About Me
- Ms. Writer
- بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.
Friday, July 19, 2019
Sunday, July 14, 2019
Saturday, July 13, 2019
Sunday, July 7, 2019
AFRICAN CICHLID
Jumpa video ni kat Youtube sebab cari maklumat tentang cichlid. Tapi yang ni dragon blood biasa. Dalam akuarium kita ni albino dragon cichlid. Bezanya, warna matanya merah. Jenis ni hibrid atau kacukan dua jenis cichlid tulen. Ada yang warna oren, peach,pink dan bintik2 pada badan ikan ni.
Ini first time kita pelihara ikan jenis ni sebab cichlids satu2nya fresh water fish yang warnanya cantik macam ikan laut. Cichlid yang tulen asalnya dari tasik di Afrika. Sebab tu selalu dengar nama African Cichlid, kan. Jenis cichlid ni agresif dan ada yang akan jadi pembuli.
Sebenarnya kita beli 4 ekor, tapi seekor mati dalam plastik tu. Mungkin kena buli kot sebelum sampai rumah. Jadi, dalam tank kita ada 3 ekor. Jinak sangat cichlid ni sebab ikan ni benarkan kita pegang dan usik kepala dia. Semua akan excited kalau nampak orang lalu dekat tank tu. Ingat nak beri makan.
Susah nak kenal yang male dengan female ikan ni. Tapi ada yg kata beza dari segi warna. Female fish warnanya kurang pekat dari male fish. Ibu ikan akan simpan anaknya dalam mulut dan tak akan makan apa2 masa tu. Sampai masa (tak pasti berapa lama), anak2 ikan akan diluahkan keluar. Kena asingkan juga dari yang lain kalau takde banyak tempat menyorok dalam tank. Kalau tidak semua anak ikan akan mati kena makan.Unik ikan ni. Kalau tak silap maklumat yang kita jumpa, ada yang gelar ikan ni peacock sebab selalunya orang beli dan letak dalam tank untuk display sebab warnanya cantik.
Peacock cichlid jenis ni dalam group aulonocara yang asalnya dari Lake Malawi. Jika nak kurangkan aktiviti pembuli dalam tank, ada juga pendapat yang kata perlu masukkan banyak cichlid dalam tank supaya takde la seekor ikan tu je yang sentiasa dibuli. Masalahnya, cichlid akan membesar. Saiz yang jenis ni mungkin akan jadi besar lebar tapak tangan atau lebih kurang 5 hingga 6 inci. Hmm..akuarium kena lebih besar nanti. Kalau tak nak yang besar, kena beli yang dwarf cichlids. Mungkin nanti nak cari cichlid warna kuning atau biru. Hmm..mesti cantik.
SUCCULENT AND AIR PLANT
#succulent#airplant#houseplant
Apakah tumbuhan succulent?
Ada yang menggelar tumbuhan ini desert rose kerana bentuk seperti bunga ros.
Makna succulent adalah berair atau lembut. Tumbuhan ini menyimpan air dalam daun, batang, atau kedua-duanya. Terdapat banyak spesies tumbuhan succulent ini yang berbeza dari segi pelbagai bentuk, saiz, warna, ciri-ciri yang menarik dan comel.
Succulent terkenal dengan panggilan common name yang unik seperti wax plant (Hoya), mother-in-law tongue (Sansevieria), jade (Crassula), crown of thorns (Euphorbia), hens and chicks (Sempervivum), century plant (Agave), prickly pear (Opuntia), burn plant (Aloe), stonecrop (Sedum), zebra plant (Haworthia), dan banyak lagi. Habitat asal tumbuhan ini seakan kaktus dan terdapat di kebanyakan negara yang beriklim panas.
Sangat suka tanam benda ni sekarang sebab semuanya comel!
#succulent#airplant#houseplant
Ini yang telah dibeli anaknya dan ditanam. Succulent lebih rumit nak jaga berbanding kaktus kerana setiap jenis succulent penjagaannya berbeza. Terlalu banyak air akan menyebabkan akarnya reput. Jika kurang air, succulent akan kering dan mati. Tanah dan pasu juga perlu dipilih dengan betul jika nak succulent ni hidup subur. Wow, comel!
