About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Saturday, October 1, 2011

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2011


PENGENALAN

Kerajaan telah mengisytiharkan kempen Bulan Bahasa Kebangsaan sebagai agenda nasional. Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan semua sektor menggunakan bahasa kebangsaan secara meluas. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu dalam kalangan rakyat negara ini , pihak sekolah juga telah menyahut seruan ini dengan mengadakan Minggu Panitia Bahasa Malaysia dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Banyak aktiviti diadakan bagi tujuan untuk menarik minat dan kecenderungan murid menguasai Bahasa Malaysia sepanjang bulan ini. Hasilnya akan lahirlah murid-murid yang boleh mengaplikasikan bidang yang dipelajari di sekolah dalam kehidupan seharian.

MATLAMAT

Meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia yang mantap dari segi penulisan, pemahaman, dan pertuturan seharian.

OBJEKTIF

1. Menambah pengetahuan murid-murid mengenai penggunaan

Bahasa Malaysia yang berkesan.

2. Meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia dari segi pertuturan dan penulisan.Melahirkan murid-murid yang berpengetahuan tinggi dari segi penguasaan perbendaharaan kata dan struktur ayat yang betul.

3. Meminimumkan kesalahan ejaan semasa menulis karangan di dalam kelas.

4. Meningkatkan peratus kelulusan Bahasa Malaysia dalam peperiksaan.

SENARAI AKTIVITI

TAHAP 1

1. PERTANDINGAN MENULIS ESEI BERPANDU

2. EJAAN

3. TULISAN CANTIK

4. KUIZ HARIAN

5. NYANYIAN LAGU BAHASA JIWA BANGSA (RABU)

TAHAP 2

1. PERTANDINGAN SAJAK/SYAIR

2. HAIKU PERIBAHASA

3. MENULIS SINOPSIS BUKU

4. BUKU SKRAP

5. KUIZ HARIAN

6. NYANYIAN LAGU BAHASA JIWA BANGSA (RABU)


Monday, September 12, 2011

UPSR 2011


Selamat menempuhi UPSR 2011 kepada semua calon UPSR SK Marian Convent terutamanya kelas 6Bestari. Cikgu minta maaf kerana tidak dapat bersama-sama kamu semua pada hari peperiksaan. Namun, cikgu sentiasa doakan kamu semua dapat menjawab semua soalan terutamanya BM Pemahaman dan BM Penulisan esok dengan tepat dan betul. Cikgu halalkan semua ilmu yang cikgu beri dan cikgu sudah maafkan kamu semua. Semoga berjaya. Setiap usaha pasti dibalas dengan kejayaan.

Sunday, September 4, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Sempena hari raya ini saya mohon ampun dan maaf kepada semua ahli keluarga dan rakan-rakan sekiranya ada terguris perasaan serta salah dan silap yang telah dilakukan sepanjang kita bersama. Semoga Aidilfitri ini mengeratkan lagi ikatan silaturrahim kita. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.


Raya tahun ni, semua anak sedara tak balik kampung. Jadi sunyilah sikit. Tapi kami masih bergambar dengan gembira. Dua tiga hari lagi semua akan balik sini juga.Walaupun raya tahun ni saya sakit, tapi raya tetap raya.... Selamat Hari Raya....................