About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Wednesday, October 31, 2012

SKMC ke KIDZANIA

Murid-murid SKMC berpeluang ke Kidzania. Tempat tu penuh sesak dengan murid-murid dari pelbagai sekolah yang mengambil kesempatan mengadakan lawatan sebelum cuti sekolah.


 
 



Sunday, October 28, 2012

HARI RAYA AIDILADHA

 Hari raya tahun ini lebih meriah kerana saya dan keluarga melaksanakan ibadah korban. Ibadah korban merupakan perkara yang dituntut kepada orang Islam yang berkemampuan. Hukumnya adalah sunat. Ini kali pertama ia dilakukan di rumah kami. Seekor lembu mewakili 7 bahagian untuk 7 orang. Daging yang telah dilapah disedekahkan kepada orang kampung. Sebahagiannnya kami masak dan adakan kenduri doa selamat. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Semoga ibadah korban yang dilakukan ini diterima Allah s.w.t.

Lembu yang dikorban perlulah sempurna sifatnya.

Selepas sembahyang sunat hari raya

Yaya
Ija dan Aisyah

Ibadah Qurban dilaksanakan sempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim yang ingin menyembelih anaknya, Nabi Ismail kerana melaksanakan perintah Allah s.w.t. Walau bagaimanapun, peristiwa tersebut sekadar ujian Allah s.w.t kepada mereka berdua. Mereka telah berjaya dalam ujian tersebut di mana Nabi Ibrahim sanggup menyembelihkan anak sendiri dan Nabi Ismail pula patuh dengan perintah ayahnya untuk disembelih. Peristiwa ini menunjukkan kepatuhan mereka kepada perintah Allah lebih daripada yang lain walaupun ia melibatkan nyawa dan kasih sayang ayah dan anak. Lalu Allah telah menggantikan tempat Nabi Ismail dengan kambing (Qibasy).
 

Wednesday, October 24, 2012

Thursday, October 18, 2012

BIRTHDAY ZAFIRAH AISYAH

18 Oktober 2012 merupakan birthday yang pertama Zafirah Aisyah. Oleh kerana masa Mak Ngah balik petang tadi Zafirah masih tidur dan ayah belum balik, kek aiskrim Baskin Robbins tu disimpan dalam peti sejuk. Malangnya....kek Zafirah telah disabotaj oleh peti sejuk tu, kerana defros bahagian sejuk beku tu telah 'on' secara automatik . Habislah kek tu pun telah defros bersama dengan ais kat tempat sejuk beku tu. Hmm...kek yang cantik tu dah cair dan senget sebelah apabila kami nak potong malam tadi. Takpelah Zafirah, next time Mak Ngah belanja kek yang lain. Selamat Hari Lahir yang pertama. Cepat-cepat belajar berjalan sebab umur awak dah satu tahun.

Inilah rupa kek aiskrim yang telah cair tu... kesiannya tengok dah tak cantik.....


 
Comelnya...macam princess lah....

Tuesday, October 16, 2012

KONVOKESYEN IJA :DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN KPTM BANGI 14 OKTOBER 2012

Tahniah untuk Ija yang telah tamat pengajian diploma. Jangan lupa sambung sampai degree, baru boleh pakai mortar board (topi). 



GRADUASI MASTER PENTADBIRAN PENDIDIKAN UPM 15 OKTOBER 2012

Tahniah kawan-kawan!
 
 Sebelum masuk ke dewan, matahari terik pun masih ceria berposing walaupun peluh dah menitik-nitik pakai jubah yang tebal tu.He..he..



"with my sister"

 


 Video yang diambil masa dalam dewan.

 Terima kasih kepada ahli keluarga yang sudi datang memeriahkan lagi konvo saya di UPM.


Ija dan Aisyah buat wish kat luar dewan...he..he..lucu la korang....

 Rakan-rakan sekelas berkumpul dalam dewan selepas upacara tamat.Bila kita akan berkumpul lagi macam ni...kan? Semoga jumpa lagi.


