About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Sunday, February 20, 2011

Master Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan






Mesti ada yang cari tajuk Master Pengurusan Pentadbiran Pendidikan ini dan dapati tiada info tentang tajuk kat sini. Saya dan dua orang rakan saya kat atas tu telah pun selesai menghabiskan course kami selama 4 semester di UPM Serdang pada bulan Disember 2011.

Jurusan yang kami ambil ialah MPPP (Master Pendidikan (Pentadbiran Pendidikan))
without thesis. Saya mengikuti MPPP tanpa tesis untuk mendapatkan ilmu dan lebih mendalami tentang pentadbiran pendidikan memandangkan saya merupakan lepasan KPLI dan sangat cetek pengetahuan tentang pentadbiran dalam bidang pendidikan. Kursus kami merupakan kursus PJJ (Pendidikan Jarak Jauh) dan kelas yang kami ikuti diadakan setiap hari Sabtu dari pukul 8.00 pagi hingga 7.00 malam. Jadi, setiap hari Sabtu kami berkuliah di Dewan Kuliah Pusat di UPM.

Pengalaman bekerja sambil belajar memang memenatkan dan memerlukan komitmen yang tinggi. Jika ingin mencuba dan melanjutkan pelajaran lagi, perlu fikir betul-betul sama ada sanggup berkorban atau tidak.

Tahniah kepada semua rakan sekelas yang telah berjaya lulus dalam CE (Comprehensive Test) dan melayakkkan kita bergraduasi. Jumpa lagi semasa konvokesyen tahun 2012 nanti...

69 comments:

  1. ke mana kita akan pergi ye selepas kita ambil master pentadbiran pendidikan ni?is it ok?

    ReplyDelete
  2. Salam. saya baru nak apply master pengurusan pendidikan ni, ble x berikan saya giude line nak buat proposal. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak apply master without tesis tak perlu proposal. Saya buat master ni biayaan sendiri dan tidak mohon tajaan kerajaan.

      Delete
  3. saya juga sama baru nak apply,,, boleh tolong ke?

    ReplyDelete
  4. nak tau info mengenai kos ni..boleh>?

    ReplyDelete
    Replies
    1. info tentang course ni boleh didapati daripada laman web universiti.

      Delete
  5. Maaf sebab saya lambat reply komen saudara, saudari. Course ni memang ok, tetapi bergantung kepada apa yang kita nak buat selepas tamat pengajian. Saya seorang guru, jadi melalui master ni dapat meningkatkan motivasi,minat, pengetahuan dan komitmen saya dalam profesion perguruan.Master ni juga insyaallah dapat membantu saya naik pangkat atau nak apply pensyarah nanti. Selain tu, ia satu syarat jika saya nak sambung phd pula. Ada juga classmate saya yang bukan dari latar belakang perguruan, contohnya jururawat,pentadbiran, pengusaha taska dan membuka syarikat sendiri.Mereka ada buat part time instructor/lecturer atau jadi jurulatih dalam bidang masing-masing.

    ReplyDelete
  6. salam boleh tanya, saye berminat nak sambung master dalam bidang ni master pentdbirn pendidikan without thesis. tp sye bukan seorg guru. bidng tym wat dgree dulu pun bukan edu. ke mna hala 7 sye jika sye ambl bdng ni... dan nak tanye.. kat UPM exam master tu dwibahasa ke atau total english.. honest, sye tak teror sgt english... huhu but sye bermnt nak smbung beljar lagi.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada gak classmate saya yang bukan guru dan ambil master dalam pendidikan ni. Hala tuju selepas master bergantung kepada perancangan kita sendiri. Mungkin mengajar di sekolah atau kolej swasta ke...atau berminat nak buka pusat tuisyen/ tadika. Tentang exam bi atau bm, bergantung kepada lecturer. Ada yang guna bm dan ada yang sepenuhnya bi termasuk nota dan asignment.

      Delete
    2. Universiti mne ye sesuai untuk ambik master pendidikan walaupon degree bkn bidang pendidikan ?..dan syarat2 kemasukan...tq ya

      Delete
  7. Salam cikgu..sy pn cikgu gak..nk tnya byk ler psal master pentadbiran pendidikan ni..senang x kos ni? Dlm bm or bi yea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak subjek yang disusun setiap semester dalam master ni. Bergantung kepada pengetahuan saudari jika nak tentukan senang atau susah. Secara ringkas, banyak asignment,kena buat presentation dan ada exam midterm dan final. Bm atau bi tu bergantung kepada lecturer subjek.

      Delete
    2. Cikgu, yuran untuk master pjj upm seperti dlm laman web tu ke? Yuran upm mmg mahal yea? 1 sem lbh kurang 3, 4 ribu kn?

      Delete
    3. Yuran memang berbeza ikut u. Sebelum ambil, saya pun dah buat survey dulu. Memang mahal sikit berbanding u lain. Tapi sebab selesa dgn UPM, saya pun ambil kat sini.

