Jumpa video ni kat Youtube sebab cari maklumat tentang cichlid. Tapi yang ni dragon blood biasa. Dalam akuarium kita ni albino dragon cichlid. Bezanya, warna matanya merah. Jenis ni hibrid atau kacukan dua jenis cichlid tulen. Ada yang warna oren, peach,pink dan bintik2 pada badan ikan ni.
Ini first time kita pelihara ikan jenis ni sebab cichlids satu2nya fresh water fish yang warnanya cantik macam ikan laut. Cichlid yang tulen asalnya dari tasik di Afrika. Sebab tu selalu dengar nama African Cichlid, kan. Jenis cichlid ni agresif dan ada yang akan jadi pembuli.
Sebenarnya kita beli 4 ekor, tapi seekor mati dalam plastik tu. Mungkin kena buli kot sebelum sampai rumah. Jadi, dalam tank kita ada 3 ekor. Jinak sangat cichlid ni sebab ikan ni benarkan kita pegang dan usik kepala dia. Semua akan excited kalau nampak orang lalu dekat tank tu. Ingat nak beri makan.
Susah nak kenal yang male dengan female ikan ni. Tapi ada yg kata beza dari segi warna. Female fish warnanya kurang pekat dari male fish. Ibu ikan akan simpan anaknya dalam mulut dan tak akan makan apa2 masa tu. Sampai masa (tak pasti berapa lama), anak2 ikan akan diluahkan keluar. Kena asingkan juga dari yang lain kalau takde banyak tempat menyorok dalam tank. Kalau tidak semua anak ikan akan mati kena makan.Unik ikan ni. Kalau tak silap maklumat yang kita jumpa, ada yang gelar ikan ni peacock sebab selalunya orang beli dan letak dalam tank untuk display sebab warnanya cantik.
Peacock cichlid jenis ni dalam group aulonocara yang asalnya dari Lake Malawi. Jika nak kurangkan aktiviti pembuli dalam tank, ada juga pendapat yang kata perlu masukkan banyak cichlid dalam tank supaya takde la seekor ikan tu je yang sentiasa dibuli. Masalahnya, cichlid akan membesar. Saiz yang jenis ni mungkin akan jadi besar lebar tapak tangan atau lebih kurang 5 hingga 6 inci. Hmm..akuarium kena lebih besar nanti. Kalau tak nak yang besar, kena beli yang dwarf cichlids. Mungkin nanti nak cari cichlid warna kuning atau biru. Hmm..mesti cantik.
No comments:
Post a Comment