About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Sunday, May 22, 2011

The Book Of Tomorrow - Cecelia Ahern



Buku ni baru saja habis dibaca hari ni. Sebenarnya, buku ni dah sebulan kat rak buku saya. Tak berkesempatan nak baca sebab banyak kerja lain yang perlu diuruskan. Hari minggu ni je yang dapat saya luangkan masa untuk start baca. Oleh kerana ceritanya menarik, saya habis baca dalam masa 2jam jer. Sebelum ni, saya pernah baca 2 buah buku lain yang ditulis oleh Cecelia Ahern, tapi kedua2 buku tu biasa sahaja bagi saya. Saya beli buku ketiga ni pun sebab tertarik dengan tajuk dan covernya.

Cerita ni mengisahkan tentang remaja berumur 18 tahun, Tamara Goodwin di Dublin. Kisah Tamara bermula apabila pada suatu hari dia terjumpa mayat ayahnya di bilik bacaan rumah mereka kerana membunuh diri akibat muflis. Semua harta dan perniagaan ayahnya telah dirampas. Ibunya mengalami tekanan kerana terpaksa membayar hutang ayahnya dan akhirnya Tamara dan ibunya terpaksa menumpang di rumah pasangan Rosaleen dan Arthur. Rumah pasangan ini terletak di Meath, sebuah desa tempat kelahiran ibunya.
Kisah ini menjadi lebih menarik apabila Tamara telah meminjam sebuah diari berkunci yang pada mulanya disangkakan sebuah buku cerita dari sebuah perpustakaan bergerak (travelling library).

Kunci diari itu akhirnya dapat dibuka dan Tamara dapati ia hanya kertas kosong sahaja. Akhirnya dia membuat keputusan untuk tidak memulangkan diari itu dan menggunakan diari tersebut untuk dirinya. Namun, Tamara terkejut, kerana belum pun sempat dia menulis, diari yang kosong itu telah tercatat sesuatu pada keesokan pagi. Isi diari tersebut berkaitan dirinya dan bertarikh hari tersebut, iaitu perkara yang belum dilaluinya. Kesemua perkara yang tertulis di dalam diari itu menjadi kenyataan mengikut tarikh yang ditulis. ( macam magic la..) Perkara itu dirahsiakan dan hanya diberitahu kepada seorang sahabatnya iaitu Weseley.

Melalui perkara-perkara yang berlaku berdasarkan diari tersebut akhirnya rahsia tentang diri Tamara yang menjadi rahsia keluarganya selama 18 tahun terbongkar. Tamara akhirnya mengetahui bahawa dia bukanlah anak kandung bapanya yang telah meninggal dunia iaitu George Goodwin. Tamara mendapati bahawa ibunya telah berkahwin dengan George Goodwin setelah mendapati suaminya Laurence Kilsaney mati dalam suatu kebakaran. Namun, sebenarnya, Laurence masih hidup dan tidak mahu isterinya melihat muka dan badannya yang cacat terbakar.

Kisah ini berakhir dengan kejadian yang amat menarik kerana didapati kesemua masalah ini berpunca daripada Rosaleen yang cemburu kerana dia sebenarnya mencintai Laurence Kilsaney sejak kecil.

Setelah semua masalah selesai, akhirnya Tamara telah menanam diari tersebut di bawah sebatang pokok epal tempat kenangan ibu bapanya semasa kecil. Pada batang pokok epal tersebut terdapat ukiran nama ibunya, Laurence, Arthur dan Rosaleen. Menurut Tamara, dia masih tidak dapat melepaskan diari itu, namun dia akan menjalani kehidupan secara semulajadi mengikut takdir. Diari itu, mungkin akan diambil olehnya semula sekiranya berlaku masalah dalam kehidupannya nanti.

Petikan ending cerita:

" I didn't lie when I said I couldn't let it go. I can't let it go. Not completely. Maybe some day when I'm in trouble again I'll dig up and see what it has to say. But in the meantime, I'll have to find my own way. Thanks for reading my story. I'll write again tomorrow."

(Dublin merupakan ibu negara Republik Ireland, manakala Meath pula merupakan sebuah negeri di Timur Ireland dan terkenal dengan tempat bersejarah)

No comments:

Post a Comment