About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

SKRIP DRAMA PUTERI BERADU

Skrip drama ni saya tulis pada 2009 sempena sambutan Hari Kanak-kanak di SKMC. Ia diadaptasi dan telah diubahsuai dari cerita 'Sleeping Beauty'. Drama ni dilakonkan dengan arahan saya oleh murid-murid tahun 6 sesi 2009. Semoga ex-student SKMC 2009 akan berjaya mencapai cita-cita dan berjaya di sekolah menengah.Fighting!!!

MY LOVELY DAY BOOK


PUTERI BERADU
WATAK: RAJA & PERMAISURI
BABAK 1:

Raja : Lihatlah istana kita ini dinda. Kita sudah ada semuanya. Rakyat jelata hidup aman damai, harta kekayaan kita pun melimpah ruah.
Permaisuri : Ya, kanda. Dinda bersyukur kanda. Ini semua berkat kanda mentadbir negara dengan bijaksana.
Raja : Kanda rasa seperti kita masih kekurangan sesuatu…… tapi apa ya?
Permaisuri : Betul, dinda tahu apa yang kurang. Kita masih belum mempunyai pewaris takhta. Dinda teringin menimang cahaya mata.
Raja : Tidak mengapalah, dinda. Kita berdoalah kepada Tuhan. Semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Rezeki anak dan jodoh tuhan yang tentukan. Sudahlah tu… (berjalan keluar pentas dengan sedih)

WATAK : DAYANG 1 (Kuncup) & DAYANG 2 (Kembang)
BABAK 2:

Dayang 1 : Dayang Kembang! Dayang Kembang! (Lari termengah-mengah)
Dayang 2 : Isyk, apa kecoh-kecoh ni, Dayang Kuncup. Hamba nak cuci kain ni pun tak senang. Pagi-pagi buta lagi tuan hamba sudah bising.
Dayang 1 : Berita baik ni.
Dayang 2 : Apa yang baiknya Kuncup? Hamba nak tahu juga. Dah lama istana ni tiada berita gembira.
Dayang 1 : Permaisuri dah selamat melahirkan anak! Seorang puteri yang comel. Namanya Puteri Aurora.
Dayang 2 : Ye ke? Yea! Yea ! Ini berita yang sudah lama ditunggu-tunggu. Jom kita heboh-heboh kepada rakyat jelata.
Dayang 3 : Yess! (Berlari keluar pentas dengan gembira)



(PERSEMBAHAN TARIAN PERTAMA: (6 ORANG) = “MORE THAN I CAN SAY”)

WATAK: PERMAISURI , RAJA, PARI BIRU, PARI MERAH , PARI HIJAU & PARI HITAM
BABAK 3:

Permaisuri : Wah, ramai juga rakyat jelata dan pembesar-pembesar yang hadir ke majlis meraikan kelahiran Puteri Aurora kita kan kanda.
Raja : Betul tu dinda. Kanda telah jemput seluruh rakyat dalam jajahan kita.
Permaisuri : Kanda yakin kita jemput semua? Dinda tak mahu pula ada yang berkecil hati kerana tidak dijemput ke majlis ini.
Raja : Jangan susah hati. Kanda yakin.

(Pari Biru, Merah dan Hijau terbang masuk dan mengelilingi Puteri Aurora)

Pari Biru : Semoga Puteri Aurora menjadi puteri yang baik hati.
Pari Merah : Patik doakan Puteri Aurora sentiasa ceria dan gembira.
Pari Hijau : Semoga Puteri Aurora membesar dan menjadi puteri yang cantik jelita.

(Pari Hitam masuk ke pentas sambil ketawa mengilai-ngilai)

Pari Hitam : Ha! Ha! Ha! Meriah Nampak, majlis ni? Tuanku memang tidak adil! Kenapa tuanku tidak menjemput patik ke sini? Hanya patik yang tidak tahu berita gembira ini!
Permaisuri : Kanda, kita tidak jemput pari Hitam ke?
Raja : Alamak, terlupalah pulak! Maklumlah, kanda dah tua….
Pari Hitam : Ah, itu semua alasan. Hamba tidak puas hati!
Permaisuri : Kanda… macam mana ni? Perkara seperti nil ah yang dinda tidak ingini. Cuainya kanda!
Raja : Ini semua kesilapan beta. Kita lupakan sajalah perkara ini Pari Hitam.
Pari Hitam : Ha! Ha! Ha! Jangan nak buat lawak. Hamba tidak akan lupakan. Oleh itu, hamba juga ingin memberikan hadiah kepada Puteri Aurora.
“ Apabila Puteri Aurora meraikan harijadinya yang ke-18, jarinya akan tercucuk jarum jahitan. Puteri Aurora akan mati!” (Pari Hitam ketawa sambil keluar pentas)
Permaisuri : Tidak!!! (sambil manangis) Kanda, macam mana ni?
Pari Biru : Tidak mengapa, kami akan tolong. Tetapi….
Raja : Tapi apa?
Pari Biru : Kami hanya boleh menukar sedikit sahaja sumpahan itu.
Pari2 : Apabila jari Puteri Aurora tercucuk jarum jahit itu, puteri dan seisi istana akan tertidur selama 100 tahun.
Raja : Pengawal! Semenjak hari ini, beta perintahkan semua jarum jahit dihapuskan atau buang saja ke laut.