Sunday, October 7, 2012

BOOKWORM UPDATE: BUKU BULAN OKTOBER 2012

 Beberapa buah buku yang dibeli untuk bulan ini.
Travelog juga sangat menarik terutamanya jika kita ingin mengetahui pengalaman orang lain ke sesuatu tempat sebelum kita pergi ke sana. Banyak tips-tips menarik yang dapat diketahui melalui catatan travelog ni. Kiranya macam baca diari orang lain la...Kali pertama saya jumpa travelog haji muslimah(perempuan). Sebelum ni saya pernah baca travelog haji lelaki sahaja. Jadi, pengalamannya ada sedikit perbezaan.

Buku ini hasil tulisan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Banyak panduan dan doa-doa untuk rawatan penyakit diterangkan dalam buku ini yang boleh diamalkan. Insyaallah.

 Buku 'Between the Lines' ni bukanlah genre yang saya suka, tetapi pernah membaca novel karya Jodi Picoult sebelum ni. Ini merupakan cubaan pertama beliau menulis novel/cerita fiksyen kanak-kanak. Buku ini adalah hasil tulisan Jodi Picoult dan anak perempuannya Samantha Van Leer.Menurut penulis ini, idea cerita dalam novel ini hasil buah fikiran anaknya Sammy. Hmm...anak-beranak berbakat menulis....
 Novel The Rescue karya Nicholas Spark, penulis kesukaan saya ni dah lama cari di kedai buku. Akhirnya  jumpa juga semasa ke MPH di Seremban 2 minggu lalu. Baca muka surat pertama sahaja dah menarik minat kita untuk menghabiskannya. Penulis ni memang berpengalaman dan sangat berbakat. Jadi, tak hairanlah banyak novel beliau telah diadaptasi menjadi filem.

Dua buah novel ni dibeli kerana disarankan oleh dua sahabat yang memang peminat setia novel Melayu iaitu Kak Dah dan Aimi. Kata mereka, novel 'Kerana Terpaksa Aku Relakan' best sangat.  Masih belum baca lagi dan plastik pembalut pun belum buka walaupun dah 2 minggu dibeli, isyk...isyk...isyk...

Quote to share:
 “What really knocks me out is a book that, when you're all done reading it, you wish the author that wrote it was a terrific friend of yours and you could call him up on the phone whenever you felt like it. That doesn't happen much, though.”
― J.D. Salinger, The Catcher in the Rye

ALAMANDA PUTRAJAYA WITH AISYAH





Aktiviti Pendidikan Moral 2012




 Kerjasama yang sangat baik dalam kumpulan.


Kumpulan yang mendapat tempat pertama.

Tuesday, October 2, 2012

KARANGAN 6 BESTARI


Tiga karangan ni telah dipilih secara undian dalam kelas 6 Bestari semasa aktiviti selepas UPSR.
Soalannya:  Tulis sebuah karangan tentang sebatang pokok yang menjadi kenangan kamu di SKMC. Akhiri karangan tersebut dengan ayat di bawah:

 Pokok itu memang meninggalkan banyak memori  kepadaku. Aku tidak akan dapat melupakannya sampai bila-bila.

