About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Saturday, April 13, 2013

HIPERAKTIF KURANG TUMPUAN



" Eh, kenapa tak siap lagi? Sudah lima kali cikgu tunjuk dan ajar kamu cara jawab soalan latihan! Kenapa masih tak siap ni?"
"Salin cepat. Mengapa dari tadi tak siap-siap salin soalan tu? Dah habis masa ni.  Bukannya banyak sangat nota tu!"


Ini merupakan kata-kata yang sering saya ucapkan kepada salah seorang murid yang saya ajar. Pada mulanya, saya ingat murid ini malas dan tidak mahu berusaha. Masalah ini berlanjutan walaupun setelah empat bulan menjadi murid saya. Banyak cara yang telah saya cuba, termasuklah memanggil murid ini setiap pagi untuk menyiapkan tugasan atau kerja rumah yang diberikan, namun masih tiada perubahan. Hasil perbincangan dengan guru-guru yang pernah mengajar murid ini, saya dapati mereka juga menghadapi masalah yang sama.Setelah ditanya kepada guru lain dan bapanya, saya dimaklumkan bahawa murid ini telah disahkan menghidap hiperaktif kurang tumpuan. 

Sebenarnya, guru yang tidak mendalami pendidikan khas sering tidak dapat mengesan murid yang menghadapi masalah ini. Perkara ini mungkin akan mengakibatkan murid yang bermasalah ini diabaikan atau sering dimarahi. Oleh kerana ingin tahu tentang masalah hiperaktif kurang tumpuan ini, saya membuat rujukan tentang penyakit ini. Terdapat beberapa ciri yang dinyatakan tentang hiperaktif ini ada pada anak murid saya. Namun, saya bersyukur kerana murid saya ini tidak bertindak agresif .
 Antara maklumat yang saya dapati daripada beberapa laman web dan kajian kes yang dibuat :

 Attention deficit hyperactivity disorder: Gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD) merujuk kepada kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan, keadaan hiperaktif-impulsiviti yang lebih kerap dan teruk berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan pada individu di peringkat perkembangan yang normal.
 
Kanak-kanak sentiasa :
  • Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah.
  • Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya
  • Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah
  • Tidak dapat menyelesaikan tugasnya
  • Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya
  • Tidak berupaya mematuhi arahan
  • Mengelakkan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran
  • Mudah hilang perhatian
  • Pelupa
• Guru atau rakan sekolah mengadu kanak-kanak itu tidak boleh duduk diam, sentiasa bergerak, meninggalkan tempat duduk, bercakap ketika guru mengajar atau mengacau orang lain
• Hyperaktif, gelisah, tidak boleh dududk diam melainkan ketika menonoton televisyen atau bermain komputer
• Sentiasa tidak boleh mengikut arahan, tidak boleh bekerjasama dan menggunakan kekerasan atau ugutan terhadap orang lain
• Membuli dan sering menggunakan kekerasan
• Sering dibuli
• Sukar berkawan
• Mudah marah dan bertindak agresif, contohnya menjerit, membaling atau memukul
• Berlaku perubahan dalam corak pemakanan atau tidur
• Hilang atau kurang tenaga dan tiada motivasi
• Hilang atau kurang minat pada persekolahan atau aktiviti yang dulunya digemari
• Makan terlalu banyak atau sebaliknya iaitu membuang, menjauhi atau takut untuk makan


 Emosi
• Menyuarakan kebimbangan, ketakutan atau cemas
• Muka dan perasaan muram, sentiasa menangis
• Cepat marah dan hilang kawalan diri
• Berasa bingung, tertekan, susah hati dan tidak gembira
• Mengadu susah tidur, sentiasa bermimpi buruk dan bersedih
• Sukar menumpukan perhatian dan tidak boleh berfikir dengan betul
• Sentiasa berfikiran negatif, hilang keinginan untuk hidup, putus asa atau hendak lari dari rumah
• Mengadu sudah disentuh oleh orang lain dan sentiasa berasa tidak selesa serta tidak dapat melupakan kejadian itu
• Takut gemuk dan mulai mengelak makanan