      Delete
  8. saya hana..baru je mendaftar untuk kursus master pendidikan di upm.. alhamdulillah jumpa saudari di blog ni..saya amat berharap dapat seidkit panduan dari saudari sebagai senior dalam master pengurusan pentadbiran ini...saya mohon untuk berhubung dengan saudari untuk dapatkan bahan bahan dan nota untuk course ini..segala jasa baik saudari semoga mendapat ganjaran pahala dari Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. program pjj ni ada video conference. Saya selalu download lecture video dan tengok semula untuk ulangkaji. Program ni dari segi nota, lecturer akan upload kat portal, jadi Ana boleh print nota dari situ. Nota berbeza ikut lecturer yang ajar.Kadang kala lecture adakan google group untuk perbincangan secara on-line. Kita boleh tanya dan boleh bincang asignment dengan kawan-kawan di situ.

      Delete
  9. Salam..saya cikgu..saya pun baru nak apply master dalam pendidikan...kalu cita cita saya nk kerje dlm pejabat mmbuat keja pentadbiran dan pengurusan suatu hr nnt bole ke saya amik master pendidikan je sbb kt oumpenang ni hanya ada satu kos jer tuk master pndidikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. subjek pengurusan dalam program ni guna teori pengurusan yang sama, tapi pendekatannya lebih kepada pengurusan sekolah yang berkaitan institusi pendidikan.

      Delete
  10. salam.sy nak tanya apakah proposal yang sesuai pd masa skrg tentang pengurusan pentadbiran?

    ReplyDelete
  11. sy berminat utk mohon tajaan kerajaan, sbb tu sy perlu bt proposal tp sy xtau apa yg perlu y 'propose'kan.sy xde idea sbb xtau pengurusan pentadbiran ni amat luas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak pernah buat.Selalunya berkaitan isu-isu pendidikan. Lagi elok jika data daripada hasil kajian tu boleh digunakan oleh orang lain atau dapat selesaikan masalah berkaitan pendidikan sekarang. Ini pendapat saya sahaja. Mungkin Diana boleh tanya kawan-kawan yang pernahh buat proposal dan proposal mereka diterima.

      Delete
  12. Salam, saya layak ke untuk memohon kerana saya baru sahaj posting 1 bulan... saya nak aply untuk kemasukan bulan 9 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau result degree dulu memenuhi syarat permohonan, boleh memohon.

      Delete
  13. Mcmn nak mohon bidang ni? Saya xtau nk mohon. Boleh mintak tunjuk ajar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu iklan pengambilan dalam surat khabar atau check kat website. Selalunya pengambilan 2 kali setahun.

      Delete
    2. Salam,master pendidikan Yg awk amek ni sama x dgn master pendidikan dewasa dan pembangunan professional?

      Delete
    3. Tak pasti. cuba check subject yang wajib diambil sama ada sama atau lain.

      Delete
  14. Sy dah abis dh amik master pentadbiran pendidikan di upm pada 2010..belanja sendiri jew.

    ReplyDelete
  15. salam..
    boleh bgtau berape keseluruhan kos?

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum... sy bercadang nk apply master pentadbiran pendidikan ni sb bercita-cita nk jadi cikgu. sayang sb sy ada degree in physics. sebelum ni sy tak berpeluang nk apply kpli.. adakah master ni boleh menjadi batu loncatan untuk sy menjadi guru?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak jadi guru (kerajaan) kena apply ikut syarat kementerian pendidikan. Saya tak pasti la.Tapi kalau mengajar di sekolah swasta boleh apply terus rasanya.

      Delete
  17. Boleh nyatakan antara subjek yg perlu d pelajari dlm course ni? Sy nak cari idea utk proposal...form dah submit dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. education policy and planning,instructional supervision, quality management in higher education, leadership in education,school culture, dll

      Delete
  18. Assalamualikum,
    Saya pelajar ijazah bachelor kejuruteraan dalam bidang marin. Boleh tak saya sambung master bidang pendidikan dan jadi guru selepas itu? Teringin jadi cikgu pulak.

    ReplyDelete
  19. saya bercadang memohon HLP.. kena buat kertas cadangan. ada tak cadangan tajuk masa belajar dulu yg dibincangkan sebagai satu isu? harap cikgu bole bantu saya bg idea skit. bole email kat saya jualbajutido@yahoo.com. nanti sy contact melalui email trus.. bole?

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum.... Saya nak mohon jasa baik untuk bg idea atau contoh proposal master pengururusanpentadbiran pendidikan.... Harap dapat bantuan dan respon daripada puan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ambil master without thesis. Akhir semester kami ada ujian kelayakan.

