
Pernah dengar pepatah melayu kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa? Terasa nak ulas tentang pepatah ni dalam blog saya kerana terlalu banyak manusia yang masih tidak dapat mengambil pengajaran melalui maksud pepatah ini. Bila saya 'search' pepatah ni di internet, rupa-rupanya sudah ramai orang memperkatakan tentangnya.
Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa perkataan atau perbualan kita juga boleh menyakitkan hati atau  menyinggung orang lain. K
ita mestilah berhati-hati dalam percakapan  sehari-harian. Oleh itu, jika khuatir kita akan mengeluarkan perkataan tidak baik, lebih  baik kita berdiam diri. Ini bagi mengelakkan diri daripada menanggung  dosa dan bagi mengelakkan orang lain terasa hati. Jika kita sudah  mengeluarkan kata-kata yang tidak disenangi orang lain, tentu sukar  untuk kita menariknya balik. Lebih buruk lagi jika orang lain silap  mendengarnya. Berkata-kata buruk tentang orang lain dikatakan menyebarkan fitnah. Fitnah boleh berlaku disebabkan pertandingan  mendapatkan kuasa, pangkat, menjatuhkan orang lain dan kekayaan. Apa  yang disebarkan untuk memburuk-burukkan individu atau kumpulan kerana  perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan layak  dibandingkan dengan orang lain. Dosa fitnah digolongkan sebagai dosa sesama  manusia. Justeru, ia tidak diampunkan Allah melainkan orang yang  difitnah memberi keampunan. Tentu sukar untuk mengakui kesalahan sendiri  dan memohon keampunan daripada orang lain. Dosa fitnah juga menghalang  seseorang itu untuk masuk ke dalam syurga. Rasulullah bersabda: “Tidak  masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah”, hadis riwayat Bukhari  dan Muslim. (halaqah.net)Apakah di antara kesan tidak menjaga tutur kata ?
1-Fakta yang tidak betul dan menanggung dosa
2-Perkataan tersebut menyebabkan saudara Muslim berkecil hati
3-Ukhuwah di kalangan umat Islam tercalar
4-Menyukarkan usahasama dalam kalangan umat Islam
5-Fitnah boleh menyebabkan perpecahan dan huru-hara
6-Nilai peradaban di kalangan umat Islam terkikis dan akan menyebar luaskan dosa dalam kalangan umat Islam
7-Kejayaan dan kegembiraan di pihak musuh (artikel iluvislam.com)
Quote to share:
A cynic can chill and dishearten with a simple word
-Ralph Waldo Emerson