WATAK : DAYANG KEMBANG & PUTERI AURORA
BABAK 4:

Dayang 2 : Hari ini majlis hari jadi Puteri Aurora yang ke-18. Tentu ayahanda dan bonda tuan puteri gembira.
Puteri : Benar Kembang. Ini, majlis yang meriah ni bonda lah yang anjurkan. Seronoknya.
Dayang 2 : Mari kita saksikan tari-menari yang diadakan.

Puteri : Marilah….
(Puteri bersedia bersama penari untuk persembahan)

(PERSEMBAHAN TARIAN KE-2: TERMASUK PUTERI = “STUPID CUPID”)

(Selepas tarian, puteri berjumpa Pari Hitam yang menyamar)
Pari Hitam : Tahniah Puteri Aurora. Hari ini telah genap 18 tahun.
Puteri : Te…terima kasih. Siapa tuan hamba? Beta tidak pernah melihat tuan hamba di istana.
Pari Hitam : Patik pernah datang sewaktu majlis kelahiran puteri 18 tahun lalu.
Puteri : Iya?
Pari Hitam : Patik ada hadiah untuk puteri. Ambillah bakul jahit ini.
Puteri : Bakul jahit? Beta tidak pernah melihat benda ini dalam istana. Apa yang berkilat-kilat ini?
Pari Hitam : Itulah jarum jahit pakaian.
Puteri : Jarum? Aduh….. sakitnya tangan beta…(puteri pengsan, seluruh tetamu pun pengsan)
(Pari Hitam ketawa dengan kuat dan keluar dari pentas)

WATAK : PENGAWAL & PUTERA
BABAK 5:
Putera : Pengawal, dimanakah tempat ini? Nampaknya seperti istana lama.
Pengawal : Betul Putera, Inilah istana lama yang menjadi lagenda 100 tahun dahulu. Ini dinamakan Istana Puteri Beradu.
Putera : Apa? Puteri beradu? Mana puterinya?
Pengawal : Di sana tunku.
Putera : Wah cantiknya puteri ini. Namoaknya seperti tidur mati ni. Lama tu…. 100 tahun.
Pengawal : Mengikut lagenda yang patik dengar, Puteri dan seisi istana telah di sumpah oleh ahli sihir jahat.
Putera : Bagaimana untuk menghapuskan sumpahan itu?
Pengawal : Entahlah tuanku. Kalau patik, kita curah sahaja sebaldi air sejuk ke muka puteri, tuanku.
Putera : Jangan merepeklah. Kalau macam tu dah lama la puteri ni bangun dari tidurnya. Semua orang tahu carat u.
Pengawal : Habis tu nak buat apa? Eh….tengok tu, ada sehelai kertas.
Putera : Bagi sini, beta baca. Tajuknya: Cara-cara mengejutkan puteri beradu:
1. Ambil jam loceng.
2. Bunyikan di tepi telingan tuan puteri
3. Nescaya puteri yang tidur mati ni bangun.
Pengawal : Wah tuanku, semua orang tahu kalau guna jam loceng mesti terjaga. Apalah bodoh sangat.
Putera : Kamu ni, pengawal. 100 tahun dulu mana ada jam loceng. Itulah sebab puteri ni kena tunggu 100 tahun.
Pengawal : Betul juga. Nanti-nanti. Rasanya dalam beg serbaguna patik ada jam loceng. Ha… ini dia. Cepatlah pasangkan tuanku.
(kringg!!!!Tuan Puteri pun terjaga dari tidurnya.)

Puteri : Tuan hamba ke yang menyelamatkan beta dan ahli istana?
Putera : Betul Tuan Puteri. Nama beta Putera Andy Lau.
Puteri : Terima kasih. Nama beta Puteri Aurora. Mari jumpa ayahanda dan bonda patik. Syukurlah kami semua telah terlepas dari sumpahan.


-TAMAT-




WATAK:
1. PUTERI AURORA
2. PUTERA ANDY LAU
3. RAJA
4. PERMAISURI
5. DAYANG KEMBANG
6. DAYANG KUNCUP
7. PARI BIRU
8. PARI MERAH
9. PARI HIJAU
10. PARI HITAM
11. PENGAWAL PUTERA ANDY LAU


LIRIK LAGU PERSEMBAHAN NYANYIAN BERKUMPULAN

STAND BY ME

When the night has come
And the land is dark
And the moon is the only light we’ll see
No I wont be afraid
Oh I won’t be afraid
Just as long as you stand , stand by me
# (And darling, darling stand by me
Oh..Stand by me
Oh..Stand, Stand by me, stand by me)
If the sky that we look upon
Should tumble and fall
Or the mountain should tumble to the sea
I won’t cry, I won’t cry
No I won’t shed a tear
Just as long as you stand, stand by me (repeat #)
So darling, darling stand by me,
Oh.. stand by me
Oh.. stand by me, stand by me
Whenever you’re in trouble you just stand by me
Oh stand by me



RHYTHM OF THE RAIN

#(Listen to the rhythm of the falling rain
Telling me just what a fool I’ve been
I wish that it would go and let me cry in vain
And let me be alone again
*(The only girl I care about has gone away
Looking for a brand new start
But little does she know that when she left that day
Along with her she took my heart)
Rain please tell me now does that seem fair
For her to steal my heart away when she don’t care
I can’t love another when my heart somewhere far away.
(Repeat *)
Rain won’t you tell her that I love her so
Please ask the sun to set her heart aglow
Rain in her heart and let the love we knew start to grow
(repeat #)
Oh listen to the falling rain, pitter patter,pitter patter,
Oh oh oh listen to the falling rain, pitter,patter,pitter,patter,oh,