About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Monday, July 25, 2011

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKMC KALI KE-53 (2011)

Hari sukan tahun ini lebih meriah dan amat memenatkan kerana digabung dengan aktiviti Senamthon. Senamthon tu sebenarnya untuk mengutip dana PIBG sekolah. Maklumlah, sekolah convent hanya dapat bantuan modal sahaja dari kerajaan. Selebihnya sekolah perlu biayai sendiri. Acara ni dirasmikan oleh Ygbh Datin Sri Siti Nooriah Ana Abdul Razak, isteri kepada YB Dato'Sri Zulhasnan Rafique, Ahli Parlimen Setiawangsa. Datin hadir dari permulaan acara sehinggalah akhir, Dato' pula hadir agak lewat kerana mengikuti program lain sebelum itu.

Tahun ni cemas sikit sebab ditugaskan sebagai pengacara majlis dengan Miri. Wah, boleh sakit jantung dibuatnya. Banyak perkara2 spontan yang perlu dibuat, sebab perjalanan acara yang ditentukan tak semestinya mengikut apa yang dirancang. Nak buat skrip berprotokol secara spontan bukannya mudah, maklumlah ada dato' dan datin. Kalau silap cakap, malu sekolah pulak. Namun saya berterima kasih kepada Miri, kerana kami saling bantu-membantu. Walaupun ada sedikit kesalahan, namun majlis masih berjalan lancar. Kalau ada orang komen kita mengacara, tahun depan, kita beri mereka tu pulak yang rasa jadi pengacara. Kita tengoklah siapa yang takut nanti....he..he..

Tahun ni, saya menjadi penasihat Rumah Kuning. Walaupun kami dapat tempat kedua secara keseluruhan, namun Pasukan Sorak Rumah Kuning dapat jadi juara. Itu yang menggembirakan, kerana penat lelah saya melatih murid-murid, berbaloi. Pasukan sorak Rumah Kuning juga sangat bersungguh-sungguh dan bekerjasama. Tahniah!! Terima kasih juga kepada cikgu-cikgu yang membantu melengkapkan pakaian dan perhiasan, Pn Nurul Mahani, Cik Najia dan Cik Siti Rahimah. Tahniah pasukan sorak Rumah Kuning...persembahan kamu semua sangat bagus seperti latihan yang cikgu dah ajar. Semoga kamu semua dapat menang lagi tahun depan.

Kat bawah ni ada beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa acara. Namun tak banyak yang dapat diambil kerana saya perlu fokus melaksanakan tugas.




No comments:

Post a Comment