About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Friday, May 27, 2011

HADIAH HARI GURU

Cikgu nak ucapkan terima kasih kepada murid2 yang memberikan hadiah. Hadiah kamu cikgu hargai. Hadiah2 ni kebanyakannya daripada murid2 tahun 6 dan 5Bestari. Namun ada juga beberapa orang murid dari kelas yang cikgu tak ajar, tapi beri hadiah juga. Terima kasih sebab minat kat cikgu...he..he..Kalau macam tu, mesti belajar rajin-rajin, ok!

Gambar2 kat bawah ni diambil sebagai kenangan..





Pantun yang dibuat oleh Nursyima 5Bestari:

Mengail ikan di tepi kali,
Umpan dimakan si anak tenggiri;
Cikgu Asfa tegas sekali,
Masuk ke kelas diamlah kami.


Sungguh enak si minyak sapi,
Dibuat kari bersama dalca;
Walaupun lama masih berseri,
Itulah dia Cikgu Asfa kita.

Pantun yang cikgu balas:

Menaiki bot ke Kuala Kota,
Hendak menghantar barangan niaga;
Murid Bestari mendengar kata,
Kadang kala ada yang degil juga.

Panglima Bentan hendak berkelana,
Ingin membawa hati yang duka;
Walaupun tegas, tapi bermakna,
Namun cikgu, sayang kamu semua,

SAMBUTAN HARI GURU - SKMC (27/5/2011)

Tahun ni, SKMC menyambut hari guru lewat sedikit kerana nak pastikan murid boleh enjoy selepas PKSR 1. Hari ni juga merupakan hari terakhir sekolah kerana kami semua akan bercuti pertengahan semester selama 2 minggu. Sambutan tahun ni lebih meriah daripada tahun lepas kerana semua guru sporting dan sertai semua acara yang telah disusun.

Disamping meraikan guru2, kami juga harap semua murid bergembira hari ni. Terima kasih cikgu...hari ni barulah kami tahu, murid2 memang menghargai kami kerana mengadakan pelbagai persembahan untuk cikgu2 dan beri banyak hadiah. Walaupun cikgu tak suka murid2 bazirkan duit beli hadiah mahal2, namun cikgu hargai semua pemberian kamu. Thank u... Ini membuatkan cikgu lebih bersemangat untuk mengajar kamu.

Semoga semua murid2 SKMC, terutamanya anak2 murid cikgu untuk kelas Bahasa Malaysia dan Moral tahun 5Bestari, 6Bestari, 6 Cemerlang dan 6 Tekun, mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan menjadi orang yang berjaya apabila dewasa nanti. Kepada semua murid tahun 6, kita masih ada lebih kurang 3 bulan lagi untuk UPSR. Semoga kalian semua berusaha bersungguh-sungguh dan ramai yang akan mendapat 5A tahun ini. Insyaallah....amin..

Backdrop kat pentas..


Sambutan diadakan di dalam dewan. Antara aktiviti permainan berkumpulan yang diadakan ialah menghias pengantin berpakaian kertas "William & Kate" dan pertandingan menyambung barang/aksesori paling panjang (benda yang disambung hanya menggunakan apa yang dipakai pada badan masing-masing)

Persembahan tarian ago go oleh cikgu2 petang. Lucu...tapi memang best!


Selepas sambutan di sekolah, guru2 dan ajk PIBG menikmati makan tengah hari di Grand Season Hotel.

Sunday, May 22, 2011

The Book Of Tomorrow - Cecelia Ahern



Buku ni baru saja habis dibaca hari ni. Sebenarnya, buku ni dah sebulan kat rak buku saya. Tak berkesempatan nak baca sebab banyak kerja lain yang perlu diuruskan. Hari minggu ni je yang dapat saya luangkan masa untuk start baca. Oleh kerana ceritanya menarik, saya habis baca dalam masa 2jam jer. Sebelum ni, saya pernah baca 2 buah buku lain yang ditulis oleh Cecelia Ahern, tapi kedua2 buku tu biasa sahaja bagi saya. Saya beli buku ketiga ni pun sebab tertarik dengan tajuk dan covernya.

Cerita ni mengisahkan tentang remaja berumur 18 tahun, Tamara Goodwin di Dublin. Kisah Tamara bermula apabila pada suatu hari dia terjumpa mayat ayahnya di bilik bacaan rumah mereka kerana membunuh diri akibat muflis. Semua harta dan perniagaan ayahnya telah dirampas. Ibunya mengalami tekanan kerana terpaksa membayar hutang ayahnya dan akhirnya Tamara dan ibunya terpaksa menumpang di rumah pasangan Rosaleen dan Arthur. Rumah pasangan ini terletak di Meath, sebuah desa tempat kelahiran ibunya.
Kisah ini menjadi lebih menarik apabila Tamara telah meminjam sebuah diari berkunci yang pada mulanya disangkakan sebuah buku cerita dari sebuah perpustakaan bergerak (travelling library).

