EVENING WALK. GIRLS ONLY!
BASHIRAH, ZAFIRAH AISYAH, IJA DAN ZAHANIS SOFEA.
BILIK DI SINI LEBIH LUAS. TAPI KALAU NAK TENGOK PEMANDANGAN LAUT/MARINA, LEBIH BAIK AMBIL EXECUTIVE STUDIO. BILIK DI VIEW WING KEBANYAKAN PERABOTNYA LAMA DAN ADA YANG ROSAK. KALAU NAK YANG BARU, AMBIL BILIK DI VISTA WING JENIS DELUXE ROOM. SATU LAGI YANG TAK BEST SEBAB DALAM BILIK TIADA KEMUDAHAN WIFI. TERPAKSA KE LOBBY HOTEL UNTUK DAPATKAN INTERNET. :(
TEMPAT PARKING DI SINI LUAS DAN KEBANYAKANNYA BERBUMBUNG. PARKING AKAN PENUH JIKA HOTEL TERIMA PROGRAM SECARA BERKUMPULAN SEPERTI KURSUS ATAU MESYUARAT.
NI TINGKAT BAWAH LOBBY. NAK TURUN SINI KENA GUNA TANGGA DARI LOBBY. DARI ARAS BAWAH NI TIADA LIF KE LOBBY. JADI, TAK BERAPA SELESA UNTUK ORANG YANG ADA MASALAH TURUN NAIK TANGGA. SATU LAGI PERKARA YANG TAK BEST SEBAB KITA PERLU LALU KAWASAN LOBBY DARI KOLAM RENANG. TANGGA DAN RUANG LEGAR LOBBY SELALUNYA BASAH TERUTAMA WAKTU PETANG DAN AGAK BAHAYA KERANA LANTAI JADI LICIN. HARAP PIHAK HOTEL PERBAIKI KELEMAHAN INI.
ANIS DAN ZAFIRAH SELALU LEPAK BILIK MAK NGAH DAN MAK SU UNTUK TENGOK KARTUN SEBAB AYAH ASYIK TENGOK BOLA, YE.
MI GORENG MAK NGAH PUN KORANG NAK MAKAN WALAUPUN DAH KELUAR MAKAN KAT KEDAI TADI, KAN. HU..HU..
KELEBIHAN AVILLION ADMIRAL COVE NI ADALAH PEMANDANGAN KAWASAN MARINA YANG CANTIK. SELAIN ITU ADA PRIVATE BEACH YANG BANYAK KEMUDAHAN AKTIVITI BOT, JET SKI DAN BANANA BOAT. DI SINI JUGA KITA BOLEH SEWA BASIKAL UNTUK BERSIAR-SIAR KAWASAN MARINA, ADA KELAS BELAJAR MEMANAH DAN TEMPAT UNTUK AKTIVITI TEAM BUILDING.
DI BANGUNAN KELAB NI JUGA DISEDIAKAN GYM DAN KIDDIES ROOM. SELAIN TU ADA JUGA GELANGGANG TENIS.
KAMI SAHAJA YANG ADA DI BANGUNAN KELAB PETANG NI. PALING RAMAI DAN SIBUK HANYA DI KOLAM RENANG.
PICTURE TIME!
GIRLS DAY OUT. BOYS TENGOK SPORTS KAT BILIK.
ADMIRAL MARINA N LEISURE CLUB WAKTU PETANG.
FOUNTAIN NI KAT LOBBY KELAB.
SILAU SEBAB CAHAYA MATAHARI, KAN. ANIS TAK BOLEH BUKA MATA PUN.
ART SPACE KAT TINGKAT BAWAH.
JETI.
INI PUN KAT TINGKAT BAWAH DEPAN SAILOR'S DRINK SHOP.
BOT HITAM TU FOR SALE. BERJUTA KOT HARGANYA.
KONON2 NAK PERGI GYM. TAPI POSING KAT TANGGA JE.
PANTAI..... KAT SINI TAK BERAPA SESUAI NAK MANDI SEBAB SIBUK DENGAN BOT DAN JET SKI. AGAK BAHAYA DAN AIRNYA JADI TAK BERAPA JERNIH. KALAU NAK MANDI PERLU JALAN SIKIT DI KAWASAN SELESA BEACH RESORT TU, BARU OK.
ANIS DENGAN ZAFIRAH NI SIBUK KATA " MAK NGAH, THERE'S SOMETHING INSIDE MY SHOES!"
PASIR LA.... KATA NAK SANGAT PERGI BEACH TENGOK LAUT.
FISH FEEDING. IKAN BELANG2 KAT MARINA.
No comments:
Post a Comment