diri sendiri, "Apa perkara menarik yang saya mesti buat?" Kemudian, buka mana-mana muka surat yang anda suka. Cuba buat perkara yang dicadangkan dalam muka surat tersebut. Semoga bosan kita akan hilang dan ada perkara menarik yang boleh dilakukan.
Saya pernah terbaca tentang sebuah buku yang agak terkenal tulisan Carol Bolt berjudul 'The Book of Answer". Buku ni membantu orang-orang yang sukar membuat keputusan. Cara yang digunakan, sama dengan buku di atas.
Namun, keputusan akhir di tangan kita. Fikir baik-baik dan buat keputusan yang rasional. Buku-buku seperti ni hanya untuk suka-suka sahaja. Tetapi, jawapan yang kita dapat daripada buku ini agak menarik juga. Tepuk dada, tanya selera..
Banyak siri di bawah tajuk 'Chicken Soup for the Soul '. Buku yang saya beli berkaitan kisah keluarga. Ini kali pertama saya beli, walaupun selalu nampak di kedai buku. Buku ni mengingatkan saya tentang satu rancangan televisyen yang pernah saya tonton masa sekolah dahulu. Jika tak silap saya, rancangan tu pun tajuk yang sama dengan buku ni. Isi kandungan buku ini tentang kehidupan. Hampir sama dengan kisah-kisah pendek dalam majalah Reader's Digest yang saya beli, iaitu cerita tentang kebaikan manusia yang membantu manusia lain (Good deed).
Cerita dalam buku ni kebanyakannya ada kaitan dengan sikap ahli keluarga kita. Setelah baca buku ni, kesimpulan yang saya dapat buat ialah kebanyakan keluarga mempunyai masalah yang hampir sama.
No comments:
Post a Comment