Kunci diari itu akhirnya dapat dibuka dan Tamara dapati ia hanya kertas kosong sahaja. Akhirnya dia membuat keputusan untuk tidak memulangkan diari itu dan menggunakan diari tersebut untuk dirinya. Namun, Tamara terkejut, kerana belum pun sempat dia menulis, diari yang kosong itu telah tercatat sesuatu pada keesokan pagi. Isi diari tersebut berkaitan dirinya dan bertarikh hari tersebut, iaitu perkara yang belum dilaluinya. Kesemua perkara yang tertulis di dalam diari itu menjadi kenyataan mengikut tarikh yang ditulis. ( macam magic la..) Perkara itu dirahsiakan dan hanya diberitahu kepada seorang sahabatnya iaitu Weseley.

Melalui perkara-perkara yang berlaku berdasarkan diari tersebut akhirnya rahsia tentang diri Tamara yang menjadi rahsia keluarganya selama 18 tahun terbongkar. Tamara akhirnya mengetahui bahawa dia bukanlah anak kandung bapanya yang telah meninggal dunia iaitu George Goodwin. Tamara mendapati bahawa ibunya telah berkahwin dengan George Goodwin setelah mendapati suaminya Laurence Kilsaney mati dalam suatu kebakaran. Namun, sebenarnya, Laurence masih hidup dan tidak mahu isterinya melihat muka dan badannya yang cacat terbakar.

Kisah ini berakhir dengan kejadian yang amat menarik kerana didapati kesemua masalah ini berpunca daripada Rosaleen yang cemburu kerana dia sebenarnya mencintai Laurence Kilsaney sejak kecil.

Setelah semua masalah selesai, akhirnya Tamara telah menanam diari tersebut di bawah sebatang pokok epal tempat kenangan ibu bapanya semasa kecil. Pada batang pokok epal tersebut terdapat ukiran nama ibunya, Laurence, Arthur dan Rosaleen. Menurut Tamara, dia masih tidak dapat melepaskan diari itu, namun dia akan menjalani kehidupan secara semulajadi mengikut takdir. Diari itu, mungkin akan diambil olehnya semula sekiranya berlaku masalah dalam kehidupannya nanti.

Petikan ending cerita:

" I didn't lie when I said I couldn't let it go. I can't let it go. Not completely. Maybe some day when I'm in trouble again I'll dig up and see what it has to say. But in the meantime, I'll have to find my own way. Thanks for reading my story. I'll write again tomorrow."

(Dublin merupakan ibu negara Republik Ireland, manakala Meath pula merupakan sebuah negeri di Timur Ireland dan terkenal dengan tempat bersejarah)

JEMPUTAN KAK ZA (21/5/2011)

Hari ni hadiri jemputan (kenduri anak sulung) Kak Za, jiran tingkat 1. Thank u dan tahniah untuk Kak Za sekeluarga.


Sunday, May 15, 2011

No Other - SUJU

HAPPY TEACHER'S DAY

Terima kasih untuk cikgu2 dan tenaga pengajar yang telah memberi didikan dan bimbingan dengan penuh kesabaran, dedikasi dan tanggungjawab.

Selamat Hari Guru...terima kasih cikgu...Jasamu tetap diingat dan dikenang.

Buat semua guru dan tenaga pengajar di:

SK. Jeram Mengkuang, SM Syeikh Abdul Ghani, Sek. Sultan Mohamad Jiwa, Politeknik Sultan Hj Ahmad Shah, Maktab Perguruan Ilmu Khas dan Universiti Putra Malaysia.




Monday, May 9, 2011

AKTIVITI PENDIDIKAN MORAL (7MEI 2011)

Aktiviti murid pendidikan moral ni diadakan semasa hari Sabtu. Semua murid cina, india dan sikh sahaja yang menyertai aktiviti ni. Panitia P.Moral mengadakan pertandingan membuat kollom. Kollom ni hanya biasa kita nampak semasa perayaan Deepavalli sahaja. Setiap murid dimasukkan dalam 11 kumpulan dan diberi corak kollom yang sama. Mereka hanya perlu menyusun beras berwarna dengan kreatif dan kemas. Best juga tengok murid2 ni bersungguh-sungguh menjalankan aktiviti. Nilai moral yang diterap semasa aktiviti : kerjasama, kepimpinan, bertolak ansur, sabar, kreatif dan berdisiplin. Sebanyak 3 pemenang hamper utama dipilih dan 3 lagi saguhati.

Kollum tempat pertama:


Harapan cikgu: Semoga nilai murni dapat diamalkan dalam kehidupan.