Hasil daripada maklumat di atas, saya lebih faham cara menangani murid ini dan akan cuba memahami murid yang mempunyai masalah hiperaktif ini. Di samping itu juga saya dapat mengawal emosi apabila berhadapan dengan murid ini dan seterusnya dapat membuang perasaan marah terhadapnya jika dia tidak memberi tumpuan. Saya juga tahu menangani masalah yang dihadapi semasa pdp dengan lebih bijak. Mungkin kerana kurang pengetahuan tentang penyakit ini , akibatnya guru-guru putus asa, marah dan kecewa kerana tidak dapat membantu anak murid mereka. Percayalah, saya faham perasaan mereka.

Ini merupakan beberapa tips untuk guru-guru yang menghadapi masalah seperti saya:

Sokongan Persekitaran
◦ Kanak-kanak ADHD boleh belajar sekiranya dibantu oleh sokongan persekitaran berikut :

 Susunan kelas yang bebas daripada gangguan tumpuan perhatian.
 Menetapkan peraturan kelas yang jelas dan membincangkan jangkaan yang diharapkan.
 Menyediakan dan mematuhi rutin harian kelas dan mengingatkannya sekiranya terdapat sebarang perubahan.
 Menyusun pembelajaran dengan menjadikan proses pembelajaran lebih aktif.

 Intervensi Tingkah Laku
◦ Dilaksanakan oleh guru
 Memberi ganjaran dan pengukuhan bagi t/laku yang diingini
 Strategi pencegahan – menghentikan t/laku yang tidak sesuai ketika permulaan
 Token ekonomi – memberi ganjaran dalam bentuk seperti sticker, bintang dll., punyai nilai ekonomi untuk ditukarkan dengan barang yang disukai

Intervensi Pengajaran
◦ Arahan yang diberikan hendaklah jelas, ringkas dan lengkap
◦ Apabila memberi arahan minta murid mengulang arahan tersebut kepada anda
◦ Pecahkan tugasan yang kompleks kepada bahagian kecil
◦ Gunakan banyak tindak balas aktif sepanjang pengajaran
◦ Gunakan kaedah pelbagai sensori dalam pengajaran
◦ Libatkan murid dalam aktiviti pembelajaran.

Kesimpulannya.
 Kanak-kanak ADHD boleh dididik dan berpotensi berkembang seperti kanak-kanak lain

 Kualiti pendidikan di rumah amat penting dalam menentukan tahap pencapaiannya di sekolah

 Kecelaruan t/laku perlu dapat diatasi melalui proses pendidikan yang sesuai dengan ADHD dan bersistematik

 Ibu bapa dan guru perlu bekerjasama dan punyai pengetahuan tentang ADHD dalam merancang program pendidikan dan kerjaya kanak- kanak ADHD kelak.
Maklumat ini saya ambil dari laman blog: http://kplijulai08intake.blogspot.com


Pada pendapat saya, ibu bapa yang mempunyai anak seperti ini tidak seharusnya malu untuk memaklumkan guru-guru dan pihak sekolah tentang anak mereka. Ini dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh murid ini. Selain itu, jika guru dimaklumkan lebih awal tentang murid ini, salah sangka akan dapat dielakkan.
 Lebih baik jika kanak-kanak ini mendapat pendidikan di sekolah khas bersama guru-guru yang mahir membimbing mereka demi masa depan mereka. 

Fahamilah murid-murid dan para ibu bapa, sesungguhnya guru-guru komited dan sentiasa berusaha untuk menjalankan tugas memastikan semua anak didik mereka berjaya. Namun, usaha kami perlu sokongan dan bantuan ibu bapa serta usaha murid itu sendiri.

1 comment:

  1. assalamualaikum.kak seandainya dalam 1 kelas terdapat seorang murid hyperaktif dan 21 orang lagi lemah dalam pelajaran. bagaimana akak susun untuk beri tumpuan kepada semua murid.. sebab jika saya lebihkan murid A, murid B akan bermain dan tidak fokus kerja dan sama juga dengan semua yang lain.

    ReplyDelete