About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Sunday, September 19, 2010

BERSYUKUR

Berita tentang bencana banjir di Pakistan memang membuat kita semua simpati dengan keadaan mereka. Bayangkan kesusahan yang dihadapi. Oleh itu, kita patut bersyukur kerana Malaysia tidak mengalami bencana alam seperti ini.

http://us.detiknews.com/images/content/2010/08/01/10/banjirpakistan.jpg

Petikan berita :
Wabak penyakit menyebar di daerah banjir saat korban tewas akibat bencana di Pakistan itu terus bertambah. Air masih menggenangi beberapa kawasan Pakistan. Paras air membuat mangsa sulit menyelamatkan diri. Sungguh memilukan ketika dalam satu malam jumlah korban tewas melonjak hingga 862 orang. Laporan terakhir, jumlah mangsa yang meninggal dunia mencapai 900 orang. Mian Iftikhar, Menteri Informasi Provinsi Khyber Pakhtunkhwa menegaskan, banjir kali ini merupakan yang terparah sepanjang sejarah Pakistan. Di kawasan barat laut dan Kashmir,Pakistan, ratusan rumah dan kawasan pertanian dilaporkan rosak.Selain itu,banjir telah memutuskan laluan darat menuju China. Keadaan ini juga melumpuhkan sistem komunikasi.

Mangsa banjir terpaksa menggendong bayi dan memikul benda yang masih boleh diselamatkan. Sebagian besar mangsa di lokasi bencana tidak berjaya menyelamatkan harta. Mereka berada di jalanan tanpa tempat tinggal dan wang dan hanya berjalan kaki menuju lokasi yang tinggi. dan lebih selamat. Muqaddir Khan, umpamanya, bersama sembilan anggota keluarganya menyelamatkan diri dengan mengharungi banjir. Lelaki berusia 25 tahun ini mengaku telah kehilangan semuanya.“Saya bekerja di Arab Saudi selama tiga tahun,sehingga boleh membuka kedai kecil. Hanya dalam beberapa minit, kedai saya habis disapu banjir,” tuturnya. Selain Khan, Razia Bibi, 48 tahun, mengaku tidak tidur sepanjang malam. Dia dan keluarganya duduk di depan rumah, menyaksikan paras air yang terus meningkat. “Rumah saya tenggelam di bawah air. Saya melarikan diri hanya dengan beberapa ahli keluarga,”ujar Bibi.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru negara-negara anggota menyumbang AS$2 bilion (RM6.4 bilion) bagi membantu Pakistan pulih daripada banjir besar yang menyebabkan jutaan mangsa hilang tempat tinggal. Ini merupakan rayuan bantuan terbesar dalam sejarah PBB.


Quote to share:
The great art of giving consists in this: the gift should cost very little and yet be greatly coveted, so that it may be the more highly appreciated- Baltasar Gracian.

No comments:

Post a Comment