Pokok Ara Pembawa Malang
 oleh: Masira bt Rosli
            Terdapat sebatang pokok ara di sebelah kelas 4 Bestari di sekolahku. Aku dan rakanku selalu bermain di situ. Pokok  tersebut besar,aneh dan menyeramkan. Semua rakanku tidak suka akan pokok itu kecuali aku dan sahabatku, Farhana.
            Kami selalu bercerita tentang pokok itu. Kami juga datang ke sekolah awal semata-mata untuk bercerita tentang pokok itu. Tiba-tiba, Farhana berkata bahawa dia pernah melihat  satu lembaga putih di situ. Namun, aku tidak mempercayainya. Bagi aku, itu perkara yang mengarut.
            Aku pun mengajak Farhana untuk bermain di sana, Farhana bersetuju dengan cadanganku. Aku gembira kerana dia bersetuju untuk bermain di sana. Aku berhajat untuk mencari bukti kepada aduan yang diberi oleh Farhana. Kami bermain sorok-sorok di kawasan pokok ara itu.
            Setelah 10 minit aku mencarinya, aku ternampak bayang-bayang Farhana di pokok ara itu. Aku berlari ke arahnya. Tiba-tiba, aku tersandung pada banir pokok itu lalu tertolak Farhana. Dia sedang memegang akar pada dahan pokok itu. Akar pada dahan itu terputus.
            Mukanya pucat secara tiba-tiba. Dia pun pergi ke tandas untuk melihat wajahnya. Dia menjerit apabila melihat satu lembaga yang hodoh berjalan di belakangnya. Tidak lama kemudian,dia pun pengsan. Aku pun memanggil cikgu untuk membawanya ke klinik yang terdekat.
            Tiga hari kemudian, dia berpindah ke sekolah lain. Tiada siapa yang mengetahui insiden ini kecuali aku dan ibu bapa Farhana. Bagi aku, pokok itu membawa malapetaka dan musibah. Setiap kali,aku merindui Farhana atau bersedih, aku akan pergi ke pokok misteri itu. Pokok itu memang meninggalkan banyak memori  kepadaku. Aku tidak akan dapat melupakannya sampai bila-bila.


Kawanku, Mesra
oleh : Kimberly Chuah Ching Li
 
         Terdapat sebatang pokok di padang sekolahku. Aku tidak tahu nama atau jenis pokok itu jadi aku menamakannya Mesra kerana banyak burung hinggap atas dahannya. Selain itu, ia juga mengingatkan aku tentang kawan baik aku, Liyana yang sering dikelilingi oleh kawan-kawanku yang lain. Sikap Liyana yang baik hati dan peramah disenangi oleh semua orang di sekolah aku.
          Walaupun aku dan Liyana kawan baik, kami jarang dapat meluangkan masa bersama kerana Liyana sibuk dengan latihan. Dia seorang yang aktif serta berkebolehan dalam bidang sukan. Oleh itu, dia akan mewakili sekolah dalam pelbagai acara sukan. Latihannya bermula pada waktu petang iaitu selepas waktu persekolahan. Aku terpaksa menunggunya kerana kami berjalan kaki bersama-sama untuk pulang ke rumah. Sementara menunggu, aku akan duduk di pangkal Mesra dan menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh cikgu.
         Pada suatu hari, aku menulis karangan pada sehelai kertas sepertimana yang disuruh oleh guru Bahasa Malaysia aku. Tiba-tiba, angin mula bertiup kencang dan telah menerbangkan kertasku. Setelah penat aku mengejarnya, angin berhenti bertiup dan kertas aku tersangkut pada dahan Mesra. Tanpa melengahkan masa lagi, aku segera memanjat Mesra tanpa berfikir tentang keselamatanku. Setelah aku mendapatkan kertas itu, tiba-tiba dahan yang sedang menampung berat badanku patah. Aku jatuh tertiarap pada timbunan daun dan bersyukur kerana tidak tercedera.
          Aku cuba untuk berdiri dan terdengar suara Liyana sedang memanggil namaku. Aku ternampak Liyana berlari ke arahku dengan muka yang cemas. Rupa-rupanya, Liyana ternampak aku terjatuh dan risau jika aku tercedera. Aku menberitahunya bahawa aku selamat dan dia kembali riang. Aku bertanya kepadanya mengapa dia berada di sini sedangkan dia sepatutnya berlatih untuk mewakili sekolah dalam acara olahraga minggu hadapan. Dia memberitahu aku bahawa guru yang bertanggungjawab untuk melatihnya terpaksa pulang ke rumah awal kerana ada hal penting.
         Aku dan Liyana bermain sorok-sorok kerana sudah sekian lama kami tidak bermain bersama-sama. Tiba-tiba, hari mula hujan dan kami berteduh di bawah Mesra. Kami duduk di pangkal Mesra dan tiba-tiba aku merasa seperti ada sesuatu yang sedang memanjat belakangku. Pada mulanya, aku ingat Liyana sedang mempermainkan aku, tetapi tiba-tiba dia menjerit. Aku menjadi cemas dan bertanya kenapa. Tanpa membuang masa, Liyana menggosok bajuku kerana koloni semut api sedang memanjat belakang aku. Rupa-rupanya, aku terduduk di atas sarang semut api. Aku bernasib baik kerana tidak digigit  semut-semut api itu.
               Latihan sukan sekolahku bermula dan menjalani latihan berhampiran Mesra. Aku ternampak sekumpulan murid sedang memijak dan mencabut rumput dan bunga-bunga yang ditanam disekeliling Mesra. Perbuatan itu bukan sahaja dilarang malah akan menjejaskan kecantikan alam sekitar. Aku sebagai seorang pengawas yang bertanggungjawab telah melaporkan perbuatan mereka kepada guru disiplin. Selepas hari itu, tidak ada sesiapa lagi yang berani mencabut rumput dan bunga-bunga di kawasan sekolah.
         Hari sukan diadakan dan semua warga sekolah serta ibu bapa murid-murid dijemput hadir untuk memeriahkan suasana. Malangnya, terdapat orang yang tidak bertanggungjawab dan membuang sampah merata-rata. Padang kami menjadi sangat kotor dan tidak sedap mata memandang. Oleh itu, cikgu mengadakan gotong-royong untuk menbersihkan padang. Hanya murid sesi pagi sahaja yang terlibat. Kami telah dibahagikan kepada 20 kumpulan dan dalam satu kumpulan terdapat 5 orang murid. Aku dan Liyana berada dalam kumpulan yang sama dan kami telah ditugaskan untuk membersihkan kawasan di sekitar Mesra. Setelah selesai menjalankan aktiviti gotong-royong, kami pulang ke rumah masing-masing. Aku berasa sungguh penat tetapi  berbaloi kerana Mesra telah kembali kelihatan indah.
         Pada hari itu, aku dan Liyana telah berjanji untuk kekal menjadi kawan baik selama-lamanya. Kami telah menulis nama kami serta nama ‘MESRA’ pada batang Mesra. Hari itu sungguh bermakna bagi aku. Mesra bagaikan kawan aku, walaupun ia pelik kerana Mesra hanyalah sebatang pokok. Mesra memang telah memberi banyak memori kepadaku. Aku tidak akan melupakan Mesra sampai bila-bila.     
                           
