Ada majikan yang terlalu banyak mencapai kejayaan dan sering mendapat pujian daripada orang lain terhadap kehebatannya merasa diri mereka terlalu hebat dan lupa diri sehingga menganggap pendapat atau tindakan orang lain tidak sesuai diterima. Ingatlah bahawa Allah s.w.t sahaja yang sempurna. Setiap manusia masing-masing ada kelemahannya. Allah boleh menarik kebahagiaaan kita dalam sekelip mata dengan kehendakNya.
Kadangkala ada manusia yang merasakan diri mereka sempurna kerana mempunyai pekerjaan yang hebat , rumahtangga yang bahagia, mempunyai anak-anak dan harta benda sering mempertikaikan rakan-rakan yang kurang bernasib baik seperti mereka.
Contohnya sering bertanya kepada orang yang telah lama berumahtangga tetapi masih tidak mempunyai zuriat dengan pertanyaan "Mengapa takde anak lagi?" atau orang yang belum berkahwin dengan pertanyaan "Mengapa tak kahwin lagi?". Ada juga yang boleh tanya "Mengapa asyik sakit sahaja?". Semua itu Allah yang tentukan. Semua dugaan ada hikmahnya. Setiap manusia ada dugaan masing-masing sesuai dengan kemampuan mereka.
“Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi keimanan, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi dari kesombongan.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)
salam ziarah
ReplyDeleteTerima kasih.
ReplyDelete