Pada pendapat saya sebagai guru, perkataan graduasi kami pilih supaya memberi impak yang positif kepada murid2. Tujuannya untuk mereka merasai simulasi berada di majlis graduasi universiti dan betapa seronoknya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.Rasanya tidak ada salahnya, kerana mereka juga dipakaikan jubah dan topi seperti pelajar yang menerima ijazah. Entahlah, mungkin ada yang sensitif tentang isu bahasa dan maksudnya, sehingga terlepas pandang dari sudut motivasi. Kami hanya menjalankan tugas dan perlu akur arahan yang diberi. Dunia ni dah ramai orang yang bersikap negatif. Sebagai guru, kami akan didik generasi yang positif dan sentiasa memandang sesuatu perkara daripada sudut positif dahulu sebelum melihat yang negatif selagi berlandaskan hukum agama. Insyaallah.
Jadilah mata lebah dan jangan jadi mata lalat . Kata2 ni saya petik daripada Mantan Pengarah Pendidikan Putrajaya sewaktu beliau menyampaikan ucapan semasa perjumpaan dengan guru2 baharu di Putrajaya pada tahun 2014. Maksud kata2 beliau akan sentiasa saya ingat. Kita perlukah sentiasa pandang sesuatu yang baik dahulu seperti lebah yang sentiasa mencari madu dan jangan memandang sesuatu perkara dengan negatif sahaja seperti lalat yang sentiasa mencari sampah yang busuk.
No comments:
Post a Comment