                         POKOK BERPUAKA SENJA
                    oleh : Syahirah bt Sohaimi
           Pada suatu hari, aku dan rakan-rakan pulang lewat kerana kami ingin belajar di sekolah. Guruku menyuruh kami membuat catatan tentang sejarah tentang pokok di sekolah.

           Aku dan rakan-rakanku berjalan untuk mencari pokok yang sesuai untuk tugasan kami. Tiba-tiba, aku melihat sebatang pokok yang menarik perhatianku. Aku dan rakan-rakanku bergegas menuju ke arah pokok itu.

           Setibanya kami di sana, kami terus memandang ke arah pokok itu. Pokok itu terlalu besar. Ia mempunyai akar yang panjang seperti rambut pada dahannya. Pokok itu ialah pokok ara. Pokok itu sudah lama tumbuh di situ. Ia berada di sebelah kelas 4 Bestari.

          Aku menarik akar yang panjang itu. Tiba-tiba, angin bertiup dengan kencang. Aku berasa badanku seram sejuk. Kakiku menggeletar. Aku merasakan seperti ada yang tidak kena dengan pokok itu. Tiba-tiba aku merasa telingaku bagai di tiup seseorang. Apabila aku berpaling ke belakang, tiada orang. Aku dan rakan-rakanku lari lintang-pukang.

         Keesokan harinya,aku mendengar cerita bahawa pokok itu pernah dijadikan tempat orang cina bersembahyang. Menurut kawanku lagi,pokok itu mempunyai penunggu. Aku mulai resah. Aku bertekad tidak akan ke sana lagi.

        Pokok itu memang meninggalkan banyak memori kepadaku. Aku tidak akan dapat melupakannya sampai bila-bila.