Semua aktiviti melibatkan subjek bukan teras seperti PSV, PJK, Mz, RBT dan Pendidikan Islam atas permintaan Guru Besar. Tak pastilah jika ada aktiviti yang saya rancang ini tidak menarik bagi sesetengah guru atau murid. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Setiap perkara yang kita buat, pasti ada yang tidak puas hati dan komen2 negatif. Mungkin dalam kalangan kita, masih ramai yang suka menjatuhkan semangat orang lain dan sentiasa bersikap negatif. I always try to avoid this negative people. Rasanya jika mereka sendiri yang buat kerja ni, barulah tahu senang atau susah nak uruskan aktiviti 153 orang murid untuk hampir 2 bulan sehingga cuti sekolah. Kerja ni bukan one man show. Perancangan hanya akan berjaya dengan kerjasama semua. Terima kasih kepada semua guru tahun 6 terutama guru2 teras yang sentiasa komited.
Bukan semua aktiviti boleh dibuat untuk seronok2 sahaja. Banyak faktor yang perlu saya fikirkan seperti masa dan tenaga guru2 yang masih ada pdpc untuk tahun2 lain. Selain itu, kekangan tempat juga diambil kira kerana kebanyakan kelas digunakan untuk UPSRA pada minggu pertama. Aktiviti PJK juga perlu diadakan mengikut keadaan cuaca kerana aktiviti perlu dilakukan di padang. Pada masa yang sama, padang digunakan untuk aktiviti pembinaan juga menjadi salah satu faktor yang saya ambil berat. Terima kasih guru2 PJ yang beri kerjasama menjalankan aktiviti dengan lancar.
Aktivit yang dirancang juga mengam bil kira tentang kos. Saya cuba kurangkan aktiviti yang melibatkan banyak kos kerana parents juga perlu membayar untuk graduasi dan jamuan hujung tahun. Jadi, banyak aktiviti di luar sekolah tidak saya masukkan seperti boling atau menonton wayang. Walau apa pun,diharap aktiviti yang telah dilaksanakan ini dapat memberi manfaat kepada murid2 dan kepuasan kepada guru2. Terima kasih atas kerjasama semua. Syukur alhamdulillah kerana semuanya selesai dengan baik dan lancar berkat kerjasama semua. I'm happy.
Menyiapkan bahan PSV untuk Pertandingan
Pameran PSV antara kelas2.
Pameran PSV di adakan di kelas masing2 selama 5 hari.
Petandingan melukis doodle antara kelas2. Hasilnya cantik2.
Aktiviti melakar design sebelum menjahit cross-stich.
Memurnikan meja dan kantin sekolah.
Lawatan ke Kuala Lumpur dengan bas Hop-On Hop-Off.
Pertandingan menghias pencuci mulut dan table setting.
Sesi bergambar kelas tahun 6 2018.
Aktiviti kitar semula.
Jamuan tahun 6 . Makan malam di PICC.
Ini antara aktiviti yang telah dirancang sepanjang bulan
September dan Oktober untuk murid2 tahun 6. Semoga lebih cemerlang
ketika kamu semua di sekolah menengah.
Wrap up 2018 school session. I will miss all of u. Hu..hu..
No comments:
Post a Comment