About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Sunday, July 7, 2019

SUCCULENT AND AIR PLANT

#succulent#airplant#houseplant
Apakah tumbuhan succulent?
Ada yang menggelar tumbuhan ini desert rose kerana bentuk seperti bunga ros.
Makna succulent adalah berair atau lembut. Tumbuhan ini menyimpan air dalam daun, batang, atau kedua-duanya. Terdapat banyak spesies tumbuhan succulent ini yang berbeza dari segi pelbagai bentuk, saiz, warna, ciri-ciri yang menarik dan comel.

Succulent terkenal dengan panggilan common name yang unik seperti wax plant (Hoya), mother-in-law tongue (Sansevieria), jade (Crassula), crown of thorns (Euphorbia), hens and chicks (Sempervivum), century plant (Agave), prickly pear (Opuntia), burn plant (Aloe), stonecrop (Sedum), zebra plant (Haworthia), dan banyak lagi. Habitat asal tumbuhan ini seakan kaktus dan terdapat di kebanyakan negara yang beriklim panas.


Sangat suka tanam benda ni sekarang sebab semuanya comel!

#succulent#airplant#houseplant
Ini yang telah dibeli anaknya dan ditanam. Succulent lebih rumit nak jaga berbanding kaktus kerana setiap jenis succulent penjagaannya berbeza. Terlalu banyak air akan menyebabkan akarnya reput. Jika kurang air, succulent akan kering dan mati. Tanah dan pasu juga perlu dipilih dengan betul jika nak succulent ni hidup subur. Wow, comel! 



Fairy washboard (hawortia)

Zebra


Jenis kalanchoe



Black prince ni dah besar tapak tangan. 






Tillandsia/Air Plant / Pokok Udara


Pokok udara ini adalah sejenis pokok epifit iaitu hidup menumpang di pokok lain tetapi mendapat air dan nutrien dari udara di persekitarannya. Air dan nutrien dari udara biasanya terperangkap dan diserap melalui sisik-sisik kecil pada daunnya. Sebab tu jika tengok, pokok ni ada warna putih2 pada batang atau daunnya.

Pokok ini sesuai tumbuh di atas permukaan seperti kayu, atau bahan seramik. Air plant hanya memerlukan sedikit penjagaan iaitu hanya disembur air pada pokoknya apabila diperlukan saja. Pokok ni hanya berbunga sekali sahaja seumur hidupnya. Lepas tu akan ada tunas anak2 pokok yang tumbuh pada batangnya. Kalau jaga elok2, pokok induk tu boleh tumbuh lebih lama.


Ni yang saya tanam @jaga ....pokok jenis ni pun cute!







Macam pokok plastik kan.




Comel sangat dalam bekas kaca gantung ni. Tak sia2 beli..hi..hi



Tillandsia yang ni letak dekat sebelah akuarium betta.
 Harap2 dapat serap lembapan dari akuarium ni.

Kalau tak silap yg ni namanya paucifoliarm. 
Air plant yg ni baru je beli. Pokok jenis ni slow grower, 
sebab tu kalau di kedai/nurseri pokok, harga air plant yang besar.. 
boleh sampai beratus ringgit. Semoga pokok
 kita ni hidup elok dan subur ye!






Nampak macam serupa je semuanya kan. Tapi lain2 jenis ni. 
Air plant yang ni masih baby...hu..hu..
Lain kali kita update nama sintifik ye.

Quotes to share:
Plants cry their gratitude for the sun in green joy.
-Astrid Alauda

Like the ocean, land plants hold about three times as much
carbon as the atmosphere. While oceans take many 
centuries to exchange this mass with the air, flora take only a few years.
-Gregory Benford

No comments:

Post a Comment