About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Monday, June 14, 2010

KAMPUNG

Cuti satu perkara yang memang dinanti-nanti. Walaupun tak ke mana-mana, setiap kali cuti, ramai yang memilih untuk balik kampung. Terutamanya jika kita bekerja di bandar, keadaan dan udaranya berbeza dengan kampung. Bertuah juga jadi cikgu. Waktu cuti sekolah, kita pun cuti juga, walaupun tak dapat cuti sepenuhnya, namun peluang untuk 'recharge' tenaga dan semangat tu ada. Lepas cuti 2 minggu ni, hari tenang saya akan menjadi sibuk semula, terutamanya di sekolah kerana murid tahun 6 hampir menghadapi UPSR dan kuliah semester 2 saya akan bermula.




Gambar ni di ambil depan rumah saya di kampung. Padi dah dituai dan kat depan tu, petak sawah dimasukkan air sebagai persediaan untuk menabur benih padi yang baru. Terlambat sikit la, kalau tidak, kita dapat tengok cantiknya padi masak yang kuning kalau balik masa belum dituai. Sawah ni dah tak dikerjakan oleh orang kampung, tapi telah disewa oleh Jabatan Pertanian di sini untuk diusahakan. Kalau tak, jadi sawah terbiar dan semak sahaja la.

Pernah sekali kalau tak silap saya awal tahun lepas, sawah ni ada ikan. Masa tu pun saya tak berkesempatan tengok. Apa lagi, aktiviti memancing dan menangguk ikan kat tepi sawah la. Banyak juga, tapi ikan-ikan tu kami tak makan, hanya pelihara dalam akuarium.

Satu lagi perkara menarik tentang sawah ni apabila tiba waktu menuai dan membajak. Sekarang ni tanam, tuai atau bajak sawah semuanya dilakukan dengan mesin/jentera. Waktu tu, belakang jentera bajak tu akan penuh dengan burung. Kalau bernasib baik, boleh nampak bangau putih yang datang. Mungkin bangau dari tempat lain (migrate) yang singgah kat sini. Pn Asmah(my mother) kata, padi tahun ni nampak menjadi. Hasilnya tentu banyak.




Wah gemuk-gemuk ayam kat kampung ni. Ayam kesayangan ayah saya ni menjadi tarikan cucu-cucunya waktu pulang ke kampung. Terutama Haras dan Hadif. Duduk mengadap ayam je sampai tak nak masuk rumah. Ayah saya kata, nak tau ayam ni kita punya atau orang lain, pergi je dekat-dekat. Kalau tak lari, ayam kita la tu. Ayam-ayam ni tak merayau ke kawasan orang. Paling jauh pun, main dalam sawah la. Boleh guna ke teori ni? Tapi hanya boleh dipraktiskan oleh tuan yang menjaganya sahaja. Kalau kami yang balik sekali-sekala ni, jangan harap la ayam tu nak tunggu. Semuanya cabut lari.

Minggu lepas Aisyah, Yaya dan Aliyah bercuti di kampung. Masa temankan atuknya beri ayam makan, kami bilang jumlah ayam yang ada. Pening juga Aliyah nak kira. Ayam tu bergerak merata-rata. Kami kira, adalah lebih kurang 45 ekor ayam. Itupun kalau tak terkira 2 kali. Bila nak confirmkan dengan atuk, senang je jawapannya, "Entah la, atuk tak kira pun...."He..he..he...


Quote to share:-

"Life is just a mirror, and what you see out there, you must first see inside of you."
-Wally 'Famous' Amos-

No comments:

Post a Comment