About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Friday, October 14, 2011

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SKMC 2011



SKMC telah mengadakan sambutan hari kanak-kanak lebih awal iaitu pada hari Jumaat 14 Oktober 2011. Antara aktiviti yang diadakan ialah permainan dan persembahan. Murid-murid juga diberi hadiah dan makanan percuma. Walaupun tidak diadakan secara besar-besaran, murid-murid SKMC ceria2 semuanya. "Selamat Menyambut Hari Kanak-kanak". Semoga kalian menjadi insan yang berjaya dan berbakti untuk negara.


HARI KANAK-KANAK SEDUNIA

Perayaan Hari Kanak-Kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959. Di Malaysia, perayaan ini disambut setiap tahun pada mana-mana hari Sabtu bulan Oktober.


Pada dasarnya, Hari Kanak-Kanak Sedunia mempunyai dua objektif utama iaitu:


i. merupakan penghormatan dan pengiktirafan masyarakat terhadap kanak-kanak dan hak-hak mereka

ii. menyedarkan setiap golongan masyarakat akan tanggungjawab mereka dalam memelihara hak dan masa depan kanak-kanak


(Dipetik dari: http://www.sabah.org.my/scwa/WCD.htm)

No comments:

Post a Comment