Fairy washboard (hawortia)
Zebra
Jenis kalanchoe
Black prince ni dah besar tapak tangan.
Tillandsia/Air Plant / Pokok Udara
Pokok udara ini adalah sejenis pokok epifit iaitu hidup menumpang di pokok lain tetapi mendapat air dan nutrien dari udara di persekitarannya. Air dan nutrien dari udara biasanya terperangkap dan diserap melalui sisik-sisik kecil pada daunnya. Sebab tu jika tengok, pokok ni ada warna putih2 pada batang atau daunnya.
Pokok ini sesuai tumbuh di atas permukaan seperti kayu, atau bahan seramik. Air plant hanya memerlukan sedikit penjagaan iaitu hanya disembur air pada pokoknya apabila diperlukan saja. Pokok ni hanya berbunga sekali sahaja seumur hidupnya. Lepas tu akan ada tunas anak2 pokok yang tumbuh pada batangnya. Kalau jaga elok2, pokok induk tu boleh tumbuh lebih lama.
Ni yang saya tanam @jaga ....pokok jenis ni pun cute!
Macam pokok plastik kan.
Comel sangat dalam bekas kaca gantung ni. Tak sia2 beli..hi..hi
Tillandsia yang ni letak dekat sebelah akuarium betta.
Harap2 dapat serap lembapan dari akuarium ni.
Kalau tak silap yg ni namanya paucifoliarm.
Air plant yg ni baru je beli. Pokok jenis ni slow grower,
sebab tu kalau di kedai/nurseri pokok, harga air plant yang besar..
boleh sampai beratus ringgit. Semoga pokok
kita ni hidup elok dan subur ye!
Nampak macam serupa je semuanya kan. Tapi lain2 jenis ni.
Air plant yang ni masih baby...hu..hu..
Lain kali kita update nama sintifik ye.
Quotes to share:
Plants cry their gratitude for the sun in green joy.
-Astrid Alauda
Like the ocean, land plants hold about three times as much
carbon as the atmosphere. While oceans take many
centuries to exchange this mass with the air, flora take only a few years.
-Gregory Benford
Wednesday, July 3, 2019
6 MAGENTA RAYA DAN DURIAN
Tq Athiah sbb beri durian kepada kami.
La...korang ni memang teruk. He..he..
Pemerhati...lepas ni nak makan.
Duta durian kot.. :)
Tuesday, July 2, 2019
SAMBUTAN HARI RAYA 6 MAGENTA 2019
SALAH SATU PROGRAM RIMUP (RANCANGAN INTEGRASI
MURID UNTUK PERPADUAN) IALAH SAMBUTAN HARI RAYA
DI SEKOLAH BERSAMA KAWAN2 BERBILANG BANGSA.
6 MAGENTA
FINAL YEAR IN SKPP11(1).
BEGIN EACH DAY WITH A GRATEFUL HEART.
COMEL!
LEARN AS MUCH AS YOU CAN WHILE YOU ARE YOUNG.
LIFE BECOMES TOO BUSY LATER.
BLUETIFUL!
I NEVER FACE MONDAY MORNING BLUES,
BECAUSE OF FUN COLLEAGUES LIKE YOU. THANK U!
JIRAN!
YOU CAN NEVER GO WRONG
WITH A LITTLE PINK.
I LIKE TO BE ALONE,
BUT I HATE TO FEEL LONELY.
HOW WONDERFUL YELLOW IS.
IT STANDS FOR THE SUN -VG
IF YOU SEE SOMEONE WITHOUT A SMILE,
GIVE THEM ONE OF YOURS.
GENG KURTA
GREEN IS THE PRIME COLOUR OF THE WORLD.
GREY IS A PERFECT NEUTRAL THAT LIVES
BETWEEN BLACK AND WHITE.
AWKWARD!
KALAU DENGAN WIDAD, MUKA RAFIQ :(
TAPI YANG NI...:)
ROSES ARE RED,
VIOLETS ARE BLUE,
SUGAR IS SWEET,
AND SO ARE YOU
PURPLE MAKES MY HEART SMILE.
ORANGE IS THE COLOUR OF JOY AND CREATIVITY.
CUTE!
Subscribe to:
Posts (Atom)