![]() | ||||||
| Rasanya Harras lebih besar daripada kolam tu. Wah, seronoknya. |
About Me
- Ms. Writer
- بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.
Thursday, March 28, 2013
CUTI SEKOLAH HARRAS AZFAR
BUAT SUSHI SENDIRI?
Nampak sedap je sushi yang dimakan oleh pelakon drama Jepun tu. Pertama kali cuba makan dulu saya beli kat Jusco, hmm...sedapnya.... Asyik beli je, jadi saya buat sushi sendiri. Kalau buat sendiri ni bolehlah diubah intinya ikut selera kita. Biasanya saya tak suka sangat kalau nasi sushi tu terlalu masam. Maka saya kurangkanlah cuka nasi tu.
Cuka sushi dan kicap ni yang halal. Jangan beli sebarang je. Cari yang ada logo halal JAKIM.
Ini rumpai laut (seaweed) untuk kulit sushi.
Mula-mula sediakan nasi dulu. Beras ni beras khas untuk sushi. Ada jual kat kedai.Masak ikut arahan pada plastik beras tu. Lebih kurang macam masak nasi je. Lepas masak tu campurkan cuka sushi, gula dan garam secukup rasa.
Lepas tu sediakan dulu intinya. Saya guna jejari ikan, jejari ayam (ayamas), lobak merah, dan timun jepun. Goreng jejari ayam dan ikan tu dan celur lobak. Potong panjang-panjang. Kalau nak letak bahan lain pun boleh. Saya pernah buat sushi dengan daging black paper. Rasanya pun sedap juga.
Bahan dah sedia macam ni, barulah boleh balut.
Nak balut mesti ada tikar buluh kecil ni. Kalau balut dengan tangan je, nanti kulitnya koyak dan nasi tak padat.
Letak nasi dulu, kat tengah-tengah susunkan intinya.
Gulung sampai jadi macam ni.
Lepas tu, potong-potong dan susun atas pinggan. Sushi saya ni dah terlebih letak inti. Besarlah sikit. Saya buat sushi ni ikut selera sendiri. Kalau nak yang original, kena cari resepi sendiri.
BUAT KARIPAP
Karipap yang dibuat sendiri intinya lebih sedap. Rasa dah terlebih rajin, jadi saya 'test skill' buat karipap yang dah lama tak dicuba ni...he..he..
Dah buat doh, bulatkan dan jadikan leper macam ni...Warna merah tu acuannya.
Letak doh atas acuan dan isikan intinya kat tengah-tengah.
Selepas kepitkan, jadi macam ni. Bentuk karipap.
Ni yang dah digoreng.....Jadi tak?
Nyum...nyum....best!
Thursday, March 14, 2013
Friday, March 8, 2013
Monday, February 25, 2013
BISKUT MARIE DAN PEANUT BUTTER (NO BAKE)
Monday, February 18, 2013
6 BESTARI 2012, DATANG SKMC DAN JUMPA SAYA...
Akhirnya berjaya juga saya siapkan hadiah untuk 21 orang ex-6Bestari SKMC yang dapat 2A dalam Pemahaman dan Penulisan UPSR 2012. Sorry sebab dah lambat, tapi janji tetap janji....."Jika datang ke SKMC, please come and see me..."
Tahniah!
Tuesday, February 12, 2013
Wednesday, January 30, 2013
MS WRITER
Tahun 2013 diharapkan membawa seribu kegembiraan, kejayaan dan kesihatan kepada semua. Namun, kadangkala perkara yang kita rancang tidak dapat menjadi kenyataan. Semoga kita semua tidak cepat putus asa. Kepada ahli keluarga, saya doakan kita semua sentiasa sihat dan bahagia.Kepada semua anak muridku, semoga kalian berjaya dan menjadi orang berguna. Walau bagaimana banyaknya cabaran dalam hidup kita, sentiasa hadapinya dengan rasional dan dengan senyuman.Welcome 2013!
Thursday, January 10, 2013
DIFTONG,VOKAL BERGANDING, DIGRAF,KONSONAN BERGABUNG
Isu beza antara keempat-empat tajuk di atas menjadi masalah kepada guru-guru, murid-murid dan ibu bapa. Saya masukkan sedikit tentang tajuk ni sebab Aliyah susah nak siapkan kerja rumah yang diberi oleh cikgunya hari ini. Semoga sedikit ilmu yang dikongsi ini dapat membantu.
Diftong :
Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan dan disebut dalam satu suku kata atau satu sebutan bunyi.
Contohnya: wau, pulau, aising, landai, zaitun
Vokal berganding:
Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan, tetapi terpisah sebutan bunyinya dalam suku kata.
Contohnya: daun, air, ajaib, luar
Digraf:
Apabila wujud dua huruf konsonan (selain a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan seperti ng, ny dan sy.
Contoh: nganga, nyanyi,syair
Konsonan Bergabung:
Apabila terdapat dua atau lebih konsonan yang duduk berturutan dalam satu perkataan.
Contoh : trak, ekspres, sains,straw
Namun, ada bahan rujukan yang menyatakan digraf dan konsonan bergabung tu sama sahaja. Perkara ini perlulah dirujuk kepada orang yang lebih arif dalam bidang ini. Wallaualam...
Nota dalam blog ni saya tulis untuk membantu anak saudara saya siapkan kerja rumah Bahasa Malaysia Tahun 2. Silibus KSSR ni lain sedikit daripada KBSR. Jika tidak pasti, sila buat lebih banyak rujukan kepada orang yang lebih pakar, he..he..
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baharu belajar,
Kalau salah, tolong tunjukkan.
Tuesday, December 25, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)



























