About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Sunday, June 16, 2013

NIGHT LEG CRAMPS

 
 'Night Leg cramps' atau kejang  kaki pada waktu malam memang dah jadi masalah yang kerap saya hadapi. Wah...sakitnya sampai boleh terjaga dari tidur. Ini salah satu 'side effect' yang berpunca daripada saraf kaki saya. Hmm...nampaknya saya terpaksa kurangkan aktiviti yang menyebabkan kejang pada waktu siang seperti berdiri atau berjalan terlalu lama. Beberapa tips daripada fisioterapis dan  daripada buku yang saya baca, saya postkan di sini sekiranya ada sesiapa yang selalu mengalami kejang kaki.

Cara mengatasi yang kerap saya lakukan:
 
Kejang kaki waktu malam ni apabila kita merasa denyut, atau sensasi seperti tarikan yang tidak menyenangkan di kaki dan   tidak terkawal untuk menggerakkan kaki. Gejala-gejala ini berlaku terutamanya pada waktu malam atau ketika berehat. Kesakitan yang disebabkan oleh kejang kaki boleh berbeza-beza dalam intensiti dan hanya pulih selepas beberapa saat hingga 15 minit atau lebih. Untuk memulihkannya, gosok perlahan-lahan atau mengurut bahagian yang sakit. Membuat regangan juga boleh mengurangkan kekejangan . Bagi kejang betis, cuba berdiri dan meletakkan berat badan di kaki yang berkenaan dan kemudian bengkokkan  sedikit lutut. Jika terlalu sakit untuk berdiri, luruskan kaki  dan flex hujung jari kaki   ke arah kepala.


Cara mengatasi berlaku kejang kaki :

 
   ('Prevention is better than cure')


1. Kekal terhidrat. Air dan cecair lain diminum sepanjang hari boleh mengelakkan badan kita daripada menjadi kering. Ia juga boleh membantu otot berehat dengan lebih mudah. Air sangat penting untuk menambah cecair badan apabila melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan terus minum air dan cecair lain selepas menjadi aktif.

2. Regangan sebelum tidur. Jika anda mempunyai kejang kaki waktu malam, ia adalah idea yang baik untuk meregangkan sebelum tidur. (Cakap je senang, kadang-kadang saya pun lupa nak buat...he..he..)

 3. Melakukan senaman ringan. Menunggang basikal exersice untuk beberapa minit sebelum tidur boleh membantu mencegah kekejangan semasa anda tidur.

4. Memilih kasut yang tepat. Memakai kasut yang mempunyai sokongan yang betul boleh membantu mencegah kekejangan.

5. Letakkan bantal di bawah lutut ketika tidur menelentang.

No comments:

Post a Comment