      Delete
  21. Assalam. Ambo dah sambung master di uum. Bidang pengurusan pendidikan. Loni tak pening bab tajuk..dah sem last. Nak buat tajuk kepimpinan, kata dah tepu tajuk tu. Ada tajuan yg sesuai tak selain kepuasan kerja, mslh disiplin pelajar atau hem. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba buat tentang isu semasa pendidikan. Berkaitan KSSR, KBAT, PdP Abad ke-21 atau DLP. Ini cadangan sahaja. Kalau2 boleh membantu.

      Delete
    2. Atau topik tentang Professional Learning Community (PLC) @ Gaya Kepimpinan GB SBT.

      Delete
  22. hi, nak tanya MPPP PJJ ni mesti hadir kuliah di UPM? bukan fully menerusi pembelajaran atas talian?

    thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye. kena hadir kuliah. kalau dekat UPM dengan lecturer. Kalau dekat cawangan ada video conference.

      Delete
  23. kuliah pjj upm hari apa je? stp hujung minggu ke?

    ReplyDelete
  24. hi....boleh saya dapat no telefon......umtuk buat pertayaan sedikit mengenai pentadbiran pendidikan...tq

    ReplyDelete
  25. Hai sis..thank you so much shares this with us. Sy nak tanya effect graduated course ni with thesis or without thesis?ape kelebihannya nyer ye?sbb sy mmg minat course ni tp xnak buat thesis...2nd question lak course ni kalo exam kat UPM ade past year question ke?sbb sy ex-student UITM..kami mmg struggled past year je dlu sebenarnya...hahahaha..hope dapat maklum balas sis..tq dear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Without thesis. Ada mid dan final exam. Kelas wajib hadir. Semester terakhir ada exam kelayakan bergraduat. Soalan exam bergantung kepada lecturer.

      Delete
  26. sy mmg seorg lecturer..nk try apply kos ni..tp apa prospek keje nya ya?

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum hye sis..sy ingin bertanye....if amek cos pentadbiran pendidikan ni ..ape jer maslh atau isu yg boleh dijanji utk buat tesis or projek? Mohon respon sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada pendapat saya isu terkini berkaitan pendidikan lebih baik. Terutama isu yang masih belum ada orang lain buat dan data kajian kita boleh digunakan oleh pihak lain. Rasanya lebih baik berbincang dengan lecturer penasihat untuk pastikan tajuk yang sesuai.

      Delete
  28. Akhirnya!! Jumpa blog berkaitan MPPP. Utk MPPP ni. Habis belajar nanti. Saya akan mengajar subjek apa .akan ditentukan bagaimana ya subjek yg kita akan mengajar? Selain mengajar atau membuka pusat tution sendiri. Apa lagi yang kita boleh jadi ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. MPPP ni tidak menjamin kita akan terus jadi guru. Jika guru (kerajaan) perlu rujuk/cari maklumat cara permohonan dan syarat2nya. Mohon untuk sekolah swasta mungkin boleh, rasanya.

      Delete
  29. Assalamualaikum...saya mmg minat sngt nak berkejaya sebagai guru..tp masa degree saya xdpt kos pendidikan...jika saya sambung master pendidikan di mana2 university, adakah saya berpeluang utk menjadi guru?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika nak mohon guru (kerajaan) memang bukan melalui master ni. Jika mohon guru sekolah swasta mungkin boleh.

      Delete
  30. Salam sis. Saya sekarang dalam bacelor pendidikan kat upm dh msuk thun 3 dh. Tp sy ad niat yg sgat tggi iaitu nk sambung master in pendidikan juga sebab saya memang nak jadi seorang cikgu. Contoh lh mcm ni, klau sy graduate nanti, n posting as cikgu. Sya ambik pjj master pp ni. Boleh ke? Klau lps grad master ni boleh apply pangkat pensyarah kan atau cikgu (sekiranya sy tk dpt posting n trus ambk mster ni tnpa pjj)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika nak sambung terus master selepas ni mesti pastikan memenuhi syarat kelayakan master. Study hard untuk dpt keputusan yg bagus. Good luck. Saya ambil pjj ni semasa mengajar di KL. Kelas hanya pada hujung minggu.👌

      Delete
  31. Hi sis,saya berkerja sbg guru... Baru applied MPPP.Kursus ini ada praktikum ke?mode boleh pilih ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde praktikum. Thesis diganti dengan exam kelayakan pada semester akhir. Tapi yang terkini saya tak pasti. Good luck, ye.

      Delete
  32. Assalammualaikum cikgu. Saya baru bercadang untuk mengambil Master Pendidikan. Saya nak bertanya dalam keadaan sekarang, bolehkan saya menjadi guru sekolah menengah apabila telah tamat Master Pendidikan? Kerana saya tidak mempunyai bidang pendidikan ketika Sarjana Muda dulu.

    ReplyDelete
  33. Nak tanya,, Master dalam bidang pendidikan ni ada MQA ker?

    